Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

PERANCANGAN KEWANGAN ( BAJET)

No description
by

aziera ameera

on 20 August 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERANCANGAN KEWANGAN ( BAJET)

Notes
Ideas
PERANCANGAN KEWANGAN ( BAJET)
dana yang diperoleh perlu digunakan mengikut perancangan kewangan yang telah dibuat.

perancangan kewangan perlu dibuat sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan melalui penyediaan belanjawan.

perancangan kewangan bertujuan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi menggunakan dana yang ada supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
Alat Perancangan Kewangan.
A) Belanjawan tunai
satu alat perancangan jangka panjang yang disediakan dengan mengambil kira kemampuan dan keperluan syarikat. belanjawan menunjukkan anggaran penerimaan ( aliran tunai masuk) dan pembayaran ( aliran tunai keluar) tunai yang dijangka terlibat dalam sesuatu tempoh tertentu.

Alat Perancangan Kewangan
B) Penyata Kewangan Proforma
merujuk kepada penyata pendapatan proforma dan kunci kira-kira proforma yang disediakan bagi tujuan mengawal kewangan firma dalam jangka masa panjang.
Penyediaan Bajet Tunai
1. Penyediaan bajet melibatkan tiga langkah yang
berikut:

a) Menentukan ramalan
beberapa jangkaan yang menyentuh pelbagai
aspek perniagaan harus dibuat sebelum
menyediakan bajet. jangkaan yang dibuat boleh
digunakan untuk mengukur tingkat kecekapan
pengurusan dan operasi organisasi, misalnya
sambutan pelanggan terhadap produk yang
dipasarkan dapat dikenal pasti berdasarkan
perbandinaan antara jualan sebenar dengan
unjuran jualan.
B) Pembayaran Tunai
perbelanjaan yang terlibat semasa aktiviti pengeluaran dan pengendalian organisasi. Berdasarkan Rajah 5.0, pembayaran tunai berlaku apabila organisasi melaksanakan aktiviti yang berikut :

a) membeli bahan mentah untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
b) membayar gaji atau upah kepada pekerja pengeluaran, penyelia kilang, pekerja pengurusan dan pekerja bukan pengurusan.
c) membayar belanja overhed seperti bil air dan elektrik kilang, dan belanja pentadbiran seperti belanja pos dan sewa pejabat.
d) membayar belanja pemasaran seperti angkutan keluar dan komisen jualan.
e) membeli aset tetap seperti kenderaan perlatan pejabat dan perabot.
f) membayar dividen kepada pemegang saham.
g) membayar pelbagai jenis cukai termasuk cukai keuntungan perniagaan.
Kepentingan bajet dapat dilihat dari segi keupayaannya untuk membuat jangkaan masa hadapan berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan akan datang serta matlamat yang ingin dicapai. Kepentingan belanjawan yang lain adalah seperti berikut :
A) Pengawalan
belanjawan boleh dijadikan asas perbandingan antara pencapaian sebenar dengan pencapaian yang dijangka oleh organisasi. Sebarang kekurangan perlu dibaiki mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam penyediaan belanjawan.
B) Motivasi
penyedian belanjawan dapat meningkatkan motivasi pihak pengurusan dan para pekerja untuk bekerja kuat kerana dasar yang dibentuk menerusi belanjawan merupakan matlamat yang perlu dicapai dan pekerja yang berjaya mencapai matlamat tersebut akan diberi ganjaran.
C) Penilaian Prestasi
tanda aras bagi tujuan penilaian prestasi boleh ditentukan secara khusus berdasarkan tahap pencapian yang ditentukan semasa penyedian belanjawan.
D) Komunikasi
pihak pengurusan dan pekerja perlu bekerjasama untuk memastikan matlamat yang ditetapkan dalam belanjawan tercapai. kerjasama padu ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli dalam organisasi.
E) Koordinasi
penyelarasan yang dijalankan terhadap semua aktiviti organisasi membolehkan setiap jabatan menetapkan sasaran yang selaras dengan pencapaian matlamat organisasi.
F) Perancangan
penyediaan belanjawan membolehkan pihak pengurusan membuat perancangan yang teratur dan seterusnya melaksanakan semua aktiviti mengikut perancangan.
Kepentingan Belanjawan
B) Menentukan Kedudukan Aset Tetap dan Aset Semasa

pihak pengurusan perlu melihat kedudukan aset tetap dan aset semassa dalam syarikat supaya tindakan segera boleh diambil.

