Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

FINAL RESEARCH

No description
by

Amalia Izzati

on 12 November 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of FINAL RESEARCH

GANTT CHART
PENGENALAN
Obesiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF AM
Untuk mengetahui faktor-faktor berlakunya obesiti dan tahap pengetahuan dalam kalangan Jururawat Pelatih di Kolej Kejururawatan Sungai Petani.
OBJEKTIF SPESIFIK
1. Untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dalam kalangan Jururawat Pelatih di Kolej Kejururawatan Sungai Petani.
2. Untuk menilai tahap pengetahuan Jururawat Pelatih tentang obesiti.


KOLEJ KEJURURAWATAN SUNGAI PETANI
NAMA PENGAJAR
TAJUK KAJIAN
FAKTOR-FAKTOR OBESITI
DALAM KALANGAN
JURURAWAT PELATIH
DI KOLEJ KEJURURAWATAN SUNGAI PETANI

EN. MUHD AMIN BIN AHMAD ZAKI
PN. FAZIMAH BT AHMAD
AHLI KUMPULAN
AINAA SYAFIQAH BT EZIDDIN
AMALIA IZZATI BT ABD RAZAKI
AMALINA BT MOHD SAARI
ASMA THAHIRAH BT ADAM
ASNIRA BT DAUD
BHANU A/P RAMOCHANDRAN
CHE NORSALWANI BT CHE KOB
HIPOTESIS
LITERATURE REVIEW
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan


Amalan pemakanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker, 2006)

Menurut Sizer di dalam buku “ Nutritions Concept and Controversies” (2006), masyarakat sekarang lebih suka mengisi masa lapang dengan menonton televisyen, bermain permainan video dan hiburan dari komputer daripada melakukan aktiviti luar.
Menurut Eleni Evagelou et. al (2014), “Exploration of Nursing Students’ Dietary Habits” mengatakan bahawa pelajar yang tinggal sendiri dan berjauhan dari keluarga mengalami perubahan persekitaran di mana memberi kesan negatif terhadap kualiti pengambilan makanan.

Dalam kajian Tonofsky et.el (2000) yang bertajuk “Treating and Preventing Obesity” menyatakan bahawa individu daripada keturunan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi mempunyai sama nilai kandungan lemak di dalam badan

Menurut kajian Ali Barzegari et. al (2011), “A Study of Nutrition Knowledge, Attitudes and Food Habits of College Students “ mengatakan bahawa pengetahuan dan sikap pelajar mempengaruhi amalan pemakanan mereka
METODOLOGI

KUMPULAN 1
NURSING 2/2014
Populasi kajian: Pelatih Diploma Kolej Kejururawatan Tahun 1 Semester 1, Tahun 1 Semester 2 dan Tahun 2 Semester 2.

Sample Kajian: 60 Orang responden
BORANG KAJI SELIDIK
Kurang melakukan aktiviti fizikal menjadi punca obesiti dalam kalangan jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Sungai Petani.
ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN
RUMUSAN KAJIAN
CADANGAN KAJIAN
Pelatih perlu ambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan seperti tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pelatih perlu kurangkan makanan yang berlemak dan kurangkan pengambilan gula supaya dapat mempertingkatkan taraf kesihatan.

Tetapkan kadar berat bagi jururawat pelatih supaya mereka dapat kekalkan berat badan yang ideal.

Pelatih perlu lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu untuk kekalkan kesihatan diri.

Galakkan penglibatan jururawat pelatih dalam kempen cegah obesity dan amalan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesedaran dalam kawalan berat badan.

Pelatih perlu tetapkan waktu makan dan tidak ambil makanan berat sebelum tidur.

Pelatih juga perlu kurangkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera untuk elakkan obesiti.
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
SEKIAN,
TERIMA KASIH.
REKA BENTUK KAJIAN

