Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

On Job Training (OJT)

No description
by

Fatin Nurhanis

on 28 April 2017

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of On Job Training (OJT)

On Job Training (OJT)
Latihan Industri yang dijalankan di Organisasi/Industri

Objektif OJT
‘On Job Training’ (OJT) adalah satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di semua Kolej Vokasional, ILKA ILKS. Bertujuan untuk mendedahkan bakal graduan kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap mampu kerja. OJT diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang sedia ada di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mempertingkatkan kebolehpekerjaannya.
Pendaftaran OJT
Pelajar dibenarkan mendaftar OJT setelah memenuhi syarat berikut:-

Telah mengambil semua kursus prasyarat, menduduki dan lulus modul Employability Skills.
Dilindungi Insurans.
Memiliki ‘GREEN CARD’ bagi bidang yang berkeperluan.
Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pengarah Kolej Vokasional dari semasa ke semasa.

Persediaan Sebelum OJT
Pelajar
WAJIB
menghadiri taklimat OJT yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai:-

Penempatan OJT.
Penilaian OJT.
Peraturan dan disiplin semasa OJT.
Surat Penempatan OJT


Penempatan OJT
Pelajar boleh memohon tempat OJT dengan menggunakan kaedah berikut:

1. Melalui UPLI
2. Memohon sendiri ke organisasi latihan yang
dipilih.
Cuti
Pelajar diwajibkan menjalani OJT mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak organisasi dengan segera dan mendapatkan surat kebenaran cuti daripada organisasi tersebut.
Hanya sijil sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan diterimapakai oleh Kolej Vokasional..
Salinan surat cuti atau sijil akuan sakit hendaklah ditampal dalam buku log OJT.
Sekiranya pelajar mengalami kemalangan semasa menjalani OJT dan memperolehi sijil sakit melebihi TIGA (3) hari, pelajar perlulah:
(a) Mendapatkan surat pengesahan perubatan daripada
hospital kerajaan.
(b) Mendapatkan sokongan daripada Pengarah Kolej
Vokasional sekiranya ingin menangguh OJT.
(c) Melapor dan menghantar SATU (1) salinan sijil sakit
kepada UPLI.


Keperluan Insuran
Semua pelajar Kolej Vokasional, ILKA dan ILKS yang melaksanakan program diploma WAJIB dilindungi insurans.
Pihak Kolej Vokasional TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang pampasan/ganti rugi jika berlaku kemalangan samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan.
Keputusan OJT
Status:
-Lulus
80 - 100 Cemerlang
65 - 79 Kepujian
40 - 64 Lulus
-Gagal
0 - 39 Gagal
Peraturan
Pelajar mesti menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan berkelakuan yang melambangkan sebagai seorang pelajar sama ada di tempat latihan atau di luar tempat latihan dengan mematuhi peraturan am yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar tidak melaporkan diri di organisasi dan / atau tidak melapor diri tamat OJT, pelajar boleh digagalkan kursus OJT pada semester tersebut.
Disiplin
Dalam tempoh latihan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi di mana pelajar ditempatkan.
Pelajar mestilah mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan yang lain sepanjang masa menjalani OJT.
Pelajar tidak boleh merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta benda kepunyaan organisasi.
Pelajar DITEGAH dari membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat berkaitan urusniaga pihak organisasi atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat lain yang diperolehi semasa menjalani latihan tersebut atau sesudahnya.
Hukuman
Jika seseorang pelajar didapati melanggar mana-mana peraturan atau mengabaikan tugasnya atau melakukan kesalahan tatatertib, maka institusi berhak menjatuhkan hukuman secara pentadbiran sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Senat.
ANDA
WAJIB
MENGHADIRI TAKLIMAT OJT 1 & 2

ANDA WAJIB MENJALANI LATIHAN INDUSTRI SEHINGGA HABIS, SEKIRANYA ANDA TIDAK MENAMATKAN LATIHAN INDUSTRI DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN ANDA
TIDAK LAYAK
BERGRADUAT

