Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PAPIA KRISTANG ,

No description
by

Hannah Haris

on 12 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PAPIA KRISTANG ,

Pengenalan
Sejarah
Bangsa serani terjadi hasil daripada Asimilasi.
Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16.
Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah.
masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus.

Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal
Afonso de Albuquerque menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan
Selepas kejatuhan portugis, kuasa belanda telah mengambil alih melaka pada 1641. Namun, kelompok masyarakat serani yang bermula dari zaman pendudukan portugis masih mengekalkan tradisi mereka, kebudayaan, mengamalkan ajaran agama katholik dan bahasa portugis dalam komuniti mereka.

Kristang.
Masyarakat serani juga dikenali sebagai Kristang, merujuk kepada kumpulan etnik yang berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya berdarah belanda, inggeris, cina dan india
Ketika ini perkahwinan campur di antara masyarakat kristang yang beralamah kristian dan penduduk tempatan kebiasaannya adalah dengan kaum cina dan india memandangkan kaum melayu islam tidak membenarkan penganutnya mengahwini individu yang berlainan agama.
Kristang berasal dari perkataan portugis cristao bermaksud kristian.
Masyarakat portugis-melaka dikenali sebagai gragok, iaitu slang merujuk kepada udang/geragau portugis, merujuk kepada fakta bahawa komuniti portugis Melaka secara tradisionalnya adalah pencari/nelayan udang.

PAPIA KRISTANG

Sejarah hidup bangsa serani
Serani merujuk suatu bangsa campuran antara tentera Portugis dengan orang Melayu di Malaysia.
Mereka menganut agama katolik Roma.
Menurut banci kebangsaan Malaysia 2000, terdapat 12,650 orang serani dan kebanyakannya menetap di MELAKA dan PULAU PINANG.
Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah.
Kebanyakkan masyarakat serani di Melaka tinggal di Perkampungan Portugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 Km di kawasan Ujong Pasir,Melaka.

Masyarakat Serani kebanyakannya di dapati tinggal di kawasan seperti pinggir pantai dalam kawasan perbandaran Melaka
Contoh nama2 Masyarakat Serani di Melaka
1.DE SOUZA
2.GOMEZ
3.FERNANDEZ
4.LOPEZ

Sejarah 1511 jelas tercatat sebagai detik bagaimana sebuah empayar pemerintahan Melayu terbesar dan cukup dihormati di nusantara, malah di dunia jatuh ke tangan mereka, meninggalkan Melaka sebagai sebuah negeri tanpa raja meskipun di situlah pemerintahan beraja Melayu pertama diasaskan di Kepulauan Melayu bermula dengan kemasukan Parameswara.

PORTUGIS MENYERANG MELAKA
Penjajahan Portugis selama 130 tahun di Melaka bermula sejak 24 Ogos 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque sebenarnya bukan sekadar meninggalkan sejarah, turut mewujudkan keturunan etnik baru di negara ini, selain menyerap masuk pelbagai elemen budaya, bahasa dan cara hidup dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Bahasa
Christang(Christ Tongue)
Bahasa kristang merujuk kepada bahasa dan dialek Melaka-melayu portugis, di mana bahasa Malaysia telah mengambil beberapa perkataan kristang untuk digunapakai seperti perkataan keju (queijo), kereta (caretta), nenas (ananas), meja (mesa), bendera (bandeira), mentega (manteiga), sekolah (escola) dan sebagainya.
Meskipun nama untuk bahasa itu pada umumnya dituntut menjadi bahasa Kristian, penuturnya lebih selesa menamakannya sebagai Kristang bagi merujuk diri dan agama mereka
Kristang disebut dengan pelbagai nama antaranya dalam bahasa Inggeris disebut Portugis dan dalam bahasa Melayu disebut Serani


