Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

MORAL DAN ISU SEMASA-KEPENTINGAN MORAL

No description
by

on 1 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of MORAL DAN ISU SEMASA-KEPENTINGAN MORAL

MORAL DAN ISU SEMASA
KEPENTINGAN MORAL

Bencana alam yang sering berlaku kini, para manusia selalu sibuk dengan pencegahan dan pemulihan sebelum dan selepas bencana alam. Ini disebabkan perubahan bumi kini semakin teruk dan agak menakutkan kehidupan manusia.
Walau bagaimanapun, manusia masih tidak sedar dan berniat ingin membetulkan kelakuan mereka dan teruskan projek-projek mereka yang merbahayakan bumi tetapi juga manusia sendiri.
Di sini kami dapat lihat perubahan keadaan alam sekitar bersambung kepada kegiatan manusia. Kegiatan manusia telah mengubahkan bentuk bumi. Situasi ini menyebabkan bencana alam seperti gempa bumi, taufan, tsunami, dan lain-lain.

kita dapat melihatkan dalam kes-kes bencana alam yang hangat berapa tahun lalu. Seperti gempa bumi dalam negara Jepun pada tahun 2011 dan Wilayah Sze Chuan di negara China pada tahun 2008 dan Taufan Haiyan dalam negara Filipina yang berlaku baru-baru ini.
Berlaku bencana alam yang terkini
-Taufan Haiyan di Filipina

