Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CABARAN

No description
by

Farah Sofizan

on 1 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CABARAN

A. Ghaafar Ibrahim
SINOPSIS
TEMA
Tema drama ini ialah perubahan dari sudut pemikiran dan perjuangan untuk memajukan bangsa.
PERSOALAN
PLOT
WATAK & PERWATAKAN
BABAK 1
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.
BABAK 2
Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.


BABAK 3
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.


BABAK 4
Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi.
BABAK 5

Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi Muhammad.
BABAK 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.
1.Penentangan terhadap sesuatu arus perubahan.

Zainal mempamerkan sikap menentang perubahan yang perlu dilakukan demi memajukan anggota masyarakat sebagaimana dibicarakan oleh rakan-rakannya.
2.Pentingnya berpegang pada janji yang dibuat.
Yang Berhormat Encik Osman telah menyatakan pelbagai janji manis kepada rakyat sewaktu kempen pilihan raya berlangsung, namun setelah berjaya dilantik sebagai Wakil Rakyat, dia gagal mengotakan janji-janjinya sebelum ini.
3. Pentingnya bersikap jujur dalam memegang amanah.
Sikap jujur dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab amat penting bagi memastikan amanah tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Sikap tidak jujur serta mudah gelap mata dengan wang yang banyak mengakibatkan Syarikat Kilang Padi terpaksa ditutup.
4. Perlunya perubahan sikap dan pemikiran dalam kalangan anggota masyarakat.
Yahya dan Firdaus menyedari hakikat bahawa suatu perubahan perlu dilakukan untuk menghapuskan tembok kemunduran dalam kalangan masyarakat.



i. Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.


ii. Pemuda kampung bersemangat tinggi.


Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan.


iii. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.


Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu.


iv. Gigih berusaha.


Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.


WATAK SAMPINGAN
FIRDAUS




i. Berfikiran positif.

Contoh: Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.


ii. Pemuda yang tetap pendirian.


Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.


iii. Bijak berhujah. Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.
ZAINAL
i. Berfikiran negatif.


Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.


ii. Mementingkan diri sendiri.


Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.
ENCIK OSMAN
i. Ahli parlimen.


ii. Seorang yang pandai berhujah.

Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

iii. Seorang yang tidak menepati janji

MARIAH
i. Isteri Yahya yang menyokong pendapat suaminya
HUSIN
i. Belia yang sering memperlekeh kebolehan orang kampungnya
HANI
i. Adik Firdaus dan penyokong pendapat Yahya
1. Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa.
2. Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti.
3. Konflik
Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan.
4. Klimaks
Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif.
5. Peleraian
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.


TEKNIK PLOT
TEKNIK DIALOG
Dialog antara Husin dan Zainal
Husni: Yalah, kemajuan di lapangan perusahaan dan perdagangan amat penting.
Zainal: Orang-orang kita cuma kaya cita-cita. Kita tidak berwang, engkau tahu?
TEKNIK MONOLOG
Yahya
bercakap pada diri sendiri
sambil menyindir Osman yang mudah lupa akan penduduk kampung yang menyokongnya semasa pilihan raya.
TEKNIK IMBAS KEMBALI
Yahya
teringat
akan Yang Berhormat (YB) Encik Osman. YB Encik Osman seorang yang pandai bercakap dan telah menabur janji sewaktu pilihan raya.
TEKNIK IMBAS MUKA
Yahya
membayangkan
tindakan yang akan dilakukan untuk memajukan masyarakat kampung
TEKNIK KETEGANGAN
Zainal telah
menyindir
rakan-rakannya yang bercita-cita besar dan bersifat garang.
TEKNIK KEJUTAN
Husin
menjerit
dan berjalan tak tentu arah kerana ingin menyampaikan berita kejayaan persatuan mereka yang terpapar dalam surat akhbar.
GAYA BAHASA
Peribahasa
Contohnya:
Cakap besar, keras hati, hangat-hangat tahi ayam, memandang bulan dilangit lupa akan rumput di bumi
Simile
Contohnya:
macam
harimau lapar, terbongkok- bongkok
macam
tiada bertulang
Personifikasi
Contohnya :
hawa nafsu
bermaharajalela dalam dada.
LATAR
LATAR MASA
a)
Pada waktu malam
.
- Yahya , Firdaus , Husin ,Zainal , Mariah dan Hani berbual bual tentang keadaan masyarakat yang sedang menghadapi cabaran kemajuan dari segi ekonomi dan juga pelajaran.

