Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesih

No description
by

Ahmad Nur Aiman

on 3 May 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesih

Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan
Bagi seseorang ibu yang telah hamil, penjagaan pra natal atau sebelum kelahiran bayi adalah amat penting. Ini adalah bagi tujuan kesihatan kepada ibu dan juga bayi yang sedang dikandungkan. Selain daripada itu, ibu hamil juga perlulah mendapatkan nutrisi yang betul dengan mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

Pemakanan ibu hamil
Zat besi
Vitamin D
Protein
Asid Folik
Ibu yang sedang hamil perlu ambil makanan yang mengandungi :
Zat Besi

Ibu yang hamil perlu mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau

Vitamin D

Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu menyerap kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber Vitamin D boleh didapati dalam makanan seperti hati dan minyak ikan.
Protein

Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein adalah seperti daging dan kacang.

Asid Folik

Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.


Kesan rokok terhadap fetus
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan kimia merbahaya.
Asap rokok yang meresap melalui darah akan melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi bayi.
Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan.
Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Oleh itu, merokok semasa kehamilan akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.
Perkembangan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Peparu bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika awal kelahiran dan berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti asthma.
Lebih teruk adalah apabila tabiat buruk ini memberi kesan kepada perkembangan otak bayi.
Bayi yang dilahirkan daripada seorang ibu yang merokok kebiasaannya akan menghadapi masalah pembelajaran, lembam, masalah sikap dan tahap IQ yang rendah.
Kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus
Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan fetus.
Bahan yang memudaratkan fetus
Rokok
Alkohol
Dadah

Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.
Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan dalam dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.
Full transcript