Tidak hadir 3 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab - AMARAN BERTULIS
Tidak hadir 6 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab - NOTIS GAGAL OJT
Jumlah tidak hadir keseluruhan OJT 7 hari bekerja tanpa sebab - AMARAN BERTULIS
Jumlah tidak hadir keseluruhan OJT melebihi 7 hari bekerja tanpa sebab - NOTIS GAGAL OJT
Diberhentikan oleh organisasi dengan sebab - NOTIS GAGAL OJT
Jumlah tidak hadir keseluruhan melebihi 20 % daripada tempoh latihan dengan sebab - TIDAK MEMENUHI SYARAT LULUS OJT

Ketidakhadiran & Tindakan


Mendaftar kursus OJT di UPLI dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus.
Lulus modul Employability Skills dan Modul Insaniah
Menghadiri semua taklimat OJT.
Memohon dan mendapat tempat OJT mengikut kesesuaian bidang pengajian.
Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat latihan.
Tidak menukar atau menolak tawaran organisasi
latihan tanpa kelulusan UPLI.
Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI.

Peraturan Sebelum OJT
Selepas selesai menjalani OJT, pelajar boleh:

(a) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
di tempat kerja.
(b) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
(c) Mengamalkan kerja berpasukan.
(d) Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar,
prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
(e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh
OJT mengikut format yang ditetapkan.
PERINGATAN PENTING
Melalui UPLI:
-UPLI menyenaraikan semua organisasi
latihan yang boleh dipohon melalui UPLI.
-Serahkan resume kepada UPLI/KU masing-
masing untuk urusan permohonan.
-Membuat persediaan untuk ditemuduga oleh
syarikat (sekiranya perlu).
-Menyemak status permohonan melalui UPLI.


Keputusan OJT pelajar akan diumumkan setelah mendapat pengesahan dari Jawatankuasa Senat.

Syarat Lulus OJT
Kedatangan tidak kurang daripada 85% kecuali bersebab.
Markah Keseluruhan tidak kurang dari 60%
Tiada kes disiplin yang boleh menjejaskan nama kolej.
Buku log OJT hendaklah dilengkapkan.
Laporan Akhir OJT hendaklah diserahkan dalam 2 (dua) minggu dari tarikh tamat OJT.

Keputusan OJT Dikategorikan:
Pertukaran Alamat Tempat Latihan Atau Organisasi
Sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat latihan, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan Kad Pertukaran Alamat dan menghantar kad tersebut kepada UPLI dengan kadar segera.
Pertukaran tempat latihan adalah TIDAK DIBENARKAN selepas surat penempatan dikeluarkan. Pertukaran tempat latihan hanya akan dipertimbangkan di atas alasan-alasan yang munasabah dan mendapat kebenaran bertulis daripada UPLI.

Memohon sendiri ke organisasi yang dipilih:
- Pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan
menggunakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan
resume dan borang jawapan setelah berbincang dengan PPO.
(a) Pelajar perlu mendapatkan maklumat berkaitan organisasi
tersebut sebagai rujukan sebelum membuat permohonan
(sekiranya organisasi tidak tersenarai di UPLI).
(b) Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
(i) Latar belakang organisasi
(ii) Jenis aktiviti industri
(c) Jika pelajar menerima Borang Jawapan daripada
organisasi, pelajar mesti memaklumkan ke UPLI dengan
kadar segera.

PERINGATAN

Pelajar dibenarkan memohon lebih daripada satu tempat latihan pada satu- satu masa. Pelajar yang mendapat tawaran lebih dari satu organisasi latihan dikehendaki membuat pembatalan secara rasmi kepada organisasi terlibat setelah mendapat persetujuan dari KUPLI.

TARIKH OJT
27 November 2017
hingga
27 April 2018
Full transcript