POPULASI DAN PERSAMPELAN
SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN
Seramai 20 orang responden bagi setiap semester iaitu Tahun 1 Semester 1, Tahun 1 Semester 2, Tahun 2 Semester 2.
Keputusan yang diperolehi dari graf sebanyak 40 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 19-21 tahun iaitu (66.67%). Manakala lingkungan umur 22-24 tahun sebanyak 18 orang (30%) dan terdapat 2 orang (3.33%) responden yang berusia dalam lingkungan 25-27 tahun.
Keputusan yang diperolehi dari graf responden yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 29 orang (48.33%). Manakala 20 orang (33.33%) yang berkelulusan Diploma. Seterusnya, terdapat 3 orang responden (5%) yang berkelulusan Ijazah dan 8 orang responden (13.33%) lain-lain.
Keputusan yang diperolehi dari graf responden yang berbangsa Melayu paling ramai iaitu sebanyak 57 orang (95%). Manakala responden yang terdiri daripada bangsa India sebanyak 3 orang (5%)
Keputusan yang diperolehi dari graf terdapat 10 orang (16.67%) responden yang mempunyai sejarah keluaraga yang menghadapi obesiti. Manakala 50 orang (83.33%) responden yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghdapi obesiti.
Keputusan yang diperolehi dari graf terdapat 14 orang (23.33%) responden yang mempunyai sejarah atau sedang menghidap penyakit medikal. Manakala 46 orang (76.67%) responden tidak mempunyai sejarah atau sedang menghidap penyakit medikal.
Keputusan yang diperolehi dari graf Seramai 20 orang (33.33%) responden yang mempunyai BMI kurang daripada 18.5 (underweight). Manakala seramai 34 orang (56.67%) mempunyai BMI 18.5-24.9 (normal) dan seramai 6 orang (10%) mempunyai BMI 30 ke atas (obese).
Keputusan yang diperolehi dari graf seramai 33 orang (55%) daripada 60 orang responden tidak bersenam. 20 orang (33.33%) responden bersenam 1-2 kali seminggu. Manakala 7 orang (11.67%) responden bersenam 3 – 4 kali seminggu dan tiada responden bersenam lebih dari 4 kali seminggu.
Keputusan yang diperolehi dari graf seramai 42 orang (70%) responden mengambil fast food 1-2 kali seminggu. 16 orang (26.67%) responden pula mengambil fast food 3-4 kali seminggu manakala 2 orang (3.33%) responden mengambil fast food lebih 5 kali dalam seminggu.
Keputusan yang diperolehi dari graf 37 orang (61.67%) responden bersetuju bahawa perubahan persekitaran seperti berjauhan dari keluarga memberi kesan negatif terhadap kualiti pengambilan makanan mereka manakala 23 orang (38.33%) responden tidak bersetuju.
Keputusan yang diperolehi dari graf seramai 46 orang (76.67%) responden gemar mengambil makanan sambil menonton televisyen manakala 14 orang (23.33%) responden tidak gemar mengambil makanan sambil menonton televisyen.
Keputusan yang diperolehi dari graf 51 orang (85%) responden tidak mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus manakala 9 orang (15%) responden mengelak waktu makan semata –mata untuk kurus.
Keputusan yang diperolehi dari graf menunjukkan seramai 35 orang (58.33%) responden mengambil karbohidrat 1-2 kali sehari. 20 orang (33.33%) responden mengambil karbohidrat 3-4 kali sehari dan 5 orang (8.33%) responden mengambil karbohidrat 5 kali dan lebih dalam sehari.
Keputusan yang diperolehi dari graf menunjukkan 51 orang (85%) responden tahu cara pengiraan Body Mass Index (BMI) yang betul manakala 9 orang (15%) responden tidak tahu cara Body Mass Index (BMI) yang betul.
Keputusan yang diperolehi dari graf menunjukkan 13 orang (21.67%) orang responden menjawab (Tinggi x tinggi (m))/(Berat (kg)) adalah formula BMI yang betul. 43 orang (43%) responden menjawab (Berat (kg))/(Tinggi x tinggi (m)) adalah formula BMI yang betul. 4 orang (6.67%) responden menjawab (Berat (kg))/(Tinggi (m)) adalah formula BMI yang betul manakala tiada responden yang menjawab (Berat x berat (kg))/(Tinggi (m)) adalah formula BMI yang betul.
Keputusan yang diperolehi dari graf atas menunjukkan 2 orang (3.33%) responden menjawab genetik adalah faktor-faktor obesiti. Seramai 43 orang (71.67%) responden menjawab genetik dan pemakanan adalah faktor-faktor obesiti manakala 15 orang (25%) responden menjawab genetik, ketinggian dan pemakanan adalah faktor-faktor obesiti.
