Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

KETERANGAN PAKAR (TULISAN, CAP JARI & IDENTITI)

No description
by

Aqilah Huzailing

on 26 October 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KETERANGAN PAKAR (TULISAN, CAP JARI & IDENTITI)

KETERANGAN PAKAR (TULISAN, CAP JARI & IDENTITI)
design by Dóri Sirály for Prezi
Peraturan am :

Siapakah Pakar ?
Seorang pakar juga boleh memberi keterangan mengenai identiti berdasarkan kepada kajian yang beliau jalankan
DNA adalah unik bagi setiap individu sebagaimana cap jari. Penemuan ini telah menarik perhatian saintis forensik sebagai cara untuk mengenal pasti asal usul bukti biologi seperti darah, air mani, rambut atau tisu badan dan mengaitkan bukti ini dengan seseorang individu
Teknologi DNA digunakan di makmal seluruh dunia dan analisis ini menjadi amat penting dalam menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak

IDENTITI (DNA)

TULISAN TANGAN
Cap jari yang ditemui di tempat kejadian jenayah boleh digunakan untuk menghubungkan di antara tertuduh dan mangsa jenayah yang disiasat.
CAP JARI

i. AKTA KETERANGAN 1950

PERUNTUKAN MENGENAI CAP JARI DI DALAM UNDANG-UNDANG


Ahli Kumpulan :


Seorang saksi hendaklah memberitahu fakta yang dia lihat dan bukan menyatakan pendapat mereka, misalnya menyimpulkan apa yang mereka peroleh daripada fakta.
Pengecualian :
Seksyen 45 Akta Keterangan 1950
Seksyen 45(1) AK memperuntukkan bahawa, apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, maka pendapat-pendapat atas perkara itu dari orang-orang yang khusus mahir dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, adalah fakta-fakta relevan.

Oleh itu pendapat berkenaan boleh diterima oleh mahkamah dan orang yang memberi keterangan atau pendapat itu
dipanggil pakar
menurut seksyen
45(2) Akta Keterangan 1950.

Apakah syarat-syarat seorang pakar ?
a) Pakar adalah seseorang yang boleh memberikan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara berdasarkan kepada kepakaran atau pengalaman mereka.

Kes
Kong Nen Siew v Lim Siew Hong
(1971) 1 MLJ 262, mahkamah telah mengiktiraf seorang jururawat psikiatri sebagai seorang pakar di bawah seksyen 45 AK dan boleh memberi keterangan mengenai kesihatan mental seseorang pesakit secara am. Di dalam kes ini, jururawat tersebut telah menjalani beberapa bentuk latihan yang spesifik di England dan telah mencapai tahap profesional.

b) Seorang pakar mestilah mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran atau pengalaman di dalam bidang sains, sastera, perdagangan atau kerjaya.

c) Seseorang pakar juga boleh memberi keterangan mengenai sesuatu ujian atau eksperimen yang telah mereka jalankan pada masa lalu berkenaan kes-kes mereka.

d) Seorang pakar hanya boleh memberikan keterangan pendapatnya mengenai sesuatu kes yang berkaitan dengan bidangnya sahaja.

Kes
Dr KS Sivananthan v The Government Of Malaysia (2001) 1 MLJ 35,
mahkamah tinggi menyatakan Mahkamah Perbicaraan sepatutnya tidak menerima keterangan oleh seorang pakar perubatan mengenai tulisan tangan dan keaslian sesuatu rekod. Menurut mahkamah, dalam hal menentukan kesahihan tulisan tangan maka seorang pakar tulisan tangan hendaklah dipanggil.

