Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Cabaran Penggunaan Teknologi dalam Pendagajaran dan Pembelaj

No description
by

Amie Gy

on 18 May 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Cabaran Penggunaan Teknologi dalam Pendagajaran dan Pembelaj

Selain itu, guru juga tidak dibekalkan dengan latihan teknologi yang mencukupi.

Hal ini telah menyebabkan tahap kemahiran guru tentang teknologi masih berada pada tahap yang lemah.

Justeru itu, masalah timbul apabila guru yang tidak mahir menggunakan teknologi untuk membuat perancangan pengajaran.

Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Secara tidak langsung, hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya kepada murid-murid.
Cabaran Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pengenalan
Kekurangan prasarana dan bahan sokongan
Sikap Guru
-Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan pada masa ini.

-Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer dan menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan teknologi dalam pengajaran.

-Dalam bidang pendidikan khususnya pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

-Namun begitu, pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga mempunyai cabaran-cabaran yang tertentu.
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer.

Pada masa ini, kemudahan alat teknologi yang ada di sekolah adalah tidak seragam dan tidak mengikut nisbah murid yang sepatutnya.

Ketidakseragaman ini menimbulkan masalah dan cabaran untuk guru mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat sekolah-sekolah yang hanya meletakkan komputer di makmal sahaja dan ada yang disediakan dalam kelas-kelas serta tempat tertentu sahaja.
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu khususnya dalam pengajaran bahasa.

Justeru itu, terdapat segelintir guru yang masih tidak mengikuti serta enggan mengubah kaedah pengajaran mereka.

Hal ini dapat dibuktikan apabila guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran serta tidak bersedia melaksanakan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi.

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa ini telah menjadi satu perkara penting bagi guru-guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan.

Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang pengalaman dan pendedahan dengan penggunaan teknologi maklumat.

Menurut Ambigapathy Pandian dan Suthagar Narasiman (2003:116), guru-guru mungkin gagal membina keyakinan diri dan persepsi yang betul untuk mengendalikan komputer serta teknologi perisiannya dalam bilik darjah.
Tahap kemahiran guru tentang teknologi masih lemah
Sebelum
Selepas
Selain itu, komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi.

Masalah makmal komputer juga sering menganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.

Hal ini dapat dibuktikan bahawa terdapat juga guru yang tidak dapat menggunakan makmal komputer disebabkan jumlah bilik komputer yang terhad.

Tambahan pula, guru juga terpaksa menempah makmal komputer dan menunggu giliran untuk menggunakan makmal komputer dan juga peralatan ICT yang lain.

Perkara ini juga mengakibatkan penggunaan teknologi kurang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Oleh itu, keberkesanan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak dapat dinafikan.

Pengunaan teknologi dalam PdP dapat menambah minat murid untuk belajar dan mengenali sesuatu secara lebih dekat dan mendalam.

Guru-guru harus sedar bahawa banyak perkara yang perlu dipertimbangkan berkaitan tentang kelebihan relatif mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, penguasaan guru dalam bidang teknologi merupakan satu elemen penting dalam kerjayanya sebagai seorang pendidik.
Mereka telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan teknologi.

Mereka masih menggunakan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang terkini.

Selain itu, terdapat sesetengah guru yang merasakan penggunaan kaedah pengajaran konvensional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Ini menunjukkan mereka tidak bersedia untuk berubah dan mengintergrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini demikian kerana guru-guru ini masih terpengaruh dengan pendidikan berorientasikan peperiksaan.
Bibliografi
Full transcript