Loading presentation...
Prezi is an interactive zooming presentation

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN SAINS DALAM TAMADUN ISLAM

No description
by

L Malik

on 17 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN SAINS DALAM TAMADUN ISLAM

Ayesha Sofea
Nurul Asyiqin
Izlyn Adlina
Norsyuhada

Pencapaian Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam
PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN SAINS DALAM TAMADUN ISLAM
Sains dalam Islam berkembang hasil daripada ajaran Islam itu sendiri.
Islam menggesa umatnya untuk mengkaji alam tabii, meneliti kejadian manusia dan alam flora dan fauna.
Objektif pemerhatian dan penyelidikan mengenai alam:
Mengenal secara terperinci hukum alam dan mengambil faedah darinya dari sudut gunaan atas sifat manusia adalah khalifah Allah.
Mengenal keagungan Allah dan keagungan ZatNya.

Pengenalan

Kejayaan dalam Islam ini kemudiannya memberi sumbangan kepada kebangkitan dunia barat.
Ketika dunia Islam sedang mengalami kegemilangan dalam perkembangan sains dan teknologi, dunia barat masih mengharungi zaman gelap.
Ilmu dan pengetahuan sains yang dimulakan oleh orang Yunani tidak diterima kerana orang Roman lebih cenderung kepada budaya hendonisme dan tahyul.
Perkembangan sains di Eropah dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti kaedah saintifik; konsep dan idea baru; terhasilnya karya-karya tentang sains tabii; peralatan dan teknologi; institusi sains dan etika sains.

Faktor Perkembangan Sains dalam Islam
Dorongan agama Islam
Peranan pemerintah
Aktiviti penterjemahan
Kewujudan institusi sains
Hubungan dagang
Interaksi peradaban
Islam menggalakkan pembelajaran sains dan teknologi dalam Islam.
Terdapat banyak pernyataan dalam Al-Quran dan hadis mengenai kewajipan umat Islam membuat pemerhatian, penyelidikan dan mempelajari mengenai alam tabii.

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memerhatikan alam langit dan bumi dan seagla yang diciptakan Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka”.
Surah al A’raf (7) : 185

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal”.
Surah Ali Imran (3) : 190

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”.
Surah Fussilat (41) : 53


Agama Islam

Pemerintahan yang stabil dan pemerintah yang meminati ilmu pengetahuan banyak menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi Islam.
Pemerintah memberi kemudahan dan layanan yang baik kepada para sarjana terutamanya dari segi kewangan. Hal ini membolehkan para sarjana menumpukan kepada penyelidikan, penulisan dan penerokaan sains dan teknologi.
Para sarjana turut menerima upah daripada pemerintah untuk mengumpul dan menterjemah karya-karya asing.
Antara khalifah yang banyak memberi sumbangan ialah Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik (kerajaan Umayyah), Khalifah Harun Al-Rashid dan Abdullah al-Makmun (kerajaan Abbasiyah) dan Abdul Rahman al-Nasir serta Al Hakam II (kerajaan Umayyah II di Andalus).

Peranan Pemerintah

Khalifah Harun al-Rashid dan Khalifah Al-Makmun telah mengarahkan dilakukan penterjemahan terhadap karya-karya daripada tamadun silam seperti tamadun Yunani dan Parsi.
Terjemahan daripada tamadun Yunani ialah dalam bidang perubatan, astronomi, kimia dan falsafah.
Contoh hasil karya sarjana Yunani yang diterjemah ialah Hippocrates, Aristotle, Euclid dan Galen.
Kegiatan penterjemahan masih diteruskan semasa pemerintah kerajaan Abbasiyah terutamanya semasa zaman Harun al-Rashid dan khalifah Al-Makmun.
Khalifah Harun al-Rashid telah menubuhkan Baitul Hikmah.
Salah satu fungsi utama Baitul Hikmah ialah mengumpul dan menterjemah karya-karya asing.

Aktiviti penterjemahan lebih giat dijalankan pada zaman Abbasiyah berbanding pada zaman Umayyah.
Di bawah pengawasan khalifah al-Makmun, aftiviti penterjemahan dijalankan dengan lebih terancang.
Baitul Hikmah dijadikan pusat penterjemahan negara pada ketika itu.
Antara jenis karya yang diterjemahkan daripada bahasa Yunani, Parsi dan Hindi ke bahasa Arab ialah karya-karya falsafah, astronomi, kimia, fizik, biologi dan perubatan.