Peranan keterangan pakar ?
keterangan yang diberikan oleh saksi pakar hanya berperanan untuk membantu mahkamah dalam mencapai sesuatu keputusan.
Seorang saksi pakar tidak boleh membuat keputusan mengenai isu utama sesuatu kes, iaitu sama ada seseorang itu bersalah atas kesalahan yang dipertuduh atau sebaliknya.
Sesuatu dokumen boleh diragui dari segi tulisan tangan.
Kebanyakkan tulisan tangan dapat dikenal pasti sekiranya terdapat ciri individu yang mencukupi dalam tulisan itu atau terdapat cukup sampel tulisan contoh yang mempamerkan ciri asli dan variasi asli seorang penulis.
Apabila isu di hadapan mahkamah adalah berkenaan dengan tulisan atau tandatangan yang terdapat di atas sesuatu dokumen, pendapat orang yang biasa dengan tulisan tersebut adalah menulis atau menandatangani dokumen tersebut.
Ini bermakna keterangan pakar bagi tulisan juga dapat dibuktikan.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG :
SEKSYEN 45 & 47 AKTA KETERANGAN 1950
Seksyen 45
memperuntukkan bahawa keterangan pakar mengenai tulisan tangan di hadapan mahkamah adalah boleh diterima.

Dalam seksyen 47, bilamana seseorang saksi berkenaan pernah melihat orang yang berkenaan menulis atau pernah berhubungan dengan penulis tersebut dengan cara berbalas dokumen.

“Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani manamana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta berkaitan”

Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.
NILAI KETERANGAN MENGENAI TULISAN TANGAN & KES

Mahkamah meletakkan keraguan mengenai sesuatu keterangan pakar mengenai tulisan.
Ada yang berpendapat bahawa keterangan pakar tulisan tangan perlulah diterima dengan berhati-hati kerana setiap daripada saksi pakar tulisan tangan mempunyai teori tersendiri.
Mereka dibayar untuk memberi keterangan oleh pihak yang memanggil mereka. Adalah berbahaya jika mensabitkan sesuatu berdasarkan keterangan pakar semata-mata tanpa sokongan keterangan lain.

Berdasarkan prinsip
“Locard’s Exchange”


“apabila dua objek bersentuhan antara satu sama lain, ada pertukaran bahan di antara mereka”.

Ini bermakna, apabila seseorang itu memegang atau mempunyai hubungan dengan permukaan lain, dia akan meninggalkan cap jari di belakang.
Corak cap jari bagi seseorang individu tidak akan berubah sepanjang hidupnya melainkan jika berlaku kemalangan yang menyebabkan lebam atau terputus jari. Walau bagaimanapun jika sel-sel bercantum semula, corak yang sama akan dihasilkan.
Cap jari, istilah yang merujuk kepada corak permukaan kulit pada jari. Ia turut merangkumi corak pada tapak tangan.
cap jari merupakan keterangan yang memerlukan keterangan pakar di mana ciri-ciri dan corak dua set cap jari dibandingkan oleh seorang saksi pakar.
bukti cap jari ini telah diperuntukkan di dalam
seksyen 9
dan
45 AK
.
Seksyen 9 adalah seksyen yang menjadikan fakta yang menunjukkan identiti, masa, tempat dan lain-lain sebagai fakta releven.

ii. AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIIGINI 1969

Seksyen 10(1)(C)
memperuntukkan tentang perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa—
(i) cap jari seseorang telah dibandingkan dengan cap jari yang lain yang diambil dahulunya atau kemudiannya; dan
(ii) cap jari yang telah dibandingkan itu ialah cap jari orang itu juga,
hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mahkamah dan menjadi bukti yang cukup mengenai perkara yang diperihalkan dalamnya melainkan jika akasnya dibuktikan.

Siapakah yang menguruskan sistem cap jari di Malaysia?

