Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

pembenihan awan

No description
by

Zulhilmi Zainorin

on 9 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of pembenihan awan

TEKNOLOGI
PEMBENIHAN AWAN
DAYA SAING NEGARA BERTERASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MUHAMMAD FALIQ BIN KELANA 1314885
MOHD ZULHILMI BIN ZAINORIN 1310307
MOHAMAD AZIMAN BIN HASSIN 1315617
designed by Péter Puklus for Prezi
KUMPULAN 4
"TEKNOLOGI PEMBENIHAN AWAN"

PUAN NURMA ABDUL KARIM
LM2026

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GOMBAK
-BERNAMA-
Malaysia komited tangani jerebu, tawar pembenihan awan kepada Indonesia: PM
2013/06/22 - 18:55:24 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited mengatasi masalah jerebu dengan menawarkan
khidmat pembenihan awan kepada Indonesia.

Beliau berkata dengan inisiatif itu, diharapkan masalah jerebu akan segera berakhir.
Najib berkata demikian dalam laman Twitternya, hari ini.


Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata Malaysia akan menawarkan khidmat pembenihan awan yang akan disampaikan secara rasmi dalam pertemuannya dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Rabu ini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan perdana menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, yang pada mula mencadangkan supaya Malaysia mengadakan pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu teruk di negara ini.

Jerebu yang melanda kali ini adalah terburuk berbanding pada 2005 dan 2010 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tertinggi melebihi 382 iaitu paras bahaya di Muar. - BERNAMA

© UTUSAN MALAYSIA (M) Bhd
Pembenihan awan cara baru diperkenal
SUBANG 24 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca memperkenalkan kaedah baru pembenihan awan menerusi teknik hygroscopic flare yang mampu menghasilkan tambahan hujan antara 30 hingga 60 peratus berbanding cara sebelum ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Heing Ding berkata, ia dilakukan dengan menggunakan helikopter menembak awan dengan roket khas yang terkandung di dalamnya partikel garam kering untuk merangsang pembentukan titisan air hujan.
Kata beliau, kaedah konvensional pembenihan awan yang pernah dicuba di Malaysia sebelum ini menggunakan pesawat bersayap tetap terbang ke dalam awan bagi membolehkannya menyembur larutan air garam.
''Teknologi dari Afrika Selatan ini mudah, murah dan berkesan untuk menghasilkan tambahan hujan dari awan kumulus.
''Pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha ini,'' katanya kepada pemberita di Kompleks Airod di sini, hari ini.
Terdahulu beliau diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Dr. Lim Joo Tick dan Pengarah Unit Perubahan Cuaca, Tung Nam Ping mengenai teknik berkenaan.
Operasi pembenihan awan ini menggunakan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah kendalian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia dengan kerjasama Airod Sdn. Bhd. (Airod).
Law berkata, kaedah baru itu telah dicuba bulan lepas dengan kos sebanyak RM500,000 termasuk perbelanjaan membeli peralatan dan khidmat nasihat pakar dari Afrika Selatan.
Jabatan berkenaan akan menggunakan kaedah itu di Empangan Temenggor, Perak dan Empangan Pedu, Kedah bagi memastikan bekalan air di dua empangan berkenaan mencukupi untuk kegunaan harian penduduk dan bagi pengairan sawah padi.
Law memberitahu, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mencuba kaedah hygroscopic flare menggunakan helikopter yang berasaskan kepada kaedah yang telah dicuba di Afrika Selatan.
''Perbezaan dengan kaedah di Afrika Selatan ialah di sana mereka menggunakan pesawat bersayap tetap sedangkan di Malaysia kita menggunakan helikopter jenis Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat,'' katanya.
Beliau menambah, kementeriannya akan mengemukakan satu kertas kerja kepada kabinet mengenai cadangan pembelian sebuah helikopter berharga RM20 juta yang akan digunakan khusus untuk aktiviti pembenihan awan.
Dalam pada itu, Tung berkata, beberapa siri ujian telah diadakan antara 10 hingga 23 Disember lalu dan berjaya menghasilkan pertambahan hujan.
Tambahnya, sebanyak dua ujian dilakukan iaitu di Kuala Selangor dan Hulu Bernam telah menghasilkan peningkatan curahan hujan dan beberapa siri ujian akan diadakan dari semasa ke semasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0125&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_05.htm#ixzz2ldzXZpsM


