Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

No description
by

on 20 October 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK
Pengenalan
Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara.
Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan.
Contoh dasar ekonomi negara: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2020).

Isu-sosiaekonomi pada Awal Kemerdekaan
Penerusan dasar ekonomi bebas penjejah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu.
Isu kemiskinan : Tahun 1970, etnik Melayu (65.9%), etnik India (40.2%) berbanding etnik Cina (27.5%).
Isu hak milik kekayaan : pada tahun 1970, etnik Cina (27.2%), etnik Melayu (2.4%) dan etnik India (1.15)
Isu gunatenaga dan pekerjaan : pada tahun 1970, hampir 2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.

SEBELUM MERDEKA
Penjajah hanya berminat untuk mengaut hasil & keuntungan daripada tanah jajahan & membawanya ke negara asal
Dasar penjajah dan sistem ekonominya telah mewujudkan jurang di antara bandar & luar bandar serta antara Pantai Timur & Pantai Barat

SELEPAS MERDEKA
Cabaran utama ialah memajukan ekonomi negara untuk faedah rakyat, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan & membasmi kemiskinan
Dasar Pembangunan Negara dapat dilihat dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara (RPLT)

Ekonomi menjadi isu etnik
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan termasuk:
i) Isu perbezaan pendapatan isi rumah
ii) Isu perbezaan golongan kaya dan miskin
iii) Isu jurang pendapatan golongan bandar dgn luar bandar
Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969
Punca utama peristiwa ini ialah jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka
Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 (1970-1990) yang mencakupi empat rancangan lima tahun Malaysia

MATLAMAT DEB
Matlamat DEB ialah membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat

STRATEGI MEMBASMIKAN KEMISKINAN
1. Memodenkan keadaan kehidupan rakyat

2. Meluaskan peluang pekerjaan bagi semua rakyat

3. Menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor yang berpotensi tinggi

4. Memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Dasar Pembangunan Nasional dibentuk bagi menggantikan DEB yang berakhir pada tahun 1990
Ia digubal dengan mengambil iktibar daripada DEB
DPN dilaksanakan dalam tempoh RRJP2 (1991-2000) dalam tempoh 10 tahun
Majlis Pembangunan Negara - merealisasikan konsep pembangunan seimbang. Diketuai oleh Perdana Menteri, bermesyuarat sebulan sekali dan berfungsi sebagai badan pemantau untuk menentukan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan selaras dengan matlamat DPN


STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN & MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dan program yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO)
Kemudahan asas disediakan untuk isu rumah bandar dan desa, termasuk ladang dan kampung baru
Tumpuan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin) dengan mengadakan peluang ekonomi kepada yang berpendapatan rendah

STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
1). Pengagihan melalui pertumbuhan bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera
2). Guna tenaga dalam ekonomi negara disusun semula dengan meramaikan golongan bumiputera dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal
3). Sumber manusia dibangunkan melalui latihan dan pendidikan
4). Menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif untuk memberi peluang pekerjaan.
5). Memperluaskan infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial negara

KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA
Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993) dlm segi:
I) Kejayaan pembangunan ekonomi dlm masyarakat multietnik (Snodgrass, 1995).
II) Berjaya mencapai pertumbuhan dgn agihan (Chowdhury dan Islam, 1996, Ahluja, 1997).
III) Mempamerkan kisah kejayaan pembangunan (Athukorala dan Menon, 1999)

Kejayaan Malaysia dapat dikategorikan kepada 3 perspektif:
2). Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat.
Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dalam tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada 52.4% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990, seterusnya kepada 5.7% pada 2004.

3). Kualiti hidup yang meningkat.
Hal ini dilihat dari aspek kesihatan, pendidikan, pemilikan barang keperluan asas, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya.


1). Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan.
Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9% pada 1990 kepada 1.2% pada 2004.

Isu dan Cabaran
Disebalik kejayaan ekonomi Malaysia yang telah diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu dan cabaran yang harus ditangani. Antaranya:

1. Ketaksamarataan pendapatan yg semakin melebar
2. Isu pertumbuhan atau agihan

KESIMPULAN
Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.
DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional.
Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan.
Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

THE END
Full transcript