Saksi yang telah dilantik untuk memberi keterangan cap jari di mahkamah haruslah diiktiraf kelayakannya sebagai pakar cap jari.
Di Malaysia, bilangan saksi pakar dalam analisis cap jari adalah terhad dan hanya dilatih oleh Polis DiRaja Malaysia.
Polis DiRaja Malaysia telah melancarkan sebuah pangkalan data cap jari yang dikenali sebagai ‘Malaysia Automated Fingerprint Identification System’ atau MAFIS.
Pangkalan data ini menyimpan dan merekodkan cap jari semua warga Malaysia dan setiap individu yang mempunyai rekod jenayah.
Public Prosecutor v Benjee bin Aji & Anor [2012] MLJU 734, Session Court (Kota Kinabalu)
The complainant, Rafeah Kee @ Faye bt Kee Abdul Mil or fondly known as 'Datin' (PWl) was resting at her house on 5th April 2010 at around 2.30 p.m. at No. K-6, Lorong Kenari 4A, Taman Likas Jaya in the district of Kota Kinabalu. Suddenly the house was barged into the presence of 2 unknown masked persons and entered the master bedroom where she was taking a nap on her bed. Those persons were asking for money while one of them was holding a machete. Few moments later, another unknown masked man entered the room together with PWl's Indonesian maid. Both of them were tied up while those persons ransacking the room before fleeing away with some valuable items. Both PWl and her maid managed to untied themselves after a while and ran for help to neighbouring house. After receiving the information, police officers from criminal investigation department together with forensics unit came to PWl's house to investigate the matter. PWl lodged a police report on the same day to the investigating officer of this case. The accused were charged for the offence of robbery under
s 391, 395 and 397 of the Penal Code.


Seksyen 47
membenarkan seorang yang bukan pakar tulisan tangan untuk menjadi saksi.

Kes McLaren Saksama (M) Sdn Bhd v Hong Leong Bank Bhd [2014] 7 MLJ 104, Mahkamah Tinggi (Kuala Lumpur)
Plaintif adalah pelanggan dan pemegang akaun semasa dengan defendan, sebuah bank. Dalam tindakan ini, plaintif berhujah bahawa defendan telah membuat bayaran yang salah sebanyak 105 cek daripada akaun semasa plaintif kepada pihak ketiga.
Akibatnya, plaintif mengalami kerugian. Plaintif mendakwa bahawa tandatangan tersebut adalah palsu. Sebaliknya, defendan-defendan berhujah bahawa plaintif gagal untuk membuktikan bahawa penandatangan SP2 di atas 105 cek tersebut adalah palsu.
Dihujahkan secara alternatif, defendan dilindungidi bawah  s73A Akta Bil Pertukaran 1949 memandangkan plaintif tidak memberitahu defendan bahawa tandatangan-tandatangan adalah palsu. Defendan selanjutnya menuntut pembelaan sebahagian di bawah s 12 Akta Undang-Undang Sivil 1956 kerana ia dihujahkan bahawa pengarah-pengarah plaintif gagal untuk mengambil langkah-langkah munasabah dalam mengesan transaksi luar biasa yang melibatkan cek-cek.

Di hadapan mahkamah, isu-isu yang berbangkit untuk penentuan adalah, antara lain: beban dan standard bukti dalam membuktikan pemalsuan; sama ada plaintif terikat oleh peraturan-peraturan yang mengawal pembukaan akaun semasa; kegagalan plaintif untuk memanggil saksi material ('Suhaila'); dan sama ada adalah selamat untuk mahkamah bergantung ke atas pandangan pakar tulisan tangan tanpa alasan-alasan meyakinkan yang menyokong dapatan.
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif dengan kos:
1)Adalah undang-undang nyata bahawa pemalsuan mesti dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Beban pembuktian untuk membuktikan pemalsuan terletak ke atas plaintif sepanjang perbicaraan. Beban pembuktian berpindah kepada defendan apabila plaintif membuktikan beban pembuktiannya. Jika plaintif gagal untuk membuktikan beban pembuktian asal, defendan tidak perlu mengemukakan apa-apa keterangan
2)Keterangan saksi-saksi bahawa Suhaila telah mengaku kepada mereka yang dia telah memalsukan tandatangan SP2 tidak boleh diterima. Keterangan tersebut adalah kata dengar. Suhaila, saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maka, menyebabkan mahkamah untuk membuat inferens bertentangan di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap plaintif
3)Tandatangan-tandatangan yang ditanda dengan berbeza tidak bermaksud yang ia adalah palsu. Tiada tandantangan boleh menjadi sama walaupun ia ditulis oleh orang yang sama. Keterangan oleh pakar tulisan tangan tidak dapat menjadi konklusif kerana ia hanya keterangan pandangan. Kegagalan plaintif untuk menghantar spesimen kad tandatangan yang mengandungi tandatangan SP2 untuk analisa adalah kritikal kepada kes plaintif memandangkan pakar tidak dapat membuat pandangannya ke atas 79 cek tanpa membandingkan tandatangan SP2 atas kad specimen. Adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung atas laporan pakar tulisan tangan jika tidak terdapat alasan kukuh untuk menyokong dapatan yang dibuat. Pandangan pakar mempaparkan sebagai penyataan pandangan sahaja yang tidak boleh diterima pakai
DEFINISI DNA