tindakan yang diambil adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran atau menjalankan analisis bagi mengenal pasti sama ada aktiviti pelaburan yang bakal dijalankan akan membawa pulangan yang diharapkan atau sebaliknya.

analisis dalaman bertujuan untuk mengenal pasti jenis keluaran yang boleh dihasilkan berdasarkan kapasiti pengeluaran sedia ada.

analisis luaran pula bertujuan untuk melihat sejauh mana keadaan ekonomi dan perkembangan dalam industri akan membawa kesan kepada perniagaan pada masa akan datang.
C) Mencari sumber pembiayaan

pihak pengurusan boleh mendapatkan pembiayaan daripada sumber dalaman atau luaran atau memilih antara sumber hutang jangka pendek dengan sumber hutang jangka panjang
Bajet tunai terdiri daripada empat komponen berikut :

A) Penerimaan Tunai
organisasi akan meramal jumlah kutipan yang akan diterima daripada jualan yang dibuat.
jualan tunai melibatkan penerimaan tunai dengan segera.
jualan kredit pula melibatkan penerimaan secara ansuran pada masa akan datang, misalnya satu bulan dari tarikh jualan.
Berdasarkan Rajah 4.10, tunai diterima daripada :

jualan tunai
penghutang ( jualan kredit)
penjualan aset tetap.

sila rujuk pada buku anda....
C) Aliran Tunai Bersih

aliran tunai bersih diperoleh dengan menolak pembayaran tunai daripada penerimaan tunai.
D) Lebihan atau kurangan tunai.

lebihan tunai wujud apabila penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai.
lebihan tunai ditunjukkan oleh nilai aliran tunai bersih yang positif, misalnya berdasarkan Rajah 4.10, lebihan tunai wujud pada bulan Jan, Feb, Mei dan Jun.
sebaliknya, kurangan tunai wujud apabila pembayaran tunai melebihi penerimaan tunai ( negatif) seperti dalam Rajah 4.10 iaitu pada bulan Mac dan April.
Contoh Penyediaan Bajet Tunai
1. Bajet ialah satu rancangan kewangan yang melibatkan penganggaran penerimaan dan perbelanjaan yang dijangka dibuat dalam masa setahun.

2. melalui penyediaan bajet tunai, pengurus kewangan dapat memastikan keperluan tunai organisasi pada masa hadapan sentiasa mencukupi di samping memelihara kedudukan kecairan organisasi supaya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

3. Bajet tunai hanya akan disediakan untuk jangka masa yang pendek, misalnya suku tahun, atau satu tahun. ini adalah kerana semakin panjang sesuatu tempoh , semakin sukar untuk pihak pengurusan meramal aliran tunai dengan tepat bagi tempoh tersebut.
PENERIMAAN TUNAI
PEMBAYARAN TUNAI
ALIRAN TUNAI BERSIH
BAKI TUNAI BERSIH
Penerimaan Tunai


1. Ketepatan kawalan aliran tunai bergantung kepada ketepatan ramalan jualan.Ketepatan ramalan jualan pula bergantung kepada faktor berikut:
A) Ketepatan laporan daripada jurnal.
B) Ketepatan analisis luaran seperti keadaan ekonomi, volum
jualan industri permintaan pengguna dan polisi kerajaan.
2. Polisi jualan kredit dan jualan tunai ditetapkan oleh pengurus
kewangan.
3. Tempoh kutipan hutang bergantung kepada syarat kredit dan
pengalaman lepas organisasi berkaitan kutipan hutang
daripada pelanggan jualan kredit.
* sila rujuk contoh pada m/s 203 (A)
PEMBAYARAN TUNAI
melibatkan aliran tunai keluar dalam sesuatu tempoh belanjawan.
aliran tunai keluar melibatkan aktiviti pembelian bahan mentah,pembayaran belanja,pembayaran cukai,pembelian aset tetap dan pemberian dividen kepada pemegang saham.
sila rujuk pada buku m/s 203(B)
ALIRAN TUNAI BERSIH
1.Aliran tunai masuk yang ditolak dengan aliran tunai keluar pada
bulan berkenaan akan mewujudkan aliran tunai bersih.Berdasarkan contoh tersebut,penerimaan tunai pada bulan Januari ialah RM335 500,manakala pembayaran tunai pada bulan yang sama ialah RM 260 000.Aliran tunai bersih boleh diperoleh dengan menolak RM 260 000 daripada RM 335 500.Oleh itu,jumlah aliran tunai bersih pada bulan Januari ialah RM 75 500.