b)
Pada waktu petang
- Perbualan antara Yahya, Firdaus, Husin, dan Zainal tentang berita yang disiarkan di akhbar, iaitu penutupan Syarikat Kilang Padi yang baru ditubuhkan dua tahun yang lalu.
LATAR TEMPAT
a) Di rumah Yahya
- tempat Yahya, Firdaus,Zainal , Husin , Mariah dan Hani berbual-bual tentang perkembangan masyarakat mereka

b) Di rumah Firdaus
- tempat Firdaus dan Hani berbual - bual tentang sikap masyarakat yang perlu diubah ke arah yang lebih baik. Firdaus yakin bahawa anggota masyarakat mampu menggapai kemajuan.

c) Di balai raya
- tempat Yahya,Firdaus Husin dan Zainal berbicara tentang kepentingan bidang perusahaan yang menjadi tunjang ekonomi negara. Mereka juga memperkatakan keupayaan masyarakat Melayu untuk menceburi bidang tersebut.
LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat yang berpandangan jauh
. Contohnya , Yaya seorang pemuda yang memiliki daya pemikiran yang jauh serta peka terhadap kehidupan pada masa depan.
b) Masyarakat yang mementingkan diri
. Contohnya, Zainal hanya memikirkan dirinya dan menganggap bahawa dia bebas melakukan apa-apa sahaja asalkan perbuatannya tidak menyalahi undang-undang.
c) Masyarakat yang suka membazirkan masa
. Contohnya, anggota masyarakat yang suka menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong di kedai kopi .
d) Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama
. Contohnya, Firdaus dan Husin berbincang tentang kejayaan Nabi Muhammad SAW mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah pada zamannya . Mereka mengaitkan peristiwa tersebut untuk dijadikan contoh dengan situasi mereka yang berusaha untuk membawa perubahan dalam masyarakat mereka .
e) Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
Contohnya , Yahya , rakan- rakannya , serta penduduk kampung menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan juga Kedai Syarikat Kerjasama dengan tujuan untuk membela nasib masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sejahtera .
NILAI
a)
Permuafakatan
. Contohnya, Yahya dan rakan-rakannya bersatu hati untuk menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan KSK.
b)
Ketegasan
. Contohnya, Yahya tegas dengan pendiriannya untuk mengubah nasib masyarakat yang dihimpit kemunduran.
c)
Kegigihan
. Contohnya, Yahya dan rakan-rakannya berusaha untuk mencapai matlamat agar kemajuan dapat dicapai.
d)
Rasional
. Contohnya,Yahya dan Firdaus sentiasa berfikiran rasional dalam membantu anggota masyarakat mengejar kemajuan.
e)
Berwawasan
. Contohnya, Yahya mempunyai wawasan yang tinggi serta berkeyakinan bahawa masyarakat Melayu mampu meraih kejayaan.
f)
Keberanian
. Contohnya, Yahya dan rakan-rakannya bertindak berani dengan mengatur usaha dan langkah yang bijak untuk membasmi kemiskinan dan membina kemajuan masyarakat.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersama-sama berusaha ke arah kebaikan.
2. Kita mestilah menunaikan janji yang telah dibuat.
3. Kita hendaklah menjelaskan hutang apabila berhutang dengan seseorang.
4. Janganlah kita membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
5. Janganlah kita bersikap mementingkan diri.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI.
CABARAN
Kelas : 3 Kreatif '14
Nama ahli kumpulan :
Nur Fatihah binti Yusri
Nik Nurfarhana binti Nik Sofizan
Nur Syafinaz binti Zazli
Che Nur Aida Awadah binti Che Muda
WATAK UTAMA : YAHYA
Full transcript