Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

ROKOK ELEKTRONIK (VAPE): SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWA UNIV

No description
by

Mohamad Amirul Afiq

on 24 November 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of ROKOK ELEKTRONIK (VAPE): SATU KAJIAN TERHADAP MAHASISWA UNIV

Video Ihsan dari Youtube
KEBURUKAN ROKOK ELEKTRONIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT
METODOLOGI KAJIAN
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
GIG1001
OBJEKTIF
Pengenalan & Objektif
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
-Mengkaji hukum penggunaan rokok elektronik dan kedudukan penggunaan rokok elektronik di dalam Islam

- Mengenal pasti kewajaran penggunaan rokok elektrik dan mengkaji tahap kesedaran penggunaannya di kalangan masyarakat.

-Untuk mengkaji bilangan peratusan penggunaan rokok elektronik.

ROKOK ELEKTRONIK (VAPE): SATU KAJIAN TERHADAP
MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

Kajian ini untuk mengenal pasti sejauh
manakah penggunaan rokok elektronik
atau lebih dikenali sebagai vape
dalam kalangan mahasiswa
Universiti Malaya.

Kajian ini dijalankan sepanjang
bulan Oktober di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
merangkumi mahasiswa dari pelbagai
kaum, agama, kursus mahupun umur.
PENGENALAN
Kumpulan ini ditanyakan soalan “Inisiatif yang diambil terhadap kenalan yang
merupakan pengguna rokok elektronik”.
45 peratus responden menjawab “Buat tidak tahu”,
manakala 10 peratus responden
menjawab “Berkongsi tentang keburukan vape” dan “Menjauhkan diri”.
CONTOH RESPON MASYARAKAT DALAM ISU INI
Dari segi sebab penggunaan rokok elektronik, “Ingin mencuba” dan “Untuk berhenti merokok” merupakan dua sebab yang popular dengan peratusan yang sama, manakala “Ajakan kawan” merupakan peratusan yang terendah.


Majoriti pengguna rokok elektronik mengetahui bahaya penggunaan rokok eletronik, dengan hanya segelintir sahaja tidak mengetahuinya.
Apabila ditanyakan tentang “Keinginan untuk mencuba rokok elektronik”,
70 peratus responden menjawab “Tidak pernah” dengan selebihnya
menjawab “Ya”.



Responden seterusnya ditanyakan soalan “Sebab tidak menghisap rokok elektronik”, 35 peratus responden menjawab “Sedar tentang keburukan rokok elektronik”, dengan 15 peratus menjawab “Rokok elektronik memberi imej yang buruk terhadap diri sendiri”.
Pecahan responden mengikut etnik; Melayu (37 orang), Cina (2), India (1) dan lain-lain etnik (1).
80 peratus responden (33 orang) tidak menggunakan rokok elektronik, manakala selebihnya (8 orang) terlibat dengan penggunaan rokok elektronik.
Bilangan responden untuk kajian ini berjumlah 41 orang. 28 daripadanya ialah lelaki, dengan 13 perempuan.

Etnik Cina mencatatkan peratusan penggunaan vape yang tertinggi (100 peratus), manakala etnik Lain-lain dan India, masing-masing mencatatkan peratusan penggunaan vape yang terendah (0 peratus).
KAJIAN LAPANGAN
Kajian lapangan dilakukan dengan dua cara; soal selidik dan temubual.

Soal selidik ini dilakukan dengan pelajar Universiti Malaya sebagai sampel kajian. Soal selidik ini dilakukan untuk mengenal pasti berapa ramai pengguna rokok elektronik dan bukan pengguna, tahap kesedaran terhadap bahaya penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pengguna, sebab penggunaan. Manakala untuk bukan pengguna, mereka ditanyakan soalan reaksi mereka terhadap kenalan mereka yang menggunakan rokok elektronik, keinginan untuk mencuba rokok elektronik, dan sebab mereka tidak menggunakan rokok elektronik.