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu berkata, Taufan Haiyan telah menyebabkan kematian mangsa sebanyak 4460 orang , 18567 orang cedera, dan 1602 oarang masih hilang. Taufan Haifan, taufan paling kuat di dunia yang pernah dikenali, kelajuannya 315 kilometer sejam sehingga 380 kilometer sejam, dan lebih cepat daripada keretapi peluru di China semasa.
Menurut pandangan saintifik, punca utama pembentukan Taufan Haiyan adalah perubahan iklim. Air suam di laut menjadi punca utama untuk membentuk Taufan Haiyan.
Menurut US National Oceanic dan Pentadbiran Atmosfera membuat statistic ini, suhu permukaan laut akan meningkat 0.07 darjah Celsius setiap 10 tahun, ini menjadikan peluang untuk membentuk taufan yang lebih kuat pada masa akan datang. Terutamanya Taufan Haiyan, dalam proses pembentukannya adalah banyak berhampiran di Khatulistiwa, iaitu di barat lautan pasifik, yang terletak di suhu air lautnya adalah lebih panas daripada air laut di tempat lain.
Ini telah memberi banyak tenaga untuk pembentukan Taufan Haiyan dan akhirnya Taufan ini terjadi. Jadi pemanasan global adalah punca utamanya.
Manusia yang tidak mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar ini sering memusnahkan alam seperti menebang pokok tanpa kawalan, menyebabkan suhu bumi kita semakin meningkat.
Sebelum ini...
Gempa bumi tahap ke-8 yang berlaku pada 12 May 2008 di Sze Chuan
telah menyebabkan:
69227 orang membawa maut,
374643 orang cedera dan
17923 orang hilang.
Gempa bumi tahap ke-9 yang berlaku pada 11 March 2011 di Jepun
telah menyebakan:
15883 orang membawa maut,
24703 orang cedera, dan
2676 orang hilang.
Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi “punca” di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai ‘epicenter’.
Hal ini berlaku adalah
-Disebabkan oleh pembinaan empangan dan pembinaan bangunan yang tidak terancang akibatnya muka bumi telah dirosakkan.
-Disebabkan pembinaan empangan yang besar, jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Selain itu, aktiviti perlombongan dan gali patrol juga merupakan faktor yang penting dalam berlakunya gempa bumi.
Disebabkan oleh sifat manusia yang hanya mementingkan keuntungan sendiri, mereka akan menjalankan aktiviti perlombongan dan galian patrol tanpa sebarang rancangan yang sistematik. Lama kelamaan, kerak bumi akan terhakis dan akibatnya berlaku pergerakan tanah.
Menurut pandangan moralis, bencana alam merupakan sesuatu hukuman yang dijatuh oleh Tuhan kepada manusia oleh sebab tidak menghargai ciptaan Tuhan dan sering memusnahkan alam sekitar.
Kesan-kesan bencana alam
-menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat bergantung dan menjadi anak yatim piatu.
-kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal bersama-sama mangsa bencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan kotor.
-kebersihan diri dan persekitaran mereka terabai.
-berkemungkinan boleh menyebarkan wabak penyakit yang berbahaya seperti campak, demam denggi, penyakit kulit ,hepatits, malaria dan sebagainya.
-kerosakkan infrastruktur dan harta benda awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya.
Kesan yang paling teruk adalah masyarakat mengambil kesempatan semasa berlaku bencana alam untuk mendapatkan faedah diri sendiri. Ini merupakan satu perlakuan yang teruk and tidak bermoral.
Sebagai contoh, semasa berlaku bencana alam banyak rumah dan kedai-kedai akan dimusnahkan, pada masa ini ramai orang mengambil peluang masuk ke kedai dan merebut barang-barang keperluan sehari serta tidak memberi wang kepada pekedai. Hal ini berlaku disebabkan oleh mereka tiada mengamalkan nilai kejujuran. Selain itu, ada pekedai mengambil peluang ini menaikkan harga-harga barang ingin membuat keuntungan ini akan menyebabkan ramai rakyat tiada berupaya membeli barang-barang keperluan seharian dan ini akan menyebabkan mereka membuat perkara jahat seperti merompak duit orang lain.
Selain itu, masalah rasuah akan berlaku semasa bencana alam. Ini disebabkan oleh, ramai pegawai-pegawai bantuan akan mengambil peluang ini untuk mengambil sebahagian barang-barang yang dihantar dari negara-negara lain ini juga akan menyebabkan kekurangan bilangan barang dan tidak mencukupi dibahagikan kepada semua mangsa serta menyebabkan masalah kelaparan berlaku.
Pegawai-pegawai bantuan itu tiada mengamalkan nilai kejujuran dan mempunyai sikap yang tamak serta tiada mengamalkan nilai kasih sayang terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Langkah-langkah dalam mengatasi bencana alam
-
kita perlulah sentiasa bersiap sedia menhadapi bencana alam
.
Masyarakat haruslah mendapatkan informasi yang tepat melalui television dan radio supaya mereka dapat mengetahui situasi negara kita.
Kita perlu mengambil tahu tentang langkah-langkah melindungi diri semasa berlaku bencana alam
-
masyarakat hendaklah prihatin terhadap alam sekitar
Kita tidak seharusnya menebang pokok semata-mata untuk membangunkan sesuatu kawasan.Masyarakat juga haruslah bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pihak kerajaan boleh...
-
melaksanakan kempen yang bertema cara mengatasi bencana alam dan demonstrasi cara-cara melindungi diri bagi memperingatkan masyarakat.
-
memberi sebarang amaran yang berkaitan dengan bencana alam kepada masyarakat setempat.
Dengan ini, masyarakat dapat mempersiapkan diri mereka sebelum berlakunya bencana alam yang akan memusnahkan harta dan meragut banyak nyawa.

Kesimpulan
Bencana alam telah menyebabkan kerosakan di dunia kita. Beribu-ribu nyawa telah terkorban dalam bencana alam tersebut tadi. Bencana alam seperti ini banyak berkait rapat dengan kegiatan manusia pada masa sekarang. Bencana alam sememangnya tidak dapat dielakkan dan dijangka oleh mana-mana pihak. Kita haruslah “menyediakan payung sebelum hujan” dengan membuat persediaan terlebih dahulu agar tidak cemas dan panik sekiranya bencana alam berlaku. Manusia juga harus berpegang teguh dengan ajaran agama yang percaya bahawa karma akan berlaku akibat kegiatan manusia.
Akhir sekali, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani kemelut ini. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Bantuan daripada negara-negara luar terutamanya negara-negara jiran harus dilakukan semasa bencana alam berlaku. Sikap saling tolong-menolong antara manusia tidak harus dihentikan kerana nilai moral ini amat penting bagi setiap insan manusia.
Full transcript