Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Copy of PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

No description
by

tomato 2yam

on 19 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Copy of PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
1.1 AKIDAH: KONSEP DOSA DAN PAHALA BOLEH MENGATASI GEJALA SOSIAL

DALIL-DALIL DOSA DAN PAHALA

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita 
tentang ancaman ini: 
”Maka masing-masing (daripada kaum itu) Kami binasakan dengan 
sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut 
menghujaninya dengan batu, ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang kuat (yang menggegarkan bumi), ada yang Kami benamkannya di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

 Hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’aan al-Ansari R.A bahawa Rasulullah 
s.a.w bersabda; 
”Dosa adalah apa yang menimbulkan keresahan di jiwamu dan 
kamu benci ia dilihat manusia.” (Riwayat Muslim) 
 
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 31: 
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu 
melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa 
kecil) kamu dan Kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia 
(syurga)”

“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (HR Bukhari)
KONSEP PAHALA DAN DOSA
KONSEP DOSA PAHALA BOLEH MENGATASI GEJALA SOSIAL
Konsep Dosa


Dosa ialah istilah yang diberikan kepada segala sesuatu yang melanggar perintah Allah untuk dilakukan atau ditinggalkan.

Dosa dari segi bahasa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi syara' pula ialah balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahNya.

Pengertian Dosa Besar dan Dosa Kecil


Dosa besar - setiap dosa yang disebut dalam al-Quran dan hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaanNya atau kutukan dan seksaanNya.
Contoh: membunuh, memfitnah, berzina, dan menderhaka kepada ibu bapa.

Dosa kecil - segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan oleh Allah s.w.t.
Contoh: merosakkan harta benda awam dan menyentuh al-Quran tanpa wudhu'.

Konsep Pahala


Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan. Dari segi syara' pula ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Contoh: menunaikan solat, bersedekah, berpuasa, dan membantu orang lain.
GANJARAN PAHALA
Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jiwa sentiasa tenang dan gembira.
Sentiasa sabar dalam setiap ujian Allah kepadanya.

Doa dimaqbulkan oleh Allah s.w.t.
Mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit
Ganjaran Dosa
Dapat Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
pahala
Pernah salah sorang sahabat Nabi saw datang bertemu dengan beliau. Kemudian beliau bertanya kepadanya, ”Kamu ini datang hendak bertanya tentang kebaikankah?”. Ia menjawab, ”Benar ya Rasulallah”. Lantas beliau bersabda, ”Tanyalah kepada hatimu. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yg apabila kamu melakukannya, jiwa dan hati kamu akan merasa tenang.”

”Sesiapa yang berniat untuk melakukan suatu kebaikan namun dia 
tidak melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis 
(satu kejahatan untuknya)”. 
(Riwayat Muslim) 

Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 : 
”Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. 
Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang 
yang mahu beringat”
"Kebajikan adalah akhlak yang baik. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan pada jiwamu dan engkau tidak senang perbuatan itu diketahui orang lain." (HR.Muslim)
DOSA
AKIBAT DOSA
Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.


Hati sentiasa resah dan gelisah.

Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala
Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya.

Doa tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Mendapat balasan neraka di akhirat kelak
Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dan lain-lain
Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk yakin dan beriman dengan Hari Akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Oleh itu, manusia yang menyedari hakikat ini tidak akan membuat perkara-perkara keji dan mungkar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam 
Surah Al-Mulk ayat 2 : 
”Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yng 
derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)”. 










amalan seseorang itu adalah sebagai ukuran yang dapat memperlihatkan tahap sebenar kehambaan manusia di sisi Tuhannya, siapa yang tinggi ketaqwaannya dengan amal ibadah yang diganjari pahala dan siapakah pula yang rendah mertabat kehambaannya lalu hidup di dunia bergelumang dengan kemungkaran dan dosa. 
 
Sungguhpun begitu, jika kita memahami dan menghayati konsep pahala dan dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umat manusia, kita akan melihat betapa rahmat Allah SWT begitu luas kepada kita 
mengatasi kemurkaan-Nya. 

Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; 
”Sesiapa yang berniat untuk melakukan suatu kebaikan namun dia tidak melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya 
sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis (satu kejahatan untuknya)”. 
(Riwayat Muslim)
betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w. Berniat melakukan kebaikan pun sudah diberi pahala, berjaya melakukannya bakal diberi ganjaran sepuluh kali ganda dan boleh mencapai tujuh ratus gandaan pahala. Namun kejahatan yang baru diniatkan tidak dikira sebagai dosa, setelah benar-benar melakukan kejahatan barulah dicatat sebagai satu dosa tanpa sebarang gandaan. 
Bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih terhadap hambahamba- Nya kerana perkiraan pahala dan dosa ini sebenarnya mendorong manusia mencapai kebahagian dan kesejahteraan di akhirat dengan ganjaran Syurga. Persoalannya mengapa masih ramai yang gagal menghargai semua kurniaan Allah ini? Sesungguhnya semua kepincangan dan permasalahan ini adalah berpunca daripada kegagalan memahami apakah hakikat sebenar pahala dan dosa di dalam kehidupan kita di dunia.
Al-Quran jelas menyatakan bahawa kita hendaklah melakukan 
sebanyak mungkin kebaikan kerana ia boleh menghapuskan dosa-dosa 
kecil yang kita lakukan. Ini bererti amal kebaikan bakal menyelamatkan 
kita daripada azab dan sesaan Allah SWT. 
Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 : 
”Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. 
Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang 
yang mahu beringat”. 
Manakala perlakuan dosa pula adalah sesuatu yang bakal 
mengundang malapetaka dan kemurkaan Allah SWT. 
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita 
tentang ancaman ini: 
”Maka masing-masing (daripada kaum itu) Kami binasakan dengan 
sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut 
menghujaninya dengan batu, ada yang dibinasakan dengan letusan suara 
yang kuat (yang menggegarkan bumi), ada yang Kami benamkannya di 
bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah 
tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya 
diri sendiri.”
bencana yang menimpa umat manusia sejak dulu hingga hari ini seperti gempa bumi, ribut taufan, Tsunami dan sebagainya adalah peringatan daripada Allah yang berpunca daripada dosa-dosa dan keingkaran kita yang mencabar keagungan Allah SWT. Dosa juga akan mengganggu ketenangan jiwa kita kerana jiwa manusia akan resah dan gelisah dengan bebanan dosa. 

Hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’aan al-Ansari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; 
”Dosa adalah apa yang menimbulkan keresahan di jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia.” (Riwayat Muslim)
gejala sosial dapat dielakkan dengan memahami konsep dosa dan pahala kerana kita akan sedar bahawa:

Pertama : Bahawa setiap amal perbuatan kita akan diperhitungkan 
di akhirat kelak. Hidup dan mati adalah medan ujian 
untuk menilai siapakah manusia terbaik di kalangan 
hamba-hamba Allah. 
 
Kedua : Bahawa konsep pahala dan dosa dalam Islam benarbenar 
menunjukkan besarnya rahmat dan kasih sayang 
Allah kepada kita hamba-hamba-Nya. 
 
Ketiga : Bahawa pahala dan dosa adalah faktor utama penentu 
kebahagiaan dan kesengsaraan hidup manusia di dunia 
dan di akhirat.  
 
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 31: 
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu 
melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa 
kecil) kamu dan Kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia 
(syurga)”. 
(An-Nisa’ : 31)
konklusi
keratan akhbar/
isu semasa
Full transcript