Temubual diadakan bersama S. S. Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Hj. Abdul Wahid, yang merupakan Mufti Negeri Selangor. Temubual diadakan untuk menanyakan status penggunaan rokok elektronik dari sudut Islam.
INTERNET
Penulis juga mengaplikasikan penggunaan internet sebagai salah satu metod kajian. Sumber-sumber adalah daripada artikel dan laman web yang diakui
CADANGAN
Kerajaan
-Sewajarnya diharamkan penjualan dan penggunaannya di dalam Malaysia dan berusaha membanteras segala kegiatan penyeludupan.

-Memberi pemahaman kepada seluruh rakyat tentang kesan buruk penggunaannya kepada masyarakat dan negara.
Majlis Fatwa/JAKIM
-Sentiasa memberi kesedaran tentang status dan hukum penggunaan rokok elektrik ini. Juga menjelaskan apa sebab munasabah penetapan hukum rokok elektrik ini kepada masyarakat supaya mereka jelas dan mudah untuk menerimanya.
Pengguna rokok elektrik
-Sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada orang terdekat
yang merupakan pengguna rokok elektrik ini supaya meninggalkan
amalan yang merosakkan diri mereka.

-Mengadakan aktiviti/kempen bebas rokok dan rokok elektronik.

-Jelaskan kepada pengguna rokok elektrik ini bahawa
kegiatan mereka ini mengganggu ramai orang lain
yang tidak terlibat dan jelaskan juga kesan-kesan buruk lain.

RINGKASAN TEMUBUAL BERSAMA MUFTI SELANGOR
"
"195. dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
Dalil yang tersebut menjelaskan bahawasanya sebaiknya harta kita digunakan untuk kebaikan di jalan Allah dan bukan yang mendatangkan mafsadah (segala keburukan) kepada diri kita sendiri iaitu seperti rokok, vapor, ganja, shisha dan lain-lain (perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan).
Selain itu, saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan dimana penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa.

Islam itu mudah tapi bukan untuk kita memudah-mudahkan sesuatu perkara itu. Di dalam kaedah fiqh ada menyebut:

“Menolak kerosakan lebih didahulukan daripada mengambil kebaikan"
Di peringkat kerajaan negeri, majlis fatwa negeri masih di peringkat kajian mengenai rokok elektronik ini. Namun secara peribadi, saya bersetuju dimana kajian dari pakar-pakar yang diperolehi menyatakan vape itu lebih berbahaya dari rokok. Surah al-Baqarah ayat ke 195 ada menyebut
S.S Dato' Setia Hj Mohd Tamyes bin Hj Abd Wahid

Mufti Negeri Selangor
"
KESIMPULAN KAJIAN
Penggunaan rokok elektronik kini menjadi fenomena di Malaysia dan ia semakin mendapat tempat di dalam masyarakat.Ia bukan sahaja menarik minat golongan perokok biasa, malah golongan yang tidak pernah terjebak dengan merokok juga semakin berminat untuk mencuba rokok elektronik ini. Hasil kajian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa ramai pengguna khususnya di dalam Universiti Malaya ini masih mempunyai pengetahuan yang kurang mengenai kandungan yang berada di dalam rokok elektronik ini. Kewajaran rokok elektronik yang dikatakan dapat membantu mengurangkan peratusan perokok tembakau adalah disangkal dan tidak mempunyai asasnya kerana rokok elektronik ini juga mempunyai kandungan toksid yang merbahaya di dalam perasanya. Di dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menegaskan, campuran cecair yang digunakan di dalam rokok elektronik boleh menjadi pemangkin kepada penyakit kanser dalam kalangan penggunanya. Tanggapan ini juga disangkal oleh badan fatwa kebangsaaan yang mengatakan bahawa kewajaran rokok elektronik ini tiada asasnya kerana ianya jelas membawa kemudaratan kepada diri dan individu yang berada disekelilingnya.
Dapat disimpulkan daripada kajian ini,masyarakat terutamanya warga Universiti Malaya merupakan antara golongan yang menggunakan rokok elektronik :
akibat daripada sikap ingin mencuba dan merasa tanpa mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan bahaya rokok elektronik ini.
walaupun telah difatwakan kedudukannya haram di dalam perbincangan bersama badan fatwa kebangsaan.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Full transcript