Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

TREND AURAT TERKINI

No description
by

sakinah saptu

on 6 April 2017

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TREND AURAT TERKINI

Bukan Pakaian Syuhrah
Tidak menyerupai pakaian lelaki
Tidak disembur minyak wangi
TREND AURAT TERKINI
AURAT?
Agama Islam tidak menetapkan satu nama pakaian dengan nama 'ISLAM'
Agama memberikan garis panduan pemakaian.
Apakah pakaian Muslimah yang menjadi Trend pada hari ini?
Garis Panduan Pakaian Muslimah
Menutup seluruh badan



17 Oktober 2015
2-4 petang
Auditorium Masjid al-Mukminin


Bicara Muslimah:


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Quran, al-Ahzab:59)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan
hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya;
dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Quran, al-Nur: 31)
Tidak berbentuk perhiasan
Dari Abu Hurairah ra, berkata;

Rasulullah saw bersabda; Dua golongan manusia dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini, iaitu:

(1) kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya dan
(2)
wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka menyeleweng dan menyelewengkan (yang lain), kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mendapatkan baunya, dan sungguh baunya syurga itu boleh didapatkan dari jarak sekian dan sekian
(H.R Muslim).
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta
janganlah kamu bertabarruj (berhias dan bertingkah laku) seperti wanita Jahiliyah zaman dahulu
; ....... (al-Quran, al-Ahzab:33)
Tidak Tipis
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Pada akhir umatku nanti, akan ada
para wanita yang berpakaian, namun sebenarnya mereka telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat punggung unta
. Laknatlah mereka itu, sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.”

(Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir dari Hadith Ibn Amr dengan sanad yang sahih. Rujuk Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1326)
Tidak Ketat
Usamah bin Zaid berkata:

“Rasulullah s.a.w memakaikanku baju
qubthiyyah yang tebal
hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Nabi s.a.w bertanya kepadaku, “Mengapa engkau tidak pernah memakai baju qubthiyyah?” Aku memberitahunya, “Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku.” Beliau lantas berkata, “Perintahkan isterimu supaya memakai baju dalam ketika mengenakan baju qubthiyyah tersebut, kerana
aku bimbang baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuhnya
.”

(Hadis Riwayat Adh-Dhiya’ al-Maqdisi, al-Ahadis al-Mukhtarah, 1/441. Ahmad, 5/205. Hadis ini memiliki penguat di dalam Riwayat Abu Daud, no. 4116 sehingga menjadikannya hasan)
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.”

(Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/283. Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, 2786. Ahmad, 4/400. Menurut al-Albani, hadis ini hasan)

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata:

“Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, 2/182. Ibnu Majah. 1/588, Ahmad. 2/325. Sanad Hadis ini Sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata:

“Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/274)
Dari Ibnu ‘Umar, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah (kebanggaan), maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Kiamat kemudian membakarnya dengan Api Neraka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, 2/172, no. 4029)
Pakaian Syuhrah ialah semua pakaian yang dipakai dengan tujuan menjadi perhatian masyarakat. Pakaian tersebut sama ada pakaian yang sangat berharga dipakai dengan tujuan berbangga di dunia atau pakaian murah yang lusuh sengaja dipakai untuk menunjukkan sikap zuhud yang dilakukan atas dasar riya'

Aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan bukan mahram (orang yang boleh berkahwin dengannya).
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.


khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya.




Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup/dibolehkan terbuka)

Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.”
1 – Suami.

2 – Bapa, termasuk datuk. Sama ada datuk dari pihak ibu ataupun ayah.

3 – Bapa suami (bapa mertua).

4 – Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5 – Saudara (adik-beradik) secara mutlak, sama ada saudara kandung, saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah seperti anak-anak mereka dan cucu mereka.
6 – Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan. Iaitu anak-anak dari adik, kakak, atau abang mereka.

7 – Pak cik dari pihak bapa mahupun dari pihak ibu.

8 – Mahram kerana penyusuan. Para ulama bersepakat bahawa mereka sama seperti mahram yang lainnya.

9 – Termasuk mahram yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya adalah seperti bapa mertua, suami anak-anak perempuan mereka (menantu lelaki), dan suami ibu mereka (ayah tiri yang telah bergaul bersama-sama ibunya).
MAHRAM
WANITA
MAHRAM
WANITA
HIJAB
KHIMAR
JILBAB
Tabarruj perbuatan wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang wajib ditutupinya, yang dapat mengundang syahwat lelaki.
usakinahsaptu@gmail.com
Muqatil bin Hayyan menyatakan berkenaan firman Allah (maksudnya), “janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu” bahawa yang dimaksudkan
dengan tabarruj adalah meletakkan tudung di atas kepala tanpa menutup bahagian leher, sehingga kalung-kalung mereka, anting-anting, dan leher mereka dapat dilihat
.

Qatadah berkata,
“Apabila kaum wanita keluar rumah, mreka gemar berjalan dengan lenggang-lenggok, lemah gemalai, dan manja. Maka Allah melarang semua itu
. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 279)
Oleh: Ustazah Sakinah Saptu
Full transcript