-BERNAMA, 29 Jun, 2013
Pembenihan awan berhasil jika ada awan sesuai
JUNE 29, 2013
Pembenihan awan ketika jerebu hanya mampumenghasilkan hujan sekiranya ada awan yang sesuai untuk proses itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Che Gayah Ismail.
Beliau berkata perkara penting yang perlu dikenal pasti sebelum melaksanakan kaedah pembenihan awan ialah mencari awan yang sesuai di kawasan-kawasan yang mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya dengan menggunakan sistem radar.
Katanya JMM mengalami cabaran besar apabila pembenihan awan tidak dapat dijalankan semasa jerebu teruk melanda beberapa negeri di Semenanjung berikutan ketiadaan awan.
"Awan yang sesuai untuk pembenihan awan bukannya sentiasa ada, terutamanya ketika ini yang merupakan monsun Barat Daya yang bermula pada Mei hingga September di mana cuaca kering melanda negara ini seterusnya menyebabkan kita sukar mencari awan.
"Ketika kami mengesan menggunakan sistem radar, kami dapati pada 16 hingga 23 Julai lepas tiada awan langsung dan hanya langit biru sahaja. Oleh itu, pembenihan awan tidak dapat dilaksanakan kerana kita tahu ia tidak akan berkesan, lagipun kaedah itu memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi, " katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Hello Malaysia' BernamaTV.
Turut menjadi tetamu program itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan.
Che Gayah berkata pada 25 Julai lepas, JMM menjalankan pembenihan awan itu di lima tempat yang mempunyai awan bersesuaian iaitu di Kuala Selangor, Rawang, Batang Kali, Ipoh, dan Melaka antara 1 tengah hari hingga 3 petang dengan bantuan jet Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).
"Semua tempat yang kami jalankan kaedah itu berjaya menurunkan hujan, kecuali di Melaka kerana awan itu didapati tidak mampu menurunkan hujan selepas disuntik 'pekatan' yang dibancuh dengan garam dan air dengan menggunakan jet itu.
"Biasanya, selepas disuntik pekatan itu, bergantung kepada ketebalan awan untuk menyebabkannya hujan, biasanya mengambil masa selama 30 minit untuk menurunkan hujan, " katanya.
Sementara itu, Halimah berkata kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat masih lemah.
"Apabila berlaku bencana ataupun fenomena jerebu, baru mereka sedar akan bahayanya kepada kesihatan dan menjejaskan kegiatan harian mereka dan berusaha mencegahnya serta merawatnya, ini sudah lewat.
"Seharusnya mereka perlu mengambil tindakan awal seperti memastikan tiada pembakaran terbuka dibuat dan mendapatkan maklumat terkini tentang cuaca dan kualiti udara melalui program kesedaran dan medium-medium yang dibekalkan JAS.
Halimah berkata JAS juga sentiasa memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat dan lengkap, contohnya bacaan IPU yang ditetapkan sama ada di peringkat baik, sederhana dan berbahaya yang boleh didapati di laman web JAS http://apims.doe.gov.my.
Selain program kesedaran dan maklumat di laman web, orang ramai juga boleh melaporkan sebarang pembakaran terbuka berhampiran dengan lokasi mereka kepada JAS untuk tindakan sewajarnya.
"Mereka boleh melaporkannya di mana-mana cawangan JAS yang terdekat ataupun menelefon talian bebas kami iaitu 1-800-88-2727.
"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Halimah berkata setakat ini pihaknya mendapat lebih 3,000 aduan pembakaran terbuka setiap tahun daripada orang ramai. .

KERATAN AKHBAR
Menghentikan pembentukan r seterusnya mengurangkan impak ribut yang terjadi.
Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang untuk berlepas akan terjamin.
Kebaikan & Kelebihan
Mengurangkan kekeringan atau kemarau.
#ahli kimia perancis, Charles
Thilories.
#Diperbuat daripada CO2 yang
dimampatkan jadi pepejal.
#-80 darjah celcius di bawah paras
beku.
CIRI-CIRI
*nama saintifik lain iodagyrite.
*tidak berbau.
*"argyrosis"
*sbg antiseptik.
Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’
(hujan ais batu) boleh menyebabkan kerosa
PROSES PEMBENIHAN AWAN
2 proses pembenihan awan. -pembenihan awan higroskopik -pembenihan awan statik
PEMBENIHAN AWAN
SILVER IODIDE
PEMBENIHAN AWAN
AIS KERING
CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN
silver iodide atau ais kering disebarkan ke dalam awan.
Apakah itu pembenihan awan??
Vincent J. Schaefer
Diperkenalkan oleh
Latar belakang Vincent J Schaefer:
anak orang susah
bekerja di syarikat General Electric semasa berumur 15 tahun
berkat usaha,dapat menjadi pengkaji makmal
tahun 1946 berjaya menarik perhatian dunia
eksperimen pertama yang berjaya menghasilkan hujan tiruan di luar rumah
Sumbangan lain beliau :
topeng penapis gas
alat pengesan kapal selam
mesin asap untuk menyembunyikan senjata tentera
Tujuan Pembenihan Awan dilakukan :
Penjagaan Alam Sekitar
Keselamatan
Kelancaran Aktiviti

Applikasi dalam penjagaan alam sekitar :
memadam kebakaran
menyuburkan tanaman
Applikasi dalam bahagian keselamatan :
hilangkan kabus tebal
hilangkan jerebu
Applikasi dalam kelancaran aktiviti :
sukan olimpik di China
Kekurangan & Keburukan
Persediaan pembenihan awan amat kompleks dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan). Kosnya juga adalah mahal.
Boleh disalahguna sebagai medium peperangan.
Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian. Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.

SO₂ + H₂O –> H2SO4 (+ pemangkin)
Contoh : Peperangan antara Vietnam dan Amerika Syarikat (1965)
HIGROSKOPIK
Boleh terhasilnya hujan asid yang
berbahaya.
PEMBENIHAN AWAN LARUTAN GARAM
Garam atau silver iodide disebarkan ke dalam awan.
STATIK
Full transcript