Setiap individu berasal daripada gabungan sperma lelaki dan ovum wanita.
Maklumat-maklumat ini pula diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui perkembangan pembiakan.
Amat mustahil profil DNA dari tubuh seseorang sama dengan orang lain, kecuali pasangan kembar

DNA adalah bahan yang membawa maklumat gen. Ia mengandungi set-set arahan biologi yang membentuk keperibadian individu
PERUNTUKAN DNA DI DALAM UNDANG-UNDANG
I. AKTA KETERANGAN 1950

Di dalam Akta Keterangan, penggunaan DNA diperuntukkan di bawah Seksyen 9 dan 45.

II.DNA MENURUT AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008
MENURUT
SEKSYEN 2 AKTA DNA 2008
:

”DNA” ertinya deoksiribonukleik
“ANALISIS FORENSIK DNA” ertinya apa-apa analisis yang dijalankan bagi maksud menentukan identiti seseorang itu.
“KEIZINAN YANG SEWAJARNYA” ertinya :
(a) berhubung dengan seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya;



(b) Berhubung dengan orang yang telah mencapai umur lapan belas tahun, keizinan secara bertulis orang itu; atau

(c) berhubung dengan orang yang padanya terdapat keadaan perkembangan fikiran atau badan yang terbantut atau tidak sempurna sama ada keadaan itu wujud daripada sebab yang diwarisi atau disebabkan oleh penyakit atau kecedaraan dan seseorang yang tidak berupaya untuk memahami jenis dan kesan am sesuatu analisis forensik DNA atau tidak berupaya untuk menunjukkan sama ada dia mengizinkan atau tidak mengizinkan untuk memberikan sampel intim atau sampel bukan intimnya, keizinan secara bertulis ibu atau bapa atau penjaganya.

AGENSI ATAU BADAN UNTUK MENJALANKAN ANALISA FORENSIK DNA

MENURUT
SEKSYEN 6 AKTA DNA 2008
:

(1) Adalah menjadi kuasa menteri untuk menetapkan mana-mana agensi atau badan untuk menjalankan analisa forensik DNA di bawah Seksyen 5 hendaklah hanya dijalankan sekiranya Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia tidak dapat menjalankan apa-apa analisa forensik DNA.

(2) Menteri boleh, dalam perintah yang disebut dalam Seksyen 5, menyatakan bahawa analisa forensik DNA yang akan dijalankan oleh agensi atau badan yang ditetapkan hendaklah hanya bagi maksud yang disebut dalam subsekyen 4(2) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dia boleh kenakan.
APLIKASI DNA DALAM FORENSIK

Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh ahli sains dalam mengaplikasikan DNA bagi kes pendakwaan di mahkamah ialah :

I) Mengenalpasti profil genetik daripada sampel biologi yang diperolehi di tempat kejadian sesuatu kes.


II) Mengenalpasti profil genetik daripada sampel orang kena tuduh atau suspek.

III) Membandingkan antara kedua-dua profil ini untuk mendapatkan persamaan atau perbezaan.

IV)Mengira kebarangkalian statistik bagi seseorang individu secara rawak memiliki profil genetik yang sama dengan profil genetik yang diperolehi daripada tempat kejadian kes.

