Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

HE K3-BUKU KERJA

(Elements, Boundaries, Theories)
by

nadzatul farhana

on 1 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of HE K3-BUKU KERJA

SSX0022
Hubungan Etnik
Fakulti Kejuruteraan
UNIMAS

Soalan 2 : Eksplorasi Dan Uji Minda
Soalan 3 : Terokai Minda
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 1855.
Sistem sekolah vernakular merupakan satu lagi langkah alternatif bagi memupuk
integrasi antara etnik di sekolah. Sistem ini merupakan sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa pengantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu kini, terdapat tiga aliran sistem persekolahan dalam negara kita iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

2b) Jawab soalan-soalan objektif di bawah.
2ai) Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan ?
Sistem pendidikan negara yang diwujudkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum dan melahirkan anak bangsa yang berilmu dalam pelbagai bidang. Lazimnya, sistem pendidikan negara kita sering dikaitkan dalam politik negara. Fenomena ini sering berlaku apabila menjelang pilihan raya. Dalam kehangatan persaingan menambat hati pengundi pada pilihan raya yang akan datang, pesaing akan berusaha menonjolkan diri untuk memperjuangkan kepentingan kaum etnik masing-masing.
Soalan 1 : Terjah Minda
Sekolah Wawasan merupakan sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan yang tersendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan.
Bincangkan sumbangan sekolah vernakular terhadap kesepaduan kaum-kaum di Malaysia.
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penyata Razak, Talib dan Akta Pendidikan Kebangsaan telah mengiiktiraf sistem persekolahan vernakular. Sistem ini berkembang dan diterima sebagai salah satu Dasar Pendidikan Negara.
•1
1a)
Apabila pendidikan dipolitikkan
(24 Jun 2012, Utusan Online)
Bincangkan keratan akhbar di atas dalam konteks mewujudkan perpaduan di Malaysia.
Ini amat jelas jika diamati pendekatan berkaitan pendidikan dalam bahasa Cina. Parti politik pembangkang mahupun kerajaan masing-masing menjadikan permintaan ini sebagai medan perjuangan. Oleh itu, motif utama untuk memberi pendidikan yang optimum gagal dicapai oleh semua pihak dan sistem pendidikan di Malaysia akan berlandaskan politik.
1b)
Jangan ganggu sistem pendidikan Negara-MPM 18 Jun 2012, Utusan Online
Bincangkan keratan akhbar di atas dalam konteks mewujudkan perpaduan di Malaysia
there is boundary
there are mechanisms to maintain them
2. Pilih yang BENAR mengenai
cabaran hubungan etnik
dalam aspek sosial.
2aii) Namakan TIGA buah Sekolah Wawasan.
1. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Namun, masalah yang timbul adalah kekurangannya
interaksi antara pelbagai etnik dengan penggunaan sistem ini. Hal ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan secara
perlahan dan lambat. Menerusi sistem sekolah vernakular, penggunaan bahasa oleh kumpulan etnik lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda bagi sesuatu etnik tersebut.
Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau
kumpulan etnik lain yang berminat. Hal ini akan mendedahkan pelajar-pelajar kepada persekitaran yang kepelbagaian etnik dan justeru menjadikan mereka lebih terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain.
Buku Kerja
Bab 8 : Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Kumpulan 3
2. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
3. Kompleks Sekolah Wawasan Pandut, Seri Manyang, Perak
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu dasar yang mengutamakan perpaduan kaum di negara ini. Pilih yang SALAH mengenai Dasar Pendidikan Kebangsaan.
A. Menggunakan acuan tempatan sama ada dari
segi bahasa, sukatan dan kurikulum
B. Ianya berpandukan kepada Penyata Razak 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960
C Melahirkan modal insan yang mementingkan
nilai kebendaan dan fizikal
D. Melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisplin dan terlatih

I. Pemisahan fizikal
II. Sistem pendidikan yang berasingan
III. Polarisasi dalam kalangan pelajar
IV. Kontrak sosial
A. I, II DAN III
B I, III DAN IV
C. II, III DAN IV
D. Semua di atas
3
Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan perpaduan nasional. Sejak kebelakangan ini, tidak ramai rakyat kita yang menghargai bahasa Melayu sebagai “lingua franca” iaitu bahasa yang memudahkan komunikasi dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik. Penggunaan Bahasa Melayu berjaya mewujudkan semangat perpaduan budaya dan melahirkan identiti-identiti Melayu yang melampaui jaringan etnik.
Di samping mereka boleh bergaul secara meluas, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan, masalah pengekalan hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling memahami antara satu sama lain. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa
dengan terasingannya sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman
atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi.

