Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Tokoh Keusahawanan Malaysia

Profil kehidupan dan kejayaan ringkas tokoh keusahawanan terkemuka Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
by

za altera

on 31 May 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Tokoh Keusahawanan Malaysia

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TOKOH USAHAWAN MALAYSIA Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. PENDIDIKAN MENUBUHKAN SYARIKAT PENGLIBATAN PERNIAGAAN KREATIF
INOVATIF
BIJAK AMBIL PELUANG
BERPANDANGAN JAUH
MEMILIKI DORONGAN DALAMAN
TIDAK MUDAH PUTUS ASA
BERANI AMBIL RISIKO CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN BELIAU BIODATA RINGKAS Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.

Tempat lahir : Alor Setar, Kedah.

Tahun lahir : 1951

Pendidikan: SPM

Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan: RM6 billion

Ke 8 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat LATAR BELAKANG BELIAU
Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. 1971 : Perniagaan daging di Alor Setar

1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)

1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar

1975 : Menubuhkan Syarikat Shah

1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar

1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur

1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China

1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.

: Amtek Holdings

: Amtek Shoes

: Amteks Garment Sdn.Bhd.

: Oriental Garments Uniform Division

: Bukhari Shipping

: Bukhary Development (i) Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

(ii) Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) - Persekutuan

(iii) Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah

(iv) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)

(v) Muzium Kesenian Islam - IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003)

(vi) Muzium Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)

(vii) ‘Malaysia’s Chosen One’ – Majalah Time (2002) ANUGERAH/PINGAT DIPEROLEH PRINSIP HIDUP 1. Saya bekerja seperti tiada hari esok

2. Saya percaya sesiapapun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun,
tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT. Saya melalui jalan yang susah, tapi itulah
jalan yang kekal.

3. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.

4. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak BERSABAR dan KUAT USAHA

5. Saya percaya perkara baik yang kita lakukan yang akan kekal.

6. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat2 kuatkan semula semangat untuk
bangkit balik.

7. Apa yang saya tidak tahu saya belajar dan minta tolong org lain. Saya tidak malu, saya usaha
sendiri. MEMBANTU KELUARGA CONTOH: Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China.
Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. CONTOH Beliau menceburi pelbagai bidang keusahawanan seperti:

Bidang komoditi
Pengangkutan
Sektor pembungkusan
Industri pakaian
Industri perkapalan
Projek penswastaan
Menubuhkan yayasan CONTOH Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut.। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. KESIMPULANNYA? Kita perlulah bijak mengatur strategi bagi mengatasi cabaran hidup dengan cemerlang.
Kita hendaklah mengambil peluang yang ada dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.
Sikap dan kegigihan yang ditonjolkan Tan Sri Syed Mokhtar sewajarnya diteladani untuk berjaya dalam hidup. GAMBAR CONTOH Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Full transcript