Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Untitled Prezi

No description
by

Nuraimi Nadirah

on 22 February 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Untitled Prezi

Untuk memastikan guru dapat turut sama membantu menjayakan harapan untuk aktiviti kokurikulum latihan pada peringkat asas dimestikan kepada semua bakal guru yang memilih pengajian pendidikan sebagai subjek utama. – Memorandum Pemantapan Kokurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibentangkan kepada Kabinet pada 23 November 2005. Pada tahun 2006, aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dengan pemberatan 10%.
Program-program kokurikulum bersifat keagamaan seperti Kem Bestari Solat turut dijalankan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menitikberatkan Elemen merentas Kurikulum.
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Dalam dokumen Pembangunan Pendidikan KPM (2001-2010), Program Pengsiswazahan Guru diadakan untuk memenuhi dasar 50% guru sekolah rendah dan 100% guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang 2010.
Maktab Perguruan juga dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan ijazah.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, salah satu teras strategik ialah memartabatkan profesion keguruan. Apabila Sekolah Aneka Jurusan yang menggantikan Sekolah Pelajaran Lanjutan dalam Akta Pelajaran 1961 diperkenalkan, guru-guru vokasional diperbanyakkan. Mereka menjalani latihan di Pusat Latihan Daerah.
Dalam Rancangan Malaysia Pertama, salah satu matlamat pendidikan negara ialah mempercepat latihan perguruan agar guru-guru yang berkelayakan dan bekemahiran dapat dilahirkan. Pihak kerajaan juga memberikan tumpuan sepenuhnya untuk meningkatkan kadar literasi.
Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang dilancarkan pada 1994, bilangan murid yang boleh menguasai kemahiran 3M-membaca, mengira dan menulis cuba diperbanyakkan.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelajar tidak lagi hanya dikehendaki menguasai kemahiran 3M tetapi juga kemahiran 4M-membaca, menulis, mengira dan menaakul (High Order Thinking Skill). Implikasi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur dalam sistem perkembangan di Malaysia berkait rapat dengan murid-murid.
Dasar-dasar pendidikan Malaysia menyatakan dengan jelas kualiti murid yang ingin dihasilkan.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia jelas dinyatakan bahawa sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.
Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahawa pendidikan akhlak diutamakan, jelas membawa maksud bahawa negara ingin menghasilkan murid yang berakhlak mulia melalui sistem pendidikan. Laporan Rahman Talib mencadangkan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk membolehkan murid yang gagal memasuki sekolah akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
Sekolah ini menawarkan kursus vokasional selama 3 tahun untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran dalam bidang pekerjaan yang berkenaan.
Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional dalam peringkat menengah atas untuk melatih murid dalam bidang Pertukangan, Pertanian, Sains Rumahtangga dan Perdagangan mula ditubuhkan. Keadaan ini memberikan kanak-kanak Malaysia peluang mendapatkan pendidikan awal sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah.
Selain itu, peluang pendidikan kepada semua pelajar turut ditambah dengan melanjutkan tempoh pelajaran wajib dari 9 tahun sehingga 11 tahun, iaitu sehingga Tingkatan 5.
Dalam Akta Pelajaran 1961, pendidikan di sekolah rendah diberikan secara percuma. Implikasi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur turut dapat dilihat melalui sistem persekolahan di Malaysia.
Pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah yang dimansuhkan pada 1964 melalui Akta Pelajaran 1961 memberi peluang kepada murid untuk mendapat pendidikan di peringkat menengah.
Dalam persediaan untuk mencapai hasrat Wawasan 2020, beberapa perubahan telah dilakukan pada tahun 90-an.
Pada tahun 1992, pendidikan prasekolah diperkenalkan dalam sekolah rendah. Melalui gagasan Wawasan 2020, Pembangunan Pendidikan (2001-2010) memperkenalkan program j-Qaf pada tahun 2005 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), antara salah satu enam teras strategik PIPP ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui pembentukan kurikulum kesenian, membina sekolah seni dan membudayakan penggunaan tulisan seni. Matlamat pendidikan negara Kurikulum pendidikan di Malaysia merupakan kurikulum yang memberikan penekanan seimbang daripada aspek keduniaan, keagamaan dan kerohanian.
Situasi ini jelas menunjukkan pengaruh Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Hal ini kerana kedua-dua falsafah ini menitikberatkan nilai keagamaan dan kerohanian selain daripada ilmu keduniaan seperti mana ajaran yang bibawa oleh tokoh-tokoh seperti Tagore, Confucius, Ibn Khaldun dan Al Ghazali FALSAFAH PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
Ibn Khaldun (2000: 549-551) telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian yang utama. Pertama, ilmu yang berbentuk fardhu ‘ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan tuntutan agama seperti ilmu tauhid, fiqh, akhlak, akidah, dan sebagainya. Kedua, ilmu yang berbentuk fardhu kifayah iaitu ilmu yang mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat tanpa melihat kepada individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekonomi, fizik, astronomi, dan sebagainya yang boleh mandatangkan manfaat kepada manusia. _____________. (1979). Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran 1979. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

