Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Pengaruh Budaya Barat Di

No description
by

Muhammad Afiq

on 16 July 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pengaruh Budaya Barat Di

Disediakan oleh:
Faktor Pengaruh Budaya Barat di Kalangan Masyarakat Islam.
1. Pengaruh Media Massa
2. Pengaruh Media Elektronik
3. Pengaruh Media Cetak
4. Pengaruh Rakan Sebaya
5. Kemunculan Pelbagai Pusat Hiburan
6. Kurang Penguasaan daripada Ibubapa
7. Pegangan Agama yang tidak teguh
8. Pengaruh Persekitaran.
RM1.20
Rabu, 15 Julai 2014
www.unikl.edu.my
Pengaruh Budaya Barat Di Kalangan Masyarakat Islam
Kesan Budaya Barat Di Kalangan Masyarakat Islam
Ekonomi

Aspek ekonomi ialah negara-negara membangun akan sentiasa bergantung kepada Negara Baratkerana mereka kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir.Selain itu, setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikannegara-negara membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih yang akan digunakanuntuk membangunkan negara masing-masing dan juga untuk menampung keperluan rakyat mereka.
Buletin
Universiti Kuala Lumpur

NAMA: MUHAMMAD AFIQ BIN SAIN
IC PELAJAR: 920406-01-6021
ID PELAJAR: 62289214259
KELAS: AC20
KOD MATA PELAJARAN: MPU3123
MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM & ASIA (TITAS)
Pengenalan Budaya Barat.
Budaya Barat merujuk pada budaya yang berasal dari Eropa. Istilah "budaya Barat" digunakan sangat luas untuk merujuk pada warisan norma-norma sosial, nilai-nilai etika, adat istiadat, keyakinan agama, sistem politik, artefak budaya khusus, serta teknologi.

Contoh Kebudayaan Barat Di Kalangan Masyarkat Islam:
1. Minum Arak
2. Bersedudukan, Pergaulan Bebas dan Seks
3. Cara Berpakaian
4. Sambutan Hari-Hari Perayaan
5. Hiburan (Muzik dan racangan televisyen)
6. Punk, Skin Head, dan Black Metal
7. Adab percakapan
8. Clubbing (Pusat Hiburan)
9. Penguasan ke atas Internet.
Politik

Aspek politik ialah politik menjadi tidak stabil memyebabkan sistem pentadbiran negara menjadikucar-kacir. Selain itu juga suasana politik menjadi tidak telus dan kotor dengan rasuah. Oleh itukeadaan ini akan menjadikan negara pincang dan lemah. Di samping itu, negara tidak dapat untukmembuat sesuatu keputusan melainkan mereka mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Inimenunjukkan bahawa negara-negara membangun akan sentiasa ditindas diberi layanan yang tidakadil oleh kuasa besar.
Media

Aspek media pula, masyarakat Islam di seluruh dunia menghadapi kesulitan untuk menonjolkan dirikerana pihak media Barat sentiasa memburuk-burukkan rakyat Islam dengan pelbagai gelaran yangtidak sepatutnya seperti pengganas, pemberontak dan sering menimbulkan kekecohan. Hal ini akanmenyebabkan negara-negara lain memandang serong terhadap bangsa Islam dan ini akanmenjejaskan hubungan politik yang terbina pada sebelum ini. Jika hubungan yang dibina itu terputus,maka hal ini akan menjejaskan sumber ekonomi negara tersebut. Ekonomi sesebuah negara amatpenting untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara yang mundur akan ditindasoleh kuasa-kuasa besar seperti negara Barat. Negara Barat menggunakan media sebagai senjatautama untuk menguasai dunia.
Budaya

Aspek budaya pula pelbagai hiburan yang dibawa dari Barat menyebabkan masyarakat dunia mendewa-dewakan penghibur dari Barat sebagai idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan perangai artis-artis tersebut tanpa menghiraukan pegangan agama. Hal ini dapat menarik diri mereka ke kancah maksiat kerana kebanyakan artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan akhlakyang buruk seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan sebagainya. Gejala-gejala sosial semakin meningkat dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa kini. Kesannya juga dapat dilihat dengan apabila ramai penagih-penagih dadah dari kalangan remaja bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila gejala ini tidak dapat dibendung. Remaja merupakan tonggak danharapan bangsa, jika budaya Barat menjadi ikutan mereka maka punah ranahlah harapan negara. Kebebasan bertingkahlaku juga amat hangat dipromosikan dimedia-media dan telah berjaya melahirkan amalan hedonisme, individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri pada masyarakat kita termasuk golongan remaja.
Langkah-Langkah mengatai Budaya Barat Di Kalangan Masyarakat Islam
Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah seorang remaja atau anak. Setiap insan dilahirkan adalah sama tetapi yang mengubah dan mencorak tingkah laku dan peribadi ialah ibu bapanya sendiri. Didikan dan asuhan yang diberikan oleh mereka amat penting dalam membina kekuatan jati diri seseorang remaja dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam dunia ini. Islam telah menetapkan tatacara dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa hendaklah memberikan contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak dari segi pakaian, pergaulan, pertuturan dan sebgainya. Ini kerana mereka melihat ibu bapa sebagai ‘role model’ untuk diikuti dan dicontohi semasa pergaulan seharian mereka
Peranan Masyarakat

Masyarakat merupakan sebuah organisasi yang amat penting dalam membentuk jati diri individu. Masyarakat yang berada di sesuatu kawasan mestilah mengambil berat keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh berpegang dengan prinsip ‘Jangan jaga tepi kain orang.’. Ini kerana sikap seumpama ini hanya membawa keburukan kepada masyarakat itu sendiri. Kalau ada remaja di kalangan mereka mulai terpesong maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menegur mereka. Jika masyarakat itu tidak mengambil perhatian yang serius terhadap hal ini, dikhuatiri umat islam yang bermasalah ini akan turut mempengaruhi dan melibatkan individu yang lain. Jika sesebuah masyarakat itu saling nasihat manasihati dan bantu-membantu antara satu sama lain gejala sosial dan maksiat yang berlaku dapat dibanteraskan.
Media Massa

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh masyarakat islam. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya
Dakwah

Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Skop yang perlu dikaji: Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.

Kesimpulan
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka
Full transcript