Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KONSEP PENYIARAN ISLAM DAN PELAKSANAANYA DI MALAYSIA

No description
by

AMIRA HUSNA

on 12 January 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KONSEP PENYIARAN ISLAM DAN PELAKSANAANYA DI MALAYSIA

KONSEP PENYIARAN ISLAM DAN PELAKSANAANYA DI MALAYSIA

design by Dóri Sirály for Prezi

Bidang penyiaran dan kewartawanan adalah dua cabang utama dalam pengajian sebaran am di Malaysia.
Penyiaran merujuk kepada industri penyiaran yang merangkumi penyiaran radio dan televisyen.
Sejak media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah mula diperkenalkan ia telah digunakan secara menyeluruh bagi menyampaikan dan mengagihkan maklumat dia seluruh dunia. Media massa juga menjadi sumber berita dan hiburan. Bagaimanapun, salah satu peranan tradisi media sejak dahulu adalah sebagai alat untuk membangunkan sesebuah negara.

Penyiaran dianggap sebagai suatu jalan untuk mengenali Allah SWT dengan lebih dekat. Oleh itu, apabila dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur, semua kerja yang berkaitan dengan penyiaran dianggap sebagai ibadah.Sistem public service menjadi model penyiaran yang lebih hampir kepada perspektif Islam (Menurut Davis, 1989) kerana ia lebih memenuhi kehendak Islam.
Sistem ini lebih cenderung memberi keutamaan terhadap kepentingan masyarakat daripada kepentingan pemerintah dan kurang mempunyai agenda politik dan ekonomi. Unsur komersil yang menjadikan keuntungan material sebagai keutmaan siaran sesebuah program dan berorientasikan pasaran merupakan unsur tidak islamik.
Kebanyakan media penyiaran hari ini menjadikan hasil komersil untuk menjana pendapatan dan mereka memperolehi dana melalui iklan. Hal ini bertentangan dengan akhlak dan pandangan Islam yang mementingkan keperluan masyarakat daripada kepentingan syarikat pengiklanan dan tidak merosakkan masyarakat.
Oleh itu, model penyiaran Islam perlu memasukkan input kod etika penyiaran berlandaskan ajaran Islam dalam mengawal semua bentuk operasi.
Menurut Zulkiflie Abdul Ghani (1996), selepas tahun 1979, jumlah penerbitan rancangan berunsur agama semakin bertambah dalam pelbagai bentuk. Ini termasuk siaran azan sebanyak 5 kali sehari, bacaan al-Quran, siaran khutbah Jumaat serta rancangan bual biacara dan forum Islam.


Pengenalan
MEDIA PENYIARAN ISLAM DI MALAYSIA
CORAK PERKEMBANGAN PENYIARAN ISLAM DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat dua media penyiaran yang memainkan peranan penting dalam menjadi penggerak kepada penyampaian maklumat kepada masyarakat iaitu media televisyen dan radio. Televisyen dan radio yang pada awalnya menjadi alat utama bagi badan kerajaan bagi tujuan penyampaian mesej-mesej pembangunan.

Antara peranan utama penyiaran Islam di Malaysia adalah:

Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (
Muaddib
) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang dari Allah dan menjauhi segala laranganNya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.
Sebagai agen informasi (
Musaddid
) iaitu mereka menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsir oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi yang menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam.
Sebagai pembaharu (
Mujaddid
) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.
Sebagai penyatu (
Muwahhid
) yang mana harus mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan diantara kedua belah pihak yang bertelagah.
Sebagai pejuang (
Mujahid
) iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media yang lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya berkerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

PERANAN PENYIARAN ISLAM DI MALAYSIA



Dari sudut penerimaan bangsa lain terhadap bidang penyiaran yang berunsurkan Islam ini. Walaupun di ketika ini terdapat banyak stesen televisyen dan radio swasta yang menyiarkan rancang-rancangan atau slot-slot sama ada terbitan tempatan atau pun diimport untuk semua bangsa dalam pelbagai bahasa. Justeru, perlu ada pihak yang berwajib untuk menangani isu ini agar mereka yang bukan Islam tidak keliru dan salah faham terhadap bidang penyiaran Islam.
Batas kreativiti untuk menerbitkan rancangan televisyen di stesen TV dan slot Islam di radio ini adalah terhad dan terbatas. Ini kerana semua rancangan yang disiarkan mestilah berkonsepkan Islam dan menerapkan nilai-nilai murni baik dari sudut idea, konsep, lakonan, skrip dan sebagainya. Persaingan di antara bidang penyiaran yang lain amat tinggi, jadi bidang penyiaran Islam seharusnya menjadi lebih kreatif.
Kos yang terlalu mahal untuk mengupah atau membeli filem-filem atau drama dari negara luar. Oleh itu, bidang penyiaran Islam di Malaysia sendiri perlu menghasilakn “in-house production” untuk menjimatkan kos penerbitan.
Cabaran dari aspek penghayatan ajaran agama. Penghayatan agama banyak bergantung kepada komitmen individu. Walaupun waktu bekerja tidak menentu atau tabii kerja memerlukan individu bergerak di pelbagai tempat, mereka masih mempunya waktu untuk menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang. Perlu diakui bahawa bertugas di dalam media merupakan satu profesion yang mencabar terutama berkaitan pengurusan masa. Kerja dalam bidang penyiaran terkenal dengan ‘dateline’.
CABARAN PENYIARAN ISLAM DI MALAYSIA

SENARAI PROGRAM PENYIARAN DI MALAYSIA
TOKOH PENYIARAN ISLAM MALAYSIA
ALLAHYARHAM DATO BUKHARI CHE MUDA
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa penyiaran Islam di Malaysia amat penting dan harus diber perhatian. Kewujudan media elektronik seperti televisyen dan radio telah memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

Usaha untuk mengetengahkan, mengukuhkan dan memupuk nilai-nilai murni melalui bidang penyiaran merupakan satu usaha yang realistik. Ini kerana untuk mencapainya dilihat tidak mustahil.

Berbekalkan dengan pendirian diri kita yang teguh untuk menyuburkan media Islam, pastinya usaha murni ini akan tercapai.
Full transcript