Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

No description
by

Sharifah Amiza

on 11 February 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
TEMA
Seloka 'Berbuat Istana Zaman Dahulu' bertemakan ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sungguh menjunjung titah raja dengan membina dan menyiapkan istana raja. Istana itu dikelilingi dengan parit dan tembok yang mengambil masa selama 7 bulan 7 purnama untuk disiapkan. Istana agam raja yang tersergam itu dihiasi dengan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni yang tiada tolok bandingnnya pada zaman itu.
PERSOALAN
Kegigihan dalam melakukan tugas.
Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah.
Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina.
Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyatnya.
Ketelitian dalam reka bentuk istana.
GAYA BAHASA
KEINDAHAN BUNYI
a) Asonansi. Contohnya:
Perulangan bunyi vokal
a
:

G
a
l
a
ng-g
a
l
a
ngny
a
ul
a
r ber
a
ng
Perulangan bunyi vokal
u
:

T
u
j
u
h b
u
lan t
u
j
u
h p
u
rnama
b) Aliterasi. Contohnya:
Perulangan bunyi konsonan
k
:

K
asau
k
ecil puteri menyembah
Perulangan bunyi konsonan
b
:

B
erjenang
b
er
b
atu kawi
MAKSUD SELOKA
RANGKAP 1
Raja menitahkan orang besar berempat untuk membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempat-empat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itupun memanggil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan 44 tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.
RANGKAP 2
Setelah mengambil masa selama 7 bulan dan 7 purnama, akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai 9 ruang tamu, 10 rembat guntung, 11 pancung serong, dan 12 anjung tinggi.
RANGKAP 3
Istana yang dibina itu juga mempunyai 3 sudut yang menempatkan 8 orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helang terbang.
RANGKAP 4
Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwn tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.
RANGKAP 5
Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.
Kata arkaik (kata klasik) Contohnya:
utas, berbega, bersedelinggam.
Perulangan/repitisi. Contohnya:

Empat
puluh
empat
tukang dan utas;
Tujuh
bulan
tujuh
purnama.
Responsi. Contohnya:
Sepuluh
dengan
rembat guntung, Sebelas
dengan
pancung serong, Dua belas
dengan
anjung tinggi.
Anafora.Contohnya:
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti.
Personifikasi. Contohnya:
Tiang tengah syukur menanti, Lilit-melilit akar Cina.
Inversi. Contohnya:
Garam sebuku sisa jeragan
NILAI
Ketaatan
. Orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.
Kebijaksanaan
. Raja menitahkan orang besar berempat untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi tembok untuk tujuan keselamatan.
Tanggungjawab
. 44 tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana.
Kerajinan
. 44 tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.
Kasih Sayang
. Raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh.
Kerjasama
. 44 tukang yang mahir bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja.
PENGAJARAN
Kita hendaklah setia akan pemerintah yang berkuasa.
Sebagai rakyat, kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.
Sebagai rakyat, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti.
Kita mestilah rajin bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjaya membuahkan hasil.
Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Sharifah
Nadhirah
Full transcript