Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Bab 3 : Jirim

Bab 3 : Jirim Sains Tingkatan 1 Kolej Tunku Kurshiah
by

Yasmine Afandi

on 24 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Bab 3 : Jirim

DEFINISI
RUJUKAN
ISI KANDUNGAN
Nama : Adeeba Yasmeen Bt. Afandi
Kelas : 1T
Subjek : Sains
Nama guru : Puan Norainon
KOLEJ TUNKU KURSHIAH
BAB 3 : JIRIM
1. Definisi
2. Keadaan jirim
Gas
Pepejal
Cecair
3. Konsep ketumpatan
4. Aplikasi jirim dalam kehidupan seharian
Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.
Zarah-zarah yang membina jirim mungkin ialah:
atom
molekul
ion
Jirim juga boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu:
unsur
sebatian
campuran
Jirim yang sangat halus itu dianggarkan berdiameter kurang daripada 10-9m. Oleh itu, kita tidak dapat melihat zarah-zarah jirim itu mahupun menggunakan mikroskop cahaya .
KEADAAN JIRIM
Keadaan jirim merupakan bentuk tersendiri dalam fasa jirim berlainan berlaku. Pepejal, cecair dan gas merupakan keadaan paling biasa jirim di Bumi.
GAS
Gas merupakan salah satu daripada empat 'bentuk jisim' (phases of matter) utama. Seperti cecair, gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan boleh mengalir. Tetapi, gas juga tidak mempunyai isipadu yang tetap, ia boleh berubah mengikut bentuk bekas. Tenaga kinetik gas merupakan yang kedua terbesar untuk semua 'bentuk keadaan' (selepas plasma). Oleh sebab itu, atom-atom dan molekul-molekul gas sentiasa berlanggar antara satu sama lain, lebih besar tenaganya, lebih kerap perlanggaran itu.
Walaupun kandungan tenaga bagi gas adalah yang paling tinggi, namun daya tarikan antara zarah sangat lemah sehingga boleh diabaikan.
Zarah-zarah bagi gas tidak tersusun langsung dan ia bergerak secara rawak dengan cepat. Didapati jarak antara satu zarah dengan zarah yang lain adalah sangat jauh sehingga wujud banyak ruang-ruang kosong wujud antara zarah.
Seperti cecair, zarah-zarahnya mempunyai 3 jenis gerakan iaitu:
translasi
putaran
getaran
Laju zarah-zarah suatu gas tertentu pada suhu bilik dan tekanan atmosfera ialah kira-kira 1600 km sejam dan setiap zarah membuat 500 juta pelanggaran sesaat dengan zarah-zarah lain.
PEPEJAL
Dari segi susunan zarah , zarah-zarahnya tersusun dengan rapat , padat , teratur serta bersentuhan pada kedudukan tetap dan mengikut corak susunan tertentu.
Terdapat hanya sedikit sahaja ruang kosong yang wujud di antara zarah.Oleh itu, zarah-zarah ini tidak bebas bergerak tetapi hanya boleh bergetar dan berputar pada kedudukan tetap.
Dari segi kandungan tenaga , pepejal mempunyai kandungan yang terendah berbanding cecair dan gas.
Pepejal juga mempunyai daya tarikan yang sangat kuat wujud antara zarah.
CECAIR
Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal yang mempunyai tegangan permukaan, yang membenarkan pembentukan titisan dan buih. Begitu juga kekapilarian.
Cecair biasanya tahan tekanan; ketumpatan air contohnya, tidak akan berubah melainkan dikenakan tekanan gigapascal. Cecair memberi tekanan kepada dinding sebuah bekas sama seperti kepada apa yang ada di dalam cecair itu sendiri. Tekanan ini dipindah tanpa sebarang pengurangan ke semua arah dan bertambah dengan pertambahan kedalaman.

KONSEP KETUMPATAN
APLIKASI JIRIM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Jirim dalam tiga keadaan yang berlainan, banyak memberi manfaat kepada manusia dalam pelbagai cara.

Sebagai contoh, pepejal yang keras dan kuat, mempunyai banyak kegunaannya:

Besi (iron) boleh digunakan untuk membuat badan kenderaan (body of vehicles).
Kayu digunakan untuk membina rumah (house) dan perabot (furniture).
Pengetahuan tentang sifat-sifat gas (properties of gas) telah membolehkan manusia untuk mengangkut gas-gas penting. Gas seperti gas petroleum cecair (liquefied petroleum gas) dimampatkan dan diangkut dalam bentuk cecair, yang mana ia lebih menjimatkan.

Manusia juga menggunakan konsep ketumpatan (concept of density) untuk manfaat mereka.
Ketumpatan dan keapungan

Ketumpatan (density) sesuatu bahan adalah jisim (mass) per unit isipadu (volume) bahan tersebut. Persamaannya adalah:




Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
Jisim.
Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
Isipadu.
Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.
http://cikgubaharudin.blogspot.com/2013/05/nota-sain-tingkatan-1-bab-3-jirim.html
http://duniasainsblog.wordpress.com/nota/kegunaan-sifat-sifat-jirim-dalam-kehidupan-seharian/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Keadaan_jirim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jirim
Full transcript