Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Copy of Kajian Tindakan

No description
by

K RAJA M KANAPATHY

on 1 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Copy of Kajian Tindakan

Kajian Tindakan
Tajuk Kajian
Meningkatkan Kemahiran Tendangan Leret Menuju Sasaran Menggunakan Bahagian Dalam Kaki Melalui Kaedah Latihan ‘Mike Style’

Isi Kandungan
Pengenalan
Isu kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Instumen Kajian
Pelaksanaan Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan Kajian
Cadangan Kajian Seterusnya
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ialah :
Sejauh manakah bahagian dalam kaki dapat meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran?

Adakah kaedah latihan ‘Mike Style’ dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran?
Instumen Kajian
Ujian Pra Tendangan Leret Menuju Sasaran

Ujian Pasca Tendangan Leret Menuju Sasaran
Pelaksanaan kajian
Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988).
Dapatan Kajian
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :

Meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran menggunakan teknik bahagian dalam kaki.

Meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran malalui kaedah latihan ‘Mike Style’.
Pengenalan
Kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak memerlukan aplikasi teknik yang betul dan sesuai agar hantaran yang dilakukan adalah tepat dan sempurna.

Merujuk kepada situasi ini, saya telah menjalankan kajian tindakan dalam pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani berkaitan topik permainan bola sepak iaitu dengan meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran.

Teknik menggunakan bahagian dalam kaki melalui latihan ‘Mike Style’ telah saya jalankan dalam mambantu murid meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran.
Isu kajian
Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit.

Ketika saya mengajar kemahiran bola sepak bagi murid Tahun 4 Bestari, saya mendapati satu masalah yang ketara timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik tendangan leret yang digunakan adalah tidak tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar.
Ujian Pra Tendangan Leret Menuju Sasaran

Ujian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana pencapaian awal responden.

Sewaktu ujian pra dijalankan, segala maklumat dan data yang berkaitan akan disimpan direkodkan oleh pengkaji. Data-data ini akan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan seperti min dan peratus.
Ujian Pasca Tendangan Leret Menuju Sasaran
Ujian pasca adalah ujian yang terakhir yang akan dijalani responden. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menggunakan kaedah latihan ‘Mike Style’ dalam meningkatkan kemahiran tendangan leret menuju sasaran dalam permainan bola sepak.

Oleh yang demikian, data-data dan maklumat-maklumat akan disimpan dan direkodkan. Kemudian, data-data dan maklumat-maklumat hasil dapatan ujian ini akan dianalisis melalui jadual dan graf.
Pengenalpastian Isu dan Masalah
Perancangan Tindakan

Pelaksanaan Tindakan

Pemerhatian dan Menganalisis Data
Refleksi dan Penilaian
Jadual Intervensi
Latihan 'Mike Style'
Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play” yang direka oleh Steffen Freund, Jurulatih kelab Chelsea Football Club yang berpengkalan di England.

Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk menghantar bola kepada rakan.
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Tendangan leret ke dinding selama 5 minit

Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan menggunakan bola secara individu selama 5 minit.

Tendangan Leret Kepada Rakan (berpasangan) selama 5 minit

Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.

Tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter dan 5 meter.

Tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus

Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada jarak 3 meter dan 5 meter.

Perbandingan Peratus Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden Lelaki
Perbandingan Peratus Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden Perempuan
Jadual Keputusan Ujian Pra dan Pasca
RUMUSAN KAJIAN
Dapatan kajian yang direkodkan telah berjaya menjawab persoalan kajian iaitu kaedah latihan ’Mike Style’ menggunakan bahagian dalam kaki telah dapat membantu responden meningkatkan kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak.

Berdasarkan hasil kajian, peratus kenaikan min skor bagi semua responden menunjukkan penigkatan sebanyak 57.1%. Peratus kenaikan min skor bagi responden lelaki yang direkodkan adalah sebanyak 58.4% berbanding responden perempuan yang menunjukkan peningkatan sabanyak 55.5%.
Cadangan Kajian
Seterusnya
Meningkatkan tendangan leret kaki bukan dominan
Tempoh rawatan iaitu kaedah latihan 'Mike Style' dipanjangkan lagi iaitu selama satu bulan
Lebih ramai responden diambil sebagai sampel kajian.
Antara cadangan untuk kajian seterusnya yang lain ialah melibatkan penguasaan kemahiran-kemahiran yang lain dalam permainan bola sepak.
Full transcript