Kes Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim v Pendakwa Raya & Rayuan Lain,
[2015] 2 MLJ 293, Mahkamah Persekutuan (Putrajaya)

Perayu, seorang ahli politik terkenal, telah dituduh di Mahkamah Tinggi di bawah s 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan di luar tabii terhadap mantan pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan.
26 Jun2008- Di Kondominium Desa Damansara, Perayu secara sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan pembantunya dengan memasukkan zakar ke dalam duburnya
Pengadu menceritakan persetubuhan berlaku dengan bantuan pelincir dikenali "KY Jelly.“
28 Jun 2008- pengadu kemudian pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan mendaftar sebagai pesakit luar untuk diperiksa kerana diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perayu telah dibebaskan oleh Mahkamah tinggi pada akhir kes pembelaan. Namun, pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan telah merayu ke Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan perayu dengan hukuman selama penjara 5 tahun. Pihak responden turut membuat rayuan balas bagi memohon hukuman lebih berat dijatuhkan kepada perayu
Isu yang dihujahkan di Mahkamah Persekutuan ini ialah kredibiliti pengadu dalam kes ini sama ada beliau merupakan saksi yang boleh dipercayai
Sama ada wujud keterangan yang menyokong dakwaan pengadu yang beliau diliwat oleh perayu
Pihak analisis DNA terhadap barang-barang yang digunakan oleh perayu semasa di lokap telah menghasilkan profil DNA yang dirujuk ahli kimia sebagai “Lelaki Y”


Dalam kes ini profil DNA ‘lelaki’ Y adalah sepadan dengan profil DNA yang terhasil daripada analisis yang dibuat terhadap sperma yang berada dalam rectum pengadu

Perayu mencabar bukti DNA dengan alasan sampel yang diambil daripada dubur pengadu, keputusan analisis yang DNA nya menujukkan profil DNA yang sama dengan “Lelaki Y” telah reput. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila keputusan analisis masih menunjukkan keputusan yang sempurna
ahli kimia bagi pihak responden tidak pernah menyatakan bahawa sampel yang diambil dari dubur pengadu berada dalam keadaan sempurna dan tidak mereput

Pereputan mungkin berlaku tetapi tidak bermakna analisis DNA tidak dapat menunjukkan sebarang keputusan yang positif. Dalam kes ini profil DNA telah berjaya diperoleh hasil daripada analisis yang dibuat.

Perayu mendakwa wujudnya “allele 18” dalam keputusan analisis DNA yang menunjukkan wujudnya DNA pihak ketiga

Berhubung dengan kewujudan allele 18 pula di satu lokus daripada keseluruhan 16 lokus DNA yang diperiksa dalam keputusan analisis bagi profil DNA lelaki Y dan profil DNA yang diperolehi daripada sample yang diambil daripada dubur pengadu, mahkamah bersetuju dengan pendapat ahli kimia bahawa sample tersebut tidak menunjukkan kehadiran DNA pihak ketiga

Pihak responden berhujah pengadu merupakan saksi yang dipercayai kerana telah memberikan keterangan secara menyeluruh dan berupaya menceritakan kejadian yang berlaku dengan teliti
Memandangkan profil DNA “Lelaki Y” yang diperoleh terhadap barang-barang sepadan dengan profil DNA sperma yang diambil dari dubur pengadu, mahkamah berpendapat ini sebagai bukti utama menunjukkan perayu memasukkan kemaluannya ke dalam dubur pengadu. oleh itu, membuktikan pertuduhan yang dibuat terhadap perayu
Diputuskan
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah rayuan
KESIMPULAN

Secara ringkasnya, pendapat pakar di dalam mahkamah hanyalah bertujuan untuk membantu hakim dalam membuat keputusan. Hakim tidak terikat untuk menerima pendapat seseorang pakar.

Bukti daripada tulisan tangan, cap jari dan identiti (DNA) perlu diberikan kefahaman dalam kalangan pengamal undang-undang memandangkan pada masa ini bukti ini sering digunakan dalam perbicaraan jenayah selain bukti sains forensik yang lain.

1)Nazirah Maulat Abd Rahim (D1310442)
2)Syarifah Saffa’ Bt Syed Abd Kadir (D1310450)
3)Nur Ayunis Syairah Bt Mohamad Zaidi (D1310400)
4)‘Alia ‘Ashira Bt Aisha (D1310425)
5)Haziratul Aqilah Bt Huzailing (D1310547)

As there is a notice of appeal filed in by the Public Prosecutor, I hereby set the grounds of my judgment.

