Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BAB 4 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

No description
by

emma yamani

on 11 August 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAB 4 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

BAB 4 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
PUNCA AMALAN TIDAK BERETIKA DALAM PERNIAGAAN
1. TEKANAN UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN
2. PERSAINGAN TIDAK SIHAT
3. KEJAHILAN PENGGUNA
4. MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN PERIBADI
5. PERTENTANGAN RENTAS BUDAYA
MAKSUD ETIKA KERJA
Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang telah diterapkan oleh pihak pengurusan atasan.
MAKSUD ETIKA
Pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik, satu piawai yang mengawal moral tingkah laku.


DELIMA ETIKA
Dilema etika timbul dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang betul atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan seseorang individu untuk membuat keputusan dan terdapat pelbagai isu yang sukar diselesaikan.
PENDEKATAN TINDAKAN BERETIKA
MAKSUD ETIKA PERNIAGAAN
Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dalam situasi perniagaan.

Menentukan sesuatu kelakuan itu betul atau salah dalam pengendalian perniagaan.

Sesuatu tindakan manusia sama ada betul @ salah dalam konteks perniagaan


CONTOH PERBUATAN PENIAGA YANG TIDAK BERETIKA
1. Melabelkan bungusan makanan tanpa menepati kandungan sebenar makanan tersebut
2. Membuat laporan kewangan yang tidak benar
3. Memberi sukatan dan tinmbangan yang kurang untuk pengguna
4. Memberi rasuah kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kelebihan @ keistimewaan tertentu
MAKSUD ETIKA PROFESIONAL
Set tingkah laku @ tanggungjawab yang digariskan oleh profesion tersebut dan perlu dipatuhi oleh golongan profesional yang berkaitan dengan bidang profesion tersebut
KEPENTINGAN DAN KESAN AMALAN BERETIKA
1. MENNDAPAT KEBAIKAN DARI ASPEK FIZIKAL, ROHANI DAN EMOSI
2. DIPANDANG TINGGI OLEH MASYARAKAT
3. MELAHIRKAN KELUARGA BERETIKA DAN BAHAGIAN
4. MENINGKATKAN NILAI MURNI AHLI ORGANISASI
5. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, KREDIBILITI DAN IMEJ PERNIAGAAN
6. KEAMANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN YANG SIHAT
Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam dilema etika :

• Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar negara. Anda boleh menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan pencemaran standard yang digunakan di Amerika Syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja tempatan di sebuah negara miskin di mana peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil penyelidikan anda mendapati bahawa sisa buangan dari kilang itu boleh menjejaskan industri perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi, memasang peralatan kawalan pencemaran besar kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang tersebut.

PENDEKATAN UTILITITARIAN
Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain.

Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti individu dalam masyarakat . Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk kepentingan majoriti Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya.

Contoh : suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun terpaksa memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana memberi faedah kepada 10 juta penduduk yang lain, kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi kepada 10 juta orang lain.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME
Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap tindakan yang betul.

Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan.

Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti untuk diaplikasikan dalam jangka masa panjang.

Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek boleh mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga membuat penipuan. Jadi tindakan seseorang memberi impak kepada individu-individu lain.

PENDEKATAN HAK MORAL
Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.

Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu yang terlibat.

Enam hak-hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan:
o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum diambil apa-apa tindakan.
o Hak privasi.Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang pekerjaannya
dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya.
o Hak kebebasan suara hati.Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa yang boleh
melanggari moral atau norma-norma agamanya.
o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkenaan etika individu lain
terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang.
o Hak untuk dibicarakan.Setiap individu berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan layanan yang saksama.
o Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa gangguan atau
pencabulan kesihatan dan keselamatannya.

Contohnya seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan dengan keperluan majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif


PENDEKATAN KEADILAN
Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan kesaksamaan.

Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah di kalangan individu dan kumpulan.

Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus :

Pengagihan keadilan
o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, agama dan sebagainya
o Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka melakukan kerja yang sama.



• Keadilan berprosedur
o Semua peraturan ditadbir dengan saksama.
o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara konsisten.

• Keadilan pampasan
o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang bertanggungjawab.
o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang kuasa mereka.

PENDEKATAN TINDAKAN ETIKA
Full transcript