Ada pendapat mengatakan Papia Kristang bukan bahasa standard Portugis kerana tatabahasanya berbeza. Ia hanya wujud di Melaka dan negara yang pernah menjadi koloni Portugis serta menerima campuran bahasa asing
Malah, lagu Jingkling Nona ada dalam versi Macau tetapi berubah sebutan dan tatabahasanya. Orang Macau menyanyikannya sebagai ‘jingkling mana jingkling mana iou quere casa, casa nom tem porta qui laia logo passa’.
Sebenarnya, bahasa yang hampir sama dengan orang Portugis di Melaka turut dituturkan beberapa penduduk kawasan lain di Asia seperti di Indonesia iaitu di kawasan Jakarta (Tugu), Tekek (Flores), Orek, Andonara dan Ambon
Tugu ialah sebuah perkampungan desa, dua kilometer dari Pelabuhan Jakarta. Ia mungkin disebabkan ramai tentera Portugis dipenjarakan di Batavia semasa peperangan pada abad ke-17.

* Perkembangan Papia Kristang berkait rapat dengan sejarah penjajahan Portugis di Melaka pada abad ke-16. Ketika itu, berlaku beberapa pinjaman dengan bahasa lain, khususnya dari Afrika dan Asia yang menjadi destinasi singgahan dan koloni Portugis

Makanan
Masakan Melayu yang diwarisi dari golongan Serani adalah begedil (bebola daging dan kentang) , cucuk satay ,daging, makanan atau sayuran yang dicelur dalam air yang mendidih ( SteamBoat)

Kari Debel(Devil Kari)
Ikan Bakar portugis
Kari Kering

Pakaian
Gaya pemakaian mereka pula tidak menampakkan langsung mereka ini orang Portugis. Kebanyakannya suka memakai seluar, tidak kira jantina, meskipun sebenarnya mereka dulu juga berkebaya


Adat resam
Mereka memang sukakan hiburan. Minuman keras boleh dikatakan satu kemestian dalam apa saja perayaan dan upacara masyarakat mereka
KetuaKampung mereka di gelar REGEDOR
ketika Portugis menawan Melaka pada 1511, sudah berlaku perkahwinan campur antara tentera Portugis dengan penduduk negara lain yang berada di bawah pemerintahan mereka
Antara nama keluarga asal Portugis ialah Collar, De Costa, De Mello, De Roche, De Rozario, De Silva, De Souza, Dias, Felix, Fernandes, Gomez.

wanita Portugis sejak kecil sudah diajar memasak dan kerana itu kebanyakan mereka mampu memasak dengan baik
mereka yang sudah bercerai tidak dibenarkan berkahwin lain selagi bekas suami atau isteri masih hidup. Hukum dalam agama mereka membuatkan hubungan kekeluargaan masyarakat itu bertahan lama dan saling setia sesama mereka. Namun, ia tidak bermakna tiada pelanggaran hukum kerana dalam dunia moden ini, ramai juga yang mengetepikan hukum sebegitu.
“Kami suka ‘line dance’. Ia seperti tarian poco-poco. Kelebihan wanita Portugis ialah mereka suka kepada aktiviti kebudayaan. Ramai anak gadis kami sejak kecil sudah belajar menari”

PERKAHWINAN
PERKAHWINANtukaran hantaran. Hanya ketika bertunang, lelaki datang ke rumah perempuan dengan sebotol wain.

PERKEBUMIAN
Mayat disimpan tiga hari dalam rumah untuk membolehkan pelbagai upacara diselesaikan.
Kepercayaan kami roh akan berpisah daripada jasad selepas tiga hari
Ia penting untuk uruskan si mati. Selama mayat di rumah upacara sembahyang dibuat setiap sejam bermula jam 8 hingga 12 malam.
Ada yang menghabiskan masa menjaga si mati sehingga pagi dengan bermain ‘ceki’, sejenis permainan seperti mahjung dan daun terup, sekadar untuk mengisi masa lapang. Makanan pula tidak henti-henti dimasak untuk memastikan ada hidangan kepada semua. Jelas, kaedah mereka memberi penghormatan terakhir kepada si mati seakan-akan meraikan pengantin baru

PERAYAAN
Hari San Pedro atau Perayaan San Pedro merupakan salah satu peninggalan Portugis di Malaysia
Perayaan San Pedro diraikan antara 24 Jun - 26 Jun setiap tahun.