2.Rajah 5.2 (c) menunjukkan aliran tunai bersih bersih antara bulan Januari hingga bulan Mei.

*sila rujuk buku pada m/s 204
BAKI TUNAI BERSIH
Baki tunai bersih diperoleh dengan memcampurkan aliran tunai bersih pada sesuatu bulan dengan sebarang baki tunai dari bulan sebelumnya.
Rajah 5.2(d) menunjukkan baki tunai bersih antara bulan Januari hingga bulan Mei.

*sila rujuk buku pada muka surat 204 (d)
KESIMPULAN
1.Rajah 4.12 menunjukkan satu penyata belanjawan tunai yang lengkap.Penyata belanjawan ini menggabungkan semua item yang dibincangkan tadi.
2.Belanjawan tunai dalam Rajah 4.12 menunjukkan firma dijangka menghadapi kurangan tunai pada bulan April dan Mei.Kekurangan tersebut disebabkan kemerosotan kutipan jualan sehingga bulan Mac,perbelanjaan modal dan pembayaran dividen.
3.Rajah tersebut juga menunjukkan firma dijangka mempunyai lebihan tunai sebanyak RM 109 500 pada bulan Februari.Sekiranya firma mengamalkan dasar mengekalkan baki tunai minimum sebanyak RM 75 000,firma perlu mencari sumber kewangan lain bagi menampung perbelanjaan pada bulan-bulan yang mempunyai baki tunai bersih kurang daripada RM 75 000
4.Kekurangan tunai boleh diatasi dengan membuat pinjaman,menangguhkan pembelian aset tetap dan mengurangkan perbelanjaan.
*sila rujuk rajah 4.12 pada m/s 205.
APLIKASI BAJET TUNAI KEPADA PERNIAGAAN
1. Bajet tunai ialah satu penyata yang mempamerkan aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar. Bajet tunai dapat memberikan maklumat mengenai faktor-faktor berlakunya perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan. Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai, iaitu:
a) Aliran Tunai Daripada Aktiviti Keluaran
-merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perniagaan.
b) Aliran Tunai Daripada Aktiviti Pelaburan
-aliran tunai masuk dan tunai keluar daripada
pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang.
c) Aliran Tunai Daripada Aktiviti Pembiayaan
- aliran tunai masuk dan tunai keluar daripada aktiviti yang
menyebabkan perubahan kadar modal ekuiti dan pinjaman
perniagaan.
jika jumlah aliran tunai masuk untuk bulan atau tempoh tertentu > jumlah aliran tunai keluar
= jumlah tersebut boleh digunakan untuk bayar
hutang jangka pendek yang baru dibuat pada awal
tempoh kewangan.

rancangan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman boleh dibentuk mengikut kesesuian sesebuah perniagaan. Bajet tunai tersebut boleh menyekat pinjaman yang terlalu banyak atau membuat pembayaran hutang dengan cepat untuk mengurangkan kos pembayaran bunga.

bajet tunai dapat memberikan cadangan tetang cara untuk mengatur pembelian dan pembayaran balik hutang supaya pinjaman dapat dikurangkan. Contoh, perbelanjaan modal boleh dibuat apabila aliran masuk modal dijangka besar. Selain itu, bajet tunai boleh digunakan untuk merancang pembayaran cukai dengan lebih berkesan melalui penentuan belian, jualan, dan sebagainya pada masa yang tepat.
berdasarkan laporan bajet tunai yang
komprehensif, institusi kewangan dapat
memberikan nasihat kewangan yang lebih
tepat dan mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan sesebuah perniagaan. Dengan
membuat perancangan ke hadapan,
sesebuah perniagaan boleh mengetahui
waktu keperluan tunai akan mencukupi
dan hal ini akan membolehkan perniagaan
membuat keputusan pembelian secara tunai
atau kredit.
apabila berlaku ketidakseimbangan antara pinjaman
jangka pendek dan pinjaman jangka panjang, bajet
tunai boleh digunakan untuk mengenal pasti dan
seterusnya mencadangkan cara-cara untuk
memperbaiki sesuatu keadaan.
SEKIAN TERIMA KASIH
AZIERA AMEERA
AMIRA FAUZIA
Full transcript