Keputusan yang diperolehi dari graf menunjukkan 9 orang (15%) responden menjawab 17.0 adalah nilai BMI yang normal. 5 orang (8.33%) responden menjawab 26.0 adalah nilai BMI yang normal. 46 orang (76.67%) menjawab 24.0 adalah nilai BMI yang normal manakala tiada responden yang menjawab 30.0 adalah nilai BMI yang normal.
92% iaitu 55 orang responden bersetuju senaman merupakan aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan dan 5% iaitu 5 orang responden tidak bersetuju senaman merupakan aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan.
42 orang responden iaitu 70% menyatakan bahawa senaman merupakan salah satu cara untuk menangani stress. Manakala 18 orang responden iaitu 30% tidak bersetuju senaman merupakan salah satu cara untuk menangani stress.
58 orang responden (97%) bersetuju dan seramai 2 orang responden (3%) tidak bersetuju amalan senaman untuk menjaga kesihatan diri.
Seramai 59 orang ( 98% ) bersetuju. Manakala 1 orang ( 2% ) tidak bersetuju senaman dapat mengekalkan tahap kecergasan serta kesihatan jantung dan otak.
Sebanyak 85% iaitu 51 orang responden menyatakan bahawa melakukan aktiviti harian seperti sapu lantai juga dapat menggantikan senaman dan 15% iaitu 9 orang responden tidak bersetuju bahawa melakukan aktiviti harian tidak dapat menggantikan senaman.
Seramai 19 orang responden iaitu 32% mengetahui jumlah kalori dalam makanan yang diambil setiap hari. Manakala seramai 41 orang responden iaitu 68% tidak mengetahui jumlah kalori dalam makanan yang diambil setiap hari.
93% iaitu 56 orang responden bersetuju pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan berat badan. Manakala 7% iaitu 4 orang responden tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan berat badan.
Kajian ini telah mendapat keputusan faktor tidak mengamalkan senaman adalah salah satu faktor yang mempengaruhi obesiti dalam kalangan jururawat pelatih. Senaman adalah penting bagi setiap individu kerana senaman boleh mempertingkatkan taraf kesihatan serta menghindari dari pelbagai penyakit dan memberi kecergasan pada individu.
Faktor pengambilan makanan segera juga menjadi salah satu punca yang mempengaruhi obesiti dalam kalangan jururawat pelatih. Jururawat pelatih lebih memilih makanan segera terutamanya waktu malam selepas habis kerja. Selain itu, daripada kajian kami mendapati sebahagian jururawat pelatih gemar makan sambil menonton televisyen dan ini juga salah satu faktor yang mempengaruhi obesiti dalam kalangan jururawat pelatih.
Kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan senaman dan makanan yang seimbang amat penting bagi mengurangkan faktor-faktor obesiti dalam kalangan jururawat pelatih.
Hal demikian, kami bersetuju dengan hipotesis kami iaitu kurang melakukan aktiviti fizikal menjadi punca obesiti dalam kalangan jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Sungai Petani.
Non-experimental
Kuantitatif
Survey study: Cross sectional
LIMITASI KAJIAN
1. Pengkaji kurang memperoleh literature review yang spesifik mengenai tajuk kajian.
2. Kesukaran dalam mengumpulkan jurnal dan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kerana sumber rujukan adalah terhad.
3. Terdapat masalah dalam proses pengumpulan data kerana responden atau sampel tidak menjawab borang kaji selidik dan memberikan lebih dari satu jawapan pada setiap soalan pada borang kaji selidik.
4. Sesetengah responden atau sampel tidak faham soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik.
5. Pengkaji menghadapi kesulitan dalam melakukan perbincangan antara ahli kumpulan kerana mempunyai pendapat yang berbeza-beza serta kekangan masa yang disebabkan oleh waktu kerja semasa di penempatan klinikal yang berlainan syif.
6. Pengkaji kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menganalisis data.
7. Pengkaji juga kurang arif tentang langkah-langkah dalam membentuk sesuatu kajian kerana ini merupakan pertama kali pengkaji melakukan kajian sebegini.


IMPLIKASI KAJIAN
Masalah obesiti dalam kalangan jururawat pelatih akan menimbulkan komplikasi negatif kepada jururawat pelatih itu sendiri.
Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi
Terdedah dengan penyakit kanser
Diabetes
Emosi tidak stabil-kurang keyakinan diri
Full transcript