Aktiviti Penterjemahan

Ilmuan dan Terjemahan

Penubuhan institusi intelektual seperti sekolah, universiti, perpustakaan dan balai cerap sama ada oleh pemerintah, sarjana atau orang perseorangan memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun Islam.
Pembinaan institusi-institusi ini memberi ruang kepada Muslim dan non-Muslim datang menuntut, membuat penyelidikan dan menghasilkan karya.

Wujudnya institusi intelektual

Aktiviti perdagangan yang meluas serta pembukaan pelabuhan-pelabuhan seperti Sicily, Andalus, China dan Alam Melayu telah membuka peluang kepada umat Islam untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.

Hubungan Dagang

Interaksi peradaban antara tamadun Yunani, Parsi dan India dengan tamadun Islam telah menyebabkan perkembangan sains dan teknologi dalam Islam.
Sains dan teknologi daripada tamadun Yunani telah diperolehi melalui pusat-pusat tamadun awal seperti di Iskandariah dan di Parsi.

Interaksi Peradaban

Pelbagai bidang sains telah diteroka seperti teknologi pertahanan, teknologi pengairan, astronomi, matematik dan perubatan.
Garis panduan dalam penerokaan sains dan penghasilan teknologi terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Sains dan teknologi telah berkembang dalam Islam sejak bertapaknya Islam di kota Madinah.

Penerokaan Bidang Sains

Pencapaian dalam Bidang Sains
Mengikut Era-era Islam

Salah satu pencapaian penting dalam sains dan teknologi Islam ialah wujudnya inovasi dan rekacipta peralatan.
Pelbagai penghasilan teknologi telah dihasilkan seperti dalam bidang pertanian, pertahanan dan perubatan.
Keperluan dalam proses pembedahan mendorong al-Zahrawi mencipta pelbagai jenis peralatan pembedahan seperti pisau bedah, gunting, penyepit dan lain-lain.


Penghasilan Teknologi

Banyak universiti telah dibina dalam tamadun Islam seperti Universiti al-Azhar, Universiti Granada, Universiti Cordova dan Universiti Seville.
Pembinaan balai cerap melambangkan pencapaian dalam gabungan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu astronomi dan matematik.
Antara balai cerap yang telah dibina ialah balai cerap di Samarqand dan Maraghah.

Pembinaan Institusi

Hasil karya sains yang dihasilkan oleh sarjana Islam mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak.
Mereka digelar sebagai tokoh ulung kerana mereka menguasai pelbagai bidang ilmu.
Ibnu Sina digelar penghulu kepada para doktor kerana beliau mampu menguasai pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, perubatan dan astronomi.

Penghasilan Karya Sains

Tokoh-tokoh Islam
dan Sumbangan
Nama sebenar : Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi
Keturunan : Parsi
Pernah menjadi pengarah hospital Rai di Iran
Mengarang lebih 200 karya tentang perubatan dan falsafah
Sumbangan utama
Penemuan penyakit cacar dan campak
Menggunakan muzik bagi mempercepatkan penyembuhan pesakit-pesakitnya

Al-Razi
(865-925M)

Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi
Berpengaruh besar dalam pemikiran matematik moden dan pengasas ilmu algebra
Sumbangan utama
Sistem nombor
Algebra
Trigonometri – perkenal kaedah sin, kosain
Penggunaan matematik dalam astronomi

Al-Khwarizmi
(780-850M)

Nama sebenar : Abu Ali al-Husain ibn Abdullah ibn Sina
Gelaran : al-Syeikh al-Rais (Penghulu Para Doktor), Avicenna
Sumbangan utama
Memperkenalkan ilmu perubatan psikosomatik
Memberi huraian yang tepat tentang penyakit Meningitis
Mengkaji fungsi anak mata
Menggunakan unsur psikologi dalam merawat pesakit

Ibnu Sina
(980-1036M)

Nama sebenar : Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi
Gelaran : Abulcasis, Bapa Pembedahan Moden
Sumbangan utama
Mencipta alat-alat pembedahan
Tiga ciptaannya yang terkenal ialah alat:
pemeriksaan luar telinga
pemeriksaan luar uretra
mengeluarkan benda asing daripada kerongkong

Al-Zahrawi
(936-1013M)

Sumbangan Sains kepada Kebangkitan Eropah
Sains Islam telah memperkenalkan kaedah saintifik seperti ujikaji, pemerhatian dan pencerapan.
Perubatan dan farmatoklogi Islam juga berkembang hasil pemerhatian dan uji kaji.
Tokoh-tokoh besar dalam dunia perubatan Islam telah memperkenalkan kaedah pembedahan dan post mortem yang kini tidak asing dalam dunia perubatan moden.
Pencerapan bintang-bintang telah menghasilkan beberapa penemuan baru dalam bidang astronomi.
Pembinaan balai cerap yang masih dapat dilihat sehingga hari ini di Samarqand menjadi satu mercu tanda kegemilangan perkembangan sains Islam.

