Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYAT

No description
by

nadya hassan

on 15 March 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYAT

PENGENALAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. (FPK)

Sebelum FPK dibentuk, hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk pra-merdeka.

Sebelum kedatangan British (sebelum 1824), sistem pendidikan pada masa ini umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Contohnya, sekolah pondok & madrasah yang berteraskan agama Islam.

Elemen-elemen dalam FPK
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat FPK
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu-padu.
Semasa Penjajahan British (1786-1956)
- Setiap sekolah ditubuhkan khusus untuk satu kaum tertentu sahaja. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks & sukatan pelajaran yang berbeza. (dasar pecah & perintah)
- Sekolah-sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung.
- Pelajaran vokasional dan teknikal tidak disediakan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYATAN: BENTUK, PROSES, MATLAMAT DAN ELEMEN.
Sebelum Merdeka (1946-1957)
Beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal.
- Laporan Barnes 1951
- Ordinan Pelajaran
- Laporan Fenn-Wu 1951
- Dasar Pelajaran Kebangsaan
- Laporan Razak 1958

Selepas kemerdekaan dicapai
- Kesedaran tentang pentingnya pembangunan pendidikan secara komprehensif mula wujud dalam kalangan pemimpin khususnya serta rakyat Malaysia.
- Pada 1979, tercetuslah satu usaha untuk membina satu falsafah pendidikan. Dan pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPK) telah digubal.
- Bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama. Skim pinjaman buku teks & rancangan makanan tambahan juga dilaksanakan.
- Pada 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dilaksanakan & pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan bagi menjadi landasan pendidikan di Malaysia.
- Pada tahun 1988 pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan bagi menerap matlamat di dalam Falsafah Kebangsaan Malaysia.
Pendidikan suatu usaha berterusan
- pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia.
- Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.
- pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK
Memperkembang potensi individu
- Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya.
- Keupayaan dan bakat ini boleh diperkembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti
- Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri.
- Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan.
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
- perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan.
- Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu.
- Aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan
- Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.
Membentuk insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang :
Kepercayaan kepada Tuhan
- Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.
- Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya
Rakyat yang berilmu dan berilmu pengetahuan
Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

- Tujuan dan matlamat pendidikan adalah melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
- FPK merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan insan yang baik,seimbang dan bersepadu
- Antara konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah berkaitan dengan ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu
- Kepentingan ilmu ialah ilmu mempengaruhi, merubah, dan membentuk diri serta masyarakat.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma.
Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti:
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
- menyaran rakyat perlu  memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian
- Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti :
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
- rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
- Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti :
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti :
Rukun Negara
Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera.
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara malaysia.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah dibentangkan pada tahun 1979 yang mengandungi isu –isu penting berkaitan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.
Lanjutan daripada laporan berkenaan , maka terhasillah FPK yang didasari oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideology kebangaaan yang menerapkan elemen-elemen dalam Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidkan Kebangsaan.
• Rukun negara ialah Ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970, iaitu setahun selepas berlakunya tragedy 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukun Negara adalah seperti berikut:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA – CITA HENDAK
1. Mencapai Perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
2. Memelihara satu cara hidup demokratik.
3. Mencipta satu masyarakat adil yang mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
4.Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak dan
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
DASAR EKONOMI BARU
- Dasar Ekonomi Baru(DEB) diperkenalkam untuk menghapuskan perkembangan yang tidak seimbang antara kaum – kaum di Malaysia daripada sistem pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British.
- Objektif utama pelaksanaanya bagi mewujudkan perpaduan negara dan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial ,kebudayaan, penempatan dan sebagainya dalam kalangan rakyat.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 sebagaimana termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 diadakan dengan tujuan mewujudkan satu sistem pendidikan.
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH:
1. menjadikan , bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama.
2. mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua sekolah.
3. mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
4. melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
5. meningkatkan mutu pendidikan secara keseluruhannya dengan cara menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun.
7. mendemokrasiakan pendidikan dari segi peluang.
8. menyediakan pendidikan rendah KBSR dan menengah KBSM
9. memperluaskan pendidikan Teknik dan Vokasional pada tahun 1978
10. mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat university terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
11. mempertingkatkan pendidikan kerohanian , moral dan disiplin.
12. menjadikan bahasa kebangaaan dan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.
13. menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin.
Proses pengajaran & pembelajaran yang disarankan dalam FPK
-Selepas laporan j/kuasa kabinet tentang perlalsanaan dasar pelajaran yang di keluarkan pada tahun 1979, kurikulum bersepadu sekolah iaitu KBSR dilancarkan sepenuhnya (1983)
Tujuan :
Memastikan setiap murid diberi peluang untuk mndapatkan kemahiran pengetahuan nilai sikap & amalan kehidupan yang diperlukan.
Falsafah KBSR :
-memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemhiran 3M
- Apa itu 3M? :
• Menulis
• Membaca
• Mendengar
Objektif KBSR :
- Agar murid boleh menguasai & menghargai BM sebagai bahasa kebangsaan & alat perpaduan
- Untuk membina sikap berpandukan nilai kemanusiaan & kerohanian berlandaskan rukun Negara

3 bidang asas KBSR :
1.komunikasi -pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik
2.bidang kemanusiaan dgn persekitaran- Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
3.bidang perkembangan diri individu- Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
-pada peringkat KBSR, BM telah diajarkan sebgaia mata pelajaran yang wajib selaras dgn status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara
-KBSR menekankan kemahiran asa 3M (Membaca, menulis, mengira)
-akhir sekali adalah Pengenalan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
- mempunyai beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.
Matlamat 4

Matlamat 2

Matlamat 1
Full transcript