__________. 2012. Menganjak pendidikan negara. Utusan Malaysia, 13 September. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara ( Fasa 2) 2011-2015

Syuhada Choo Abdullah. _____. Bakal guru di IPTA, IPG didedah pengetahuan pengurusan kegiatan luar kelas. Berita Harian, 12 Jun.

________. (2011). Elemen merentasi kurikulum. Dimuat turun pada 15 Februari 2013 daripada http://kssr.bpk.my/pengenalan/emk Senarai rujukan Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Sumbangan pendidikan dalam memperkasakan tamadaun bangsa : perspektif islam. Jurnal Sosiohumanika, 5(1), 107- 122.

Bahagian Sukan. (2011). Panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Feriz Omar. (2009). Dahulukan pembangunan insan. Utusan Malaysia, 2 Jun.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010 Program 1 Murid 1 Sukan juga merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang memupuk pelbagai nilai positif.
Program ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, kegiatan kokurikulum diberi tumpuan dengan membahagikan cabangnya kepada tiga, iaitu pakaian seragam, persatuan serta kelab dan sukan. Implikasi terhadap kokurikulum Kecemerlangan minda dan fizikal yang sihat diberi penumpuan. (Al Ghazali, Tagore dan Confucius)
Aktiviti kokurikulum yang memupuk pelbagai nilai positif turut dijadikan keutamaan. (Tagore, Al Ghazali, Ibnu Khaldun dan Confucius)
Wadah dalam menyemai sifat kekitaan dalam diri murid-murid. (Tagore, Ibnu Khaldun dan Confucius) Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, syarat pemilihan bakal guru diperketatkan dengan melalui proses temuduga. Pembentukan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek semakin diberi keutamaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu garis panduan yang paling utama dalam pembentukan nilai dan sahsiah murid-murid.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, isu disiplin murid-murid turut diberi perhatian dan diserap secara peringkat ke dalam kurikulum melalui mata pelajaran Bahasa Melayu. Pendidikan Vokasional dan Teknik diperluaskan melalui penyusunan semula kurikulum pada tahun 1978 melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet. Implikasi terhadap sistem persekolahan Peluang pendidikan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira status sosio ekonomi. (Confucius)
Peluang mendapatkan pendidikan daripada pendidikan rendah sehingga peringkat tertinggi. ( Falsafah Pendidikan Islam)
Wujudnya aliran pendidikan yang berbeza seperti aliran sains dan aliran sastera. (Ibnu Khaldun)
Kewujudan sekolah teknik dan vokasional. ( Confucius, Tagore dan Ibnu Khaldun)
Kewujudan sekolah Pendidikan Khas. (Tagore) Bukti yang paling kukuh sekali ialah pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati ciri-ciri berikut: Kesinambungan daripada Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 turut memberi penekanan yang sama.
Aspek-aspek kajian dalam Laporan Kabinet 1979 ialah kurikulum sekolah yang merangkumi: FALSAFAH PENDIDIKAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1992) lagi, kalimah ta’dib
memberi pengertian yang membawa sebagai satu proses memperkembangkan pertumbuhan dan membentuk peribadi seseorang individu dalam segala aspek kehidupannya, termasuklah bidang intelektual, sosial, fizikal, kerohanian, estetika, dan moral. Ia bukan semata-mata suatu proses unsur adab, hikmah, dan adil yang akhirnya membawa manusia untuk mengenali dan mengiktiraf Allah SWT selaku pencipta dan pemilik alam ini dan kita manusia sebagai hamba kepada-Nya. FALSAFAH PENDIDIKAN AL-GHAZALI (1058-1111 C.E)
“ Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati. ”