Memperkenalkan Kaedah Saintifik

Model balai cerap di Samarqand

Asas epistimologi sains Islam adalah berdasarkan keterangan-keterangan dalam al-Quran.
Konsep alam tabii dan alam cakerawala dalam Islam berbeza daripada pandangan barat kerana konsep ini dijelaskan melalui pemahaman terhadap ayat-ayat al-Quran.
Idea-idea klasik dalam tamadun Yunani seperti jirim dan atom mula dikaji dengan pendekatan baru sesuai dengan perspektif Islam.
Idea falsafah tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Rushd kemudiannya telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah pada abad ke 16M dan menggalakkan perkembangan sains di Eropah.
Orang Eropah juga menerima idea-idea baru dalam bidang perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan daripada orang-orang Islam.
Dalam bidang astronomi, saintis muslim telah memperkenalkan jadual-jadual astronomi, rajah-rajah bintang dan konsep-konsep matematik kepada dunia Eropah.



Memindahkan Konsep dan Idea Baru

Karya-karya sains oleh sarjana Islam menjadi rujukan di institusi intelektual barat.
Kitab-kitab karya ulama-ulama Islam telah dikaji secara mendalam dan dijadikan buku teks.
Karya Ibnu Sina dalam bidang perubatan seperti al-Qanun fi al-Tibb dan penulisan ilmu geografi oleh al-Idrisi yang bertajuk Nuzhah al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq telah mempengaruhi ilmu sains yang baru berkembang di Naples dan Solerno.
Kitab al-Hawi oleh al-Razi telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia.

Penyebaran Karya Sains

Pelbagai peralatan telah direka dan diperkenalkan oleh orang Islam dan menjadi sumbangan kepada kebangkitan sains Eropah.
Peralatan dalam bidang astronomi dan pelayaran seperti astrolab, kompas dan peta diperkenalkan oleh saintis Muslim untuk tujuan saintifik.
Dalam karya besar al-Zahrawi, kitab al-Tasrif, terdapat lakaran peralatan-peralatan untuk kegunaan dalam pembedahan yang menjadi prototaip kepada peralatan-peralatan bedah hari ini.
Kejuruteraan awam seperti sistem terusan, pam air dan kincir angin telah dipelajari untuk mengembangkan pertanian di Eropah.
Dalam bidang perkilangan, kilang-kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan industri di Eropah.

Memperkenalkan
Peralatan dan Teknologi Baru

Kewujudan institusi saintifik dalam tamadun Islam dijadikan contoh dan model kepada pembinaan institusi saintifik di dunia Barat.
Pada peringkat awal, bahasa Arab menjadi bahasa pengantar di institusi saintifik Barat sebelum diambil alih oleh bahasa latin.
Institusi intelektual Islam seperti Universiti di Cordova, Toledo, Seville dan Granada menjadi pusat tumpuan orang-orang barat untuk menuntut ilmu.
Antara sarjana ternama Eropah yang pernah belajar di institusi saintifik yang ditubuhkan di dunia Islam ialah Adelard dan Morley (Britain) dan Leonardo Fibonacci of Pisa.
Institusi dan sistem hospital dalam tamadun Islam turut menjadi model kepada pembinaan hospital di Eropah terutamanya sewaktu berlakunya Perang Salib.
Misalnya, hospital pertama di Paris adalah berdasarkan contoh hospital yang terdapat di dunia Islam.

Memperkenalkan
Institusi-institusi Saintifik

Sains dan ahli sains Islam berkembang dengan kepatuhan kepada syariat dan adab tertentu.
Beberapa aspek etika yang dikembangkan oleh Islam masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.
Kepatuhan terhadap etika ini dikuat kuasa oleh para penguatkuasa atau muhtasib melalui sistem Hisbah.
Untuk menjaga kualiti profesion seperti ilmu perubatan, teks atau manual standard tentang ilmu berkenaan telah diguna pakai.
Sistem peperiksaan untuk memastikan para pengamal perubatan itu benar-benar layak telah diperkenalkan kepada para pengamal perubatan Islam sejak zaman kerajaan Umayyah lagi.

Penghayatan
Etika Sains
Full transcript