Sebagai penganut Kristian, mereka tentunya tidak terlepas daripada sambutan Krismas
Mereka mempunyai pentas khas berdepan pintu masuk kampung membolehkan perayaan disambut meriah.
kemeriahannya sudah mula terasa sejak minggu pertama Disember, di mana semua rumah dihias dan dipasang lampu kelip-kelip.
Menambah tarikan, ada pertandingan untuk memotivasikan penduduk kampung menghiasi rumah. Namun, tanpa pertandingan itu pun, rumah mereka tetap dihias dengan hiasan mahal, ada yang kosnya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit dan diimport dari luar negara.
Perayaan pertama dalam kalender mereka ialah pesta Intrudu. Dalam kalender Kristian, ia jatuh pada 40 hari sebelum Krismas
Intrudu ialah pesta air. Ia disambut sebelum semua orang Roman katolik berpuasa selama 40 hari bermula pada Esh Wednesday.
Konsep berpuasa kami berbeza dengan orang Islam. Ia bergantung pada kemampuan individu. Ada yang alim, berpuasa sepanjang hari, ada yang separuh hari

Selepas puas membasahkan orang, sedikit wain dihulurkan sebagai tanda memohon maaf. Selalunya jawatankuasa menyediakan 24 botol wain. Penduduk sendiri pun sediakan wain sebagai tambahan
San Juang atau pesta lampu pula diadakan pada setiap 23 Jun di mana semua masyarakat Portugis di situ memasang lampu dan lilin di dalam serta di luar rumah dalam jumlah yang banyak
Kemuncak kepada perayaan San Juang ialah satu pesta paling unik, iaitu San Pedro pada 29 Jun, enam hari selepas San Juang. Ia adalah perayaan khas untuk nelayan sebagai memperingati St Peter, ketua pertama semua mahzab (Pope). Dia adalah seorang nelayan dan pesta itu adalah sebagai memperingati hari lahirnya.

Hiburan
Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra
Lagu Jingli Nona :
Jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,jingkling nona jingkling nona yo kare kasa,kasa rata kota jele lagu pasa,kasa rata kota jele lagu pasa.Teng alah oteng pak oteng sala oteng,teng alah oteng pak oteng sala oteng.Udang sama udang, mawar atas peti.Pandang boleh pandang, jangan sampai bawa lari.”
Antara lagu dan tarian yang dibawa balik dari Portugal ialah Tianica, O Maliau, Carmacha, O Vira, Tiro Liro Liro dan O Limao.
Dulu ada tarian Baile De Roda yang kini sudah tidak dipraktikkan

Artis comel

lokasi
satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan masyarakat ini pastinya Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini.
Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu
Antara kawasan lain di Melaka yang menjadi penempatan kecil masyarakat yang terkenal dengan lagu Jingli Nona ini ialah di Tengkera, Kubu, Lorong Pantai dan Banda Hilir.
Walaupun menjadi golongan minoriti di sini, mereka tidak pernah di pinggirkan kerajaan yang telah mewartakan kawasan seluas 11.2 hektar ini sebagai perkampungan warisan di bawah Enakmen Pemeliharaan dan Pemuliharaan Negeri Melaka pada 2002

Orang serani yang berjaya
Pertama, Tun Jeanne Abdullah aka Jeanne Danker, bekas Wanita Pertama Malaysia, isteri kepada Tun Abdullah Hj Ahmad badawi.
Tony Fernandez, iaitu CEO AirAsia.
Joan Margaret Marbeck iaitu penulis buku tempatan berjudul "language is our the soul of our kristang heritage“
Professor Roland Xavier iaitu profesor keusahawanan dan juga usahawan yang berjaya.
Datin Tiara Jacquelina,Pengarah , produser, aktress dan usahawan yang berjaya.
Full transcript