Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Skim Cepat Kaya ; Modus operandi & Kesannya

No description
by

Nor Iszam

on 24 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Skim Cepat Kaya ; Modus operandi & Kesannya

Results
1. Skim cepat kaya akan terus wujud dulu, kini dan selamanya
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Carilah ilmu sebanyak mungkin.
3. Pelaburan emas sangat menguntungkan kalau kena cara dan tekniknya.
Skim Cepat Kaya ; Modus operandi & Kesannya
Drive
MLM???
Skim Cepat Kaya???
Skim Pelaburan Emas???
FOREX???
Core
Multi Level Marketing (MLM)??
merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.
Skim Cepat Kaya

merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan. Faedah dan keuntungan yang ditawarkan biasanya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Kronologi Skim Cepat Kaya
SGDN 2023
Group D
Disediakan Untuk :
Encik Ahmad Bin Ismail
Disediakan Oleh :
Nor Iszam Bin Ahmad Pungut
213727
#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM.

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut. Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk. Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.
#2. Manipulasi leader MLM.

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak. Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000. Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.

Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung. Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.

Maka lahir ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’
1980 – 1990

Daripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud. Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.
2006 – 2007

Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.
2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.

Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.

Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.

Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.
2011 – 2013

Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.
Modus Operandi
“There’s always a legitimate investment and there are always a fake and scam investment”
i. Menjanjikan pulangan yang tinggi bagi
setiap pelaburan kecil
ii. Menggunakan penglibatan orang-orang yang
berpengaruh atau mempunyai kedudukan
dalam masyarakat
iii. Mengeluarkan Surat Kuasa Palsu
iv. Memberi Jaminan Tiada Risiko
v. Membuat Pelaburan dalam Perniagaan
vi. Membuat Pelaburan Dalam Koperasi
Kesannya
mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.

Suami isteri yang bergaduh dan bercerai berai.
mentua dan ipar-duai yang saling bermasam muka sesama sendiri.
Full transcript