Based on the complainant's testimony, I have no quarrel that the said robbery has taken place at her home committed by at least 3 persons unknown to her. Towards the end of the witnesses' testimony there is not a single piece of direct evidence to show the identity that accused here committed the crime or involved in committing the said crime. Thus, to establish their case, the prosecution relied heavily on forensic and scientific evidence as the complainant was unable to identify the intruders.

The first scientific evidence introduced by the prosecution is the finger print of the 1st accused. The learned DPP in her written submission said that finger print report (exhibit P38) confirmed that exhibits CI and C2 (both finger prints were found on a black box brand Tag Heuer found on a dressing table and on a jewellery box inside the complainant's bedroom respectively) as received in the Biofis system on 7th April 2010 were found to belong to the 1st accused. Biofis system is a biometric finger print identification system used by the police to identify a suspect in criminal cases. However, the learned counsel for the 1st accused submitted that the finger print is not conclusive against the 1st accused as it is prejudicial, not conclusive and uncorroborated.
In this case, the prosecution sought to establish that the two finger prints were lifted from the two boxes as stated, but the former has failed to show or to produce those items as exhibits during trial. In my view, the investigating officer should have at least seized the boxes as it was identified by the forensic officer when the latter conducted his investigation. Or the least the investigating officer can do, in order to remove doubt, was to ask the photographer to take photographs of the items where the finger prints lifted to confirm their existence, but this was also not done. My view on this matter would be slightly different had if such boxes appeared to be immovable or has been lost, but there is no explanation given as to the whereabouts of those boxes during trial and why they were not seized by the investigating team. Without the boxes, as the matter has been challenged by the defence, I have to agree with the learned counsel for the accused that the evidence is prejudicial and not conclusive. It is also prejudicial against the accused as there is no evidence, particularly by the complainant, that the intruders were wearing gloves on that day. In her testimony, she can remember details of their appearance but there is nothing to suggest that their hands can be barely seen. Furthermore, the prosecution did not call an expert to give opinion with regards to the finger print in order for this Court to arrive to a right decision.
Apart from the said finger print, the prosecution also put reliance on the DNA samples collected by the forensic team at the complainant's house. At the outset, after hearing the evidence of Ms Rita Tie Ung Ha, the chemist (PW9) with the Chemistry Department of Kuching Sarawak, I am satisfied that she is an expert in accordance to
s 45 of the Evidence Act 1950
and accepted her testimony with regards to the approach and analysis of DNA conducted.
The learned defence counsels for both accused cried foul that there is a break in the chain of evidence with regards to the samples taken before the analysis was conducted by PW9. It is my finding that there is a break in the chain of evidence as can be seen in the testimony of the investigating officer PW11, to which he admitted that the forensic officer PW10 had surrendered all exhibits to him on 5th April 2010. However, he also admitted that the exhibits were in the police custody for about more than a month before they were handed over to PW9 on 6th May 2010 for her analysis. There was no explanation given for the delay in handing over the exhibits to the Chemistry Department. Failure of the prosecution to explain the reason and how was the exhibits kept and preserved especially when it involves DNA analysis would leave a huge gap in the chain of evidence.
Summarily, PW9 has conducted her analysis based on the exhibits and samples given to her by the police. However, I cannot be certain, as laid down in the aforesaid reasons, that the integrity of those exhibits was not compromised because of the break in the chain of evidence. I also cannot be certain as to their nexus to both accused here before me because there is no identification done against both of them. Again, the complainant did not identify both accused as two of the three intruders who robbed her house on the day of incident. As such, it is not safe for this Court to rely on those scientific evidence without corroboration with some other extrinsic supporting evidence.

Having conducted a maximum evaluation to all evidence adduced in this case, at the end of the prosecution's case, the answer to the only issue in this case as stated at paragraph [6] herein is in negative, therefore it is my finding that no prima facie case has been established and consequently ordered that
both accused to be acquitted and discharged without having to call upon them to enter defence.
Full transcript