Fenomena ini akan menular pula
di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem sekolah vernakular ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan dari peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberikan perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.
Tambahan pula, pengekalan struktur dan sistem pendidikan semasa di negara ini merupakan alat penyatuan dalam kepelbagaian. Berbeza dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, sekolah berasaskan sesuatu aliran mengikut etnik tidak wujud sebagaimana di Malaysia. Kebanyakan sistem pendidikan di negara berkenaan lebih menjurus kepada identiti kebangsaan sahaja.

Oleh hal demikian, kewujudan struktur dan sistem pendidikan yang berbeza aliran di negara ini sebenarnya tidak menggambarkan pemisahan, tetapi lebih memberikan ruang integrasi melalui kurikulum yang dibentuk seperti memperkenalkan mata pelajaran bahasa etnik lain di sekolah kebangsaan. Usaha ini diteruskan di peringkat sekolah menengah dengan Pelaksanaan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan percampuran antara murid tanpa mengira etnik, agama dan budaya di sekolah yang berkenaan.
Konklusinya, dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting yang berperanan sebagai alat perpaduan antara etnik. Dengan menerusi bidang pendidikan, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa.

Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia. Bersesuaian dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak kemerdekaan hingga sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang dirancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatu padu dan berlainan kefahaman.ara yang makmur dan harmoni.
Selain daripada bahasa Melayu, bahasa-bahasa lain juga tidak harus dipinggirkan. Sebaliknya, kualiti bahasa-bahasa tersebut perlu ditingkatkan. Sebagai contoh, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia perlu diajar dengan baik dalam mata pelajaran Matematik, Sains, dan Sejarah. Selain itu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diajarkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pelbagai bahasa boleh digunakan dalam komunikasi. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim antara kaum dapat dieratkan. Dengan ini, masyarakat akan kagum dengan sekolah kerana disiplin pelajar dapat dikuatkuasakan dengan tegas dalam persekitaran yang penyayang.
Tambahan pula, peranan guru amat penting dalam sistem sekolah. Guru perlu melayan setiap pelajarnya tanpa mengira kaum dan latar belakang mereka dengan adil dan saksama. Tenaga pengajar sekolah kebangsaan seharusnya merangkumi guru yang berbilang bangsa dan agama. Dalam organisasi sekolah, guru-guru sekolah yang menjalankan tugas haruslah terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Melalui persekitaran pekerjaan, setiap kaum akan mengenali bangsa, budaya dan agama antara satu lain dengan lebih mendalam.
Kesimpulannya, pendidikan merupakan salah satu sistem yang signifikan dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Pendidikan seharusnya mendedahkan ilmu pengetahuan dan teori kepada anak-anak bangsa. Oleh itu, pendidikan yang sistematik perlukan diwujudkan bagi masa hadapan negara.
Secara keseluruhan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah menerima Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dalam sistem pendidikan Negara. Kedua-dua penyata itu telah diberi pengukuhan undang-undang dalam bentuk Akta Pelajran 1961 dan telah pun diluluskan di Parlimen.
Sehubungan dengan itu, setiap kaum telah menyokong dan menerima kedua-dua penyata itu sekaligus menyelesaikan isu perpaduan di Malaysia. Dalam perkataan lain, isu-isu sistem pendidikan negara telah diselesaikan dan dirumuskan apabila Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib telah dimasukkan dalam sistem pendidikan negara .
3
Sesungguhnya, isu-isu berkaitan dengan pendidikan dan kerakyatan tidak harus dibangkitkan dan disoalkan kerana perbuatan sebegini akan menganggu kemajuan negara menjelang tahun 2020 dan menimbulkan perpecahan dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Sebaliknya, pihak yang berkenaan harus menerimanya dengan hati terbuka dan menghormati keputusan yang telah dibuat. Oleh itu, perbuatan membangkitkan perkara-perkara yang sudah selesai perlu dihentikan agar setiap pihak dapat menikmati keharmonian dan perpaduan negara yang sedia ada.
Kong Wen Yee
Wong Sia Siang
Nurul Siti Fatimah Matzin
Athirah Bakie
Dayang Siti Aishah Abang Shamat
Chong Li Yee
John Ling Heck Teck
Jong Soon Teck
Terence Empurai Andap
Thomas Tie
Tong Heng
Ridhwan Shah Busrah
Nurul Nadzatul Farhana
Abdul Halim
Sukinah Abdul Karim
Full transcript