FALSAFAH PENDIDIKAN MOHD QATB
“ Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan. ” PENgenalan Implikasi Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan Timur (FPT) kepada perkembangan sistem pendidikan negara dapat dilihat melalui perubahan dalam dasar-dasar pendidikan di Malaysia.
Unsur-unsur FPI dan FPT dapat dlihat dengan jelas dalam dasar-dasar pendidikan bermula dengan Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan seterusnya berkembang kepada Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Akta Pendidikan 1996, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan yang paling terkini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR KEPADA PERKEMBaNGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA kesimpulan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur banyak mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.
Walaupun pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai perubahan penambahbaikan, intipati kedua-dua falsafah tersebut masih lagi relevan dan terus diguna pakai hingga masa kini.
Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur ternyata telah memberi suatu unsur positif yang kaya dengan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, profesion guru turut diberi perhatian mendalam. Implikasi terhadap pendidik Pemantapan latihan perguruan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. (Confucius dan Tagore)
Menaik taraf maktab pendidikan.
Taraf pendidikan guru diperbaik dan dipermantap.
Menguasai elemen yang terkandung dalam Elemen Merentas Kurikulum.
Wujudnya Falsafah Pendidikan Guru. Implikasi terhadap pelajar Pelajar dididik untuk mempunyai tingkah laku yang baik untuk menjadi insan yang berakhlak mulia. (Confucius, Al Ghazali dan Tagore)
Pelajar dididik untuk menguasai kemahiran 3M-membaca, menulis dan mengira. (Confucius dan Tagore)
Pelajar dilatih supaya mengawal emosi. (Ibnu Khaldun, Conficius dan Tagore)
Wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ( Confucius, Tagore dan Al Ghazali) Pada tahun 1975, aliran sains tulen telah diperkenalkan sebagai tambahan kepada aliran sains am, yakni aliran sastera.
Pada tahun 1962, melalui Akta Pelajaran 1961 ,pendidikan khas mula diperkenalkan bagi murid-murid masalah penglihatan dan pendengaran.
Keperluan murid-murid pendidikan khas diberi penekanan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Terbaru, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kurikulum di Malaysia diharapkan akan membentuk murid yang mempunyai: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...” Bukti yang menyokong kenyataan kurikulum di Malaysia memberi penekanan kepada aspek kerohanian, keagamaan dan keduniaan boleh dilihat pada Akta Pelajaran 1961.






Antara tumpuan utama Akta Pelajaran 1961 ialah menitikberatkan pendidikan akhlak dan pendidikan jasmani.
Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa sukan dan senaman beramai-ramai termasuk dalam kegiatan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia,1979). Implikasi terhadap kurikulum Kurikulum yang tidak hanya terhad kepada keduniaan. (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ibnu Khaldun)
Kurikulum yang menekankan aspek-aspek akhlak, keagamaan, moral dan nilai murni. (Confucius, Tagore dan Al Ghazali)
Kurikulum yang memberi perhatian kepada aspek jasmani. (Al Ghazali, Tagore dan Mohd Qatb)
Kurikulum yang menyemai semangat cintakan negara dan taat kepada pemerintah. (Tagore, Confucius dan Ibnu Khaldun) Falsafah pendidikan timur: confucius dan rabindranath tagore Falsafah pendidikan islam Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997)

Dipetik dari: http://www.moe.gov.my/jpnpahang/v4/index.php/en/corporate-info/dasar-pendidikan/falsafah-pendidikan-islam.html “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Falsafah pendidikan kebangsaan
Full transcript