Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah: Sebelum Zaman Penjajahan

No description
by

azah hanizah

on 17 August 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah: Sebelum Zaman Penjajahan


Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai.

Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini.

India - perladangan dan kerja raya.


Pertukaran kepercayaan tahyul kepada keyakinan berpaksikan aqidah berdasarkan intelektualisme dan rasionalisme.
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor- Riau dan lain lain.
membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Pluraliti Masyarakat Alam
Melayu Dalam Sejarah: Sebelum Zaman Penjajahan

Puncak Pluraliti:
Empayar Melaka Mercu
Hubungan Etnik Pra-Penjajahan.

faktor utama Melaka lokasi interaksi antara tamadun iaitu geografi bumi yang strategik
Kesan Interaksi
Antara
China-Melayu
Pengenalan
Pertalian Tamadun Melayu Dengan Tamadun Cina Zaman Prapenjajah Barat

Telah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M).Tamadun Melayu dengan tamadun Cina berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-3 M. Mencapai kemuncaknya semasa zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming.


Interaksi antara dua tamadun ini berlaku dalam suasana aman, iaitu melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan. Rekod rasmi China 638M yang ada mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China. Kedah- pusat persinggahan sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250M.
kehidupan masyarakat yang kompleks di Alam Melayu bermula dari lanjutan komuniti yang wujud dalam zaman Neolitik.

Asas kehidupan bermula di daerah sawah padi.Pesisir kepulauan Melayu menjadi pusat-pusat bandar.
Masyarakat Melayu Tradisional
hubungan etnik antara persekitaran rantau melayu dengan wilayah lain di Asia Tenggara (Arab, India,China) terjalin melalui hubungan dagang kerajaan maritim pada sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka wujud pada waktu itu disebabkan kewujudan Kerajaan Kedah Tua yang amat maju.

Kerajaan Kedah Tua maju kerana:

a) aktiviti perdagangan yang pesat
b) pelabuhan entreport yang terkenal
c)kedudukan pelabuhan yang strategik
d) penjanaan ekonomi yang kukuh
Pluraliti budaya di tanah Melayu adalah hasil pertemuan budaya besar dunia yang menghasilkan fenomena sosial yang istimewa di tanah melayu
2 konsep utama ciri-ciri masyarakat zaman dahulu :

Pluraliti
bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksible.
Pluralistik
bercirikan perbezaan dan pemaksaan.
Kesan Pluraliti dan Pluralistik
Pluraliti

mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.
sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.
mengamalkan budaya seharian orang Melayu.


Pluralistik
gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.
mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem yang tersendiri.
terasing dengan kelompok lain.

memudahkan perhubungan dalam aktiviti perdagangan
pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukannya yang terlindung dari angin Monsun
pelabuhan ini menjadi tumpuan dan persinggahan para pedagang.

secara tidak langsung , interaksi tamadun luar ke tanah Melayu di kalangan pedagang-pedagang berlaku.
1. Hubungan dengan Cina dan India.
Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku.

Faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.

Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).

Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.

Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.
Epistomologikal -
asal sesuatu ilmu pengetahuan
3. Penjelmaan dari segi material dan non-material

Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh pengaruh luar.Ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.

Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.

Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”.

Dari segi pemerintahan

Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.

Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dan pemerintah yang lain.

Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.
Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.

Dari aspek perdagangan
Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.

Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.

Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.


Dari Cabang
Kemasyarakatan Penduduk

Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.

Pedagang Arab, Cina, India dan laim-lain telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.

Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.

Dari nilai kebudayaan

Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.

Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.

c.Budaya pemberian ang pau

-Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang.

-Tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk.

Kesan Interaksi Antara
India - Melayu
Bermula seawal abad ke-3 SM.Bahan bertulis dari India - ada menyebut tentng “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)

Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas

Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

2.Sistem Pemerintahan

- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. `

- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

4.Adat resam dan Budaya

- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.
1.Penyebaran Agama

- Agama Hindu telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

3.Struktur Masyarakat

- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu
Interaksi Antara Tamadun
Islam-Melayu
Bahasa dan Kesusasteraan

Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut

a.Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
b.Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.



Kaum India mula menjejakkan kaki ke Tanah Melayu 2000 tahun yang lalu.
Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani dan bermula pada tahun 1880-an & pesat pada abad ke-20.
Kesimpulan

Budaya dan Kesenian

a.Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka
-Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan.
-Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri.
-Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya.
-Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja.




a)Memahami pluraliti adalah asas kepada pembentukan
masyarakat plural.
b)persefahaman dan kerjasama telah menyatukan
pelbagai kaum di Malaysia.
c)setiap anggota masyarakat haruslah bekerjasama
dalam semua aspek tanpa mengira kaum dan berusaha menyemai persefahaman melalui komunikasi
d)perbezaan kaum dapat melahirkan pendapat yang berbeza.
tayangan video
SELAMAT MENONTON
NOOR HANIZAH BINTI HASSAN-SX 100 761 EE J01
RIHANA WATI BINTI WAHAB - SX 100 766 EE J01
SUHAILAE BINTI MORIDAN - SX 100 771 EE J01
SITI ZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI - SX 100 770 EE J01

Selat Melaka
TERIMA
KASIH
d.Permainan mercun dan bunga api Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh budaya masyarakat Cina
e.Pengaruh senibina masyarakat cina dapat dilihat dibeberapa masjid tua di Melaka seperti Masjid Tengekra yang mencerminkan senibina Pagoda di China.
f.Pengaruh lain adalah seni kaligrafi cina.
seminit tayangan video
b.Komuniti peranakan Cina di Kelantan.
-Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya.
-
Kewujudan hubungan yang rapat antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka.
-Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran, permainan mahjong, pakau dan capjeki.
.
Kemuncak interaksi berlaku ketika zaman kesultanan Melaka (1400-1511) Perdagangan berlaku di pelabuhan Melaka kerana Melaka merupakan tempat perdagangan strategik.Penularan pengaruh dari negeri China melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan Laksamanaa Cheng Ho.

Mereka singgah di Tanah Melayu dalam perjalanan ke barat dan telah membawa bersama adat resam dan budaya kaum Cina. Pengukuhan persahabatan antara China- Tanah Melayu terjadi melalui perkahwinan Sultan Mansur Syah dan Puteri Hang Li Po. Perkahwinan ini merupakan salah satu saluran kemasukan pengaruh tamadun Cina dalam masyarakat tempatan.Walaubagaiamanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh daripada China ini pada abad ke 18 apabila pekerja pendatang dari China dibawa bekerja dilombong di Malaysia.



Penghijrahan beramai- ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku di sekitar kurun ke 19 hingga kurun ke 20.
Kebanyakan orang cina yg dating ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai yang terdiri daripada pelbagai dialek
Dianggrkan seramai 6 juta orang cina telah berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1895 hingga 1927.
-Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta

-Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina.
c.Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.
d.Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.
e. Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong

Makanan

Kesan interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah memperkenalkan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan beberapa jenis sayuran.

Teknologi

Bekas dan perkakas dapur, rumah, tenun, muzik dan beberapa teknologi seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas juga diperkenalkan semasa berlaku interaksi tersebut.

Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya.

Orang Cina tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha, membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam
Full transcript