Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

No description
by

Faizul Irfan

on 3 May 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI
AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH
CARA MEMPERBAIKI KUALITI UDARA
BAHAN CEMAR UDARA
2.Karbon Monoksida
Karbon monoksida adalah gas beracun, tidak berwarna, tidak berbau, dan tidak berasa. Kerana sifatnya yang tidak berbau, CO biasanya bercampur dengan gas-gas lain yang berbau sehingga CO dapat terhirup secara tidak disadari bersamaan dengan terhirupnya gas lain yang berbau.CO dihasilkan dari limbah industri terutama dari hasil pembakaran tidak sempurna gas alam dan material-material lain yang mengandung karbon. Karbon monoksida merupakan salah satu polutan yang terdistribusi paling luas di udara. Sel darah merah membawa oksigen yang vital ke jaringan tubuh. Keracunan karbon monoksida terjadi sewaktu gas ini, bukannya oksigen, diserap oleh sel darah merah. Akibatnya, tubuh kekurangan oksigen. Menyerap emisi rendah karbon monoksida selama suatu periode waktu dapat mengakibatkan kerusakan otak permanen. Gejala-gejalanya mencakup sakit kepala, mengantuk, lesu, pusing, mual, serta pengsan—dan dalam kasus-kasus yang parah, denyut yang lemah, koma, dan gagal fungsi pernapasan. Jika seseorang tiba-tiba teracuni karbon monoksida, segeralah lakukan pemberian oksigen dan bantuan pernapasan sebelum terjadi asfiksiasi—kekurangan oksigen yang mencapai otak—yang mengakibatkan kematian.
1.Tidak melakukan pembakaran terbuka
3.Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4.Menggalakkan penggunaan konsep
teknologi hijau
5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan
1. ASAP ROKOK
Kandungan asap rokok :- Nikotin,tar
Nikotin-
Nikotin merupakan dadah yang kuat. Ini boleh menyebabkan ketagihan kepada tabiat menghisap rokok .Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan. Didapati bahawa corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopamine dan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. Tindakan ini adalah sama seperti dadah-dadah tersebut.Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :- Peningkatan kadar denyutan jantung ,Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah ,Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.
Tar-
Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai epoksida. Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ dan akan menyebabkan kanser peparu.

3.Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan. Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, memusnahkan tisu peparu,bronkitis dan kanser peparu. Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid.
4.Jerebu
KESAN-KESAN JEREBU
A)Asap-
Pembakaran bahanapi-Pembakaran sampah sarap-Cerobong asap kilang-Ekzos kenderaan bermotor -Menggangu pernafasan normal- Pembentukkan asbut yang mengganggu penglihatan.
B) Debu-
Kilang papan, kuari,simen,asbestos,batukapur -Serangan lelah pada pesakit asma-Batuk-batuk - Sesak nafas.
C)Plumbum-
Petrol berplumbum-Pembakaran bahan bercat- Menggangu keupayaan badan membinaSel darah baru- Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak

D) Oksidanitrogen-
Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalamkenderaan berat ataukilang- Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu
1. Bronkitis
Merupakan keradangan pada membran mucus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkimia paru paru.
Punca
: Jangkitan virus dan bacteria,debu dan asap rokok
Gejala
: Batuk berkahak,sesak nafas dan sakit kepala
Kesan
: Radangan pada bronkus (saluran udara ke paru-paru)

2. Asma
Merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas
Punca
: Debu,bulu binatang,asap,udara dingin
Gejala
: Nafas berbunyi,sakit dada,batuk dan nafas pendek
Kesan
: Saluran pernafasan mengalami penyempitan

3. Emfisema
Jenis penyakit paru obstruktif kronik yang melibatkan kerosakan pada kandungan udara (alveolus) di paru-paru
Punca
: asap rokok dan kekurangan enzim alfa-1-antitrispin
Gejala
: Sesak nafas,penurunan selera makan dan penurunan berat badan
Kesan
: Alveolus rosak,isipadu paru-paru lebih besar (paru-paru bengkak)kerana gas karbon dioksida yang seharusnya dikeluarkan dari peparu terperangkap di dalamnya

4. Pneumonia
Merujuk kepada semua jenis keadaan dimana air berkumpul di dalam peparu
Punca
: Jangkitan virus dan bakteria
Gejala
: Batuk berkahak kuning,sakit dada,sesak nafas dan demam
Kesan
: Terjadinya radang paru-paru

5. Batuk kering
Jangkitan bakteria yang biasa menyerang peparu (TB pulmonari) dan lain-lain
Punca
: Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis
Gejala
: Demam,penurunan selera makan,penurunan berat badan dan batuk lebih tiga minggu
Kesan
: Proses resapan oksigen terganggu kerana terdapat bintik-bintik kecil di dinding alveolus

6. Kanser peparu
Merupakan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal di sebelah atau kedua-dua belah peparu
Punca
: Asap rokok,radiasi radioaktif,bahan kimia beracun,stres atau factor keturunan
Gejala
: Batuk,sakit pada dada,batuk berdarah,mudah lelah dan berat badan menurun
Kesan
:
Sel sihat bertukar menjadi sel kanser

1. Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis asap pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2. Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.
3. Membina dan menggunakan kereta berkuasa elektrik
Penggunaan kereta berkuasa elektrik atau kereta hibrid mampu dan berkesan menjimatkan kos penggunaan bahan api dan pada masa yang sama ia hanya menghasilkan asap toksik pada tahap rendah. Sungguhpun kereta hibrid mahal, namun untuk jangka masa panjang kereta ini mampu menjimatkan wang anda dari segi kos penggunaan bahan api yang semakin meningkat.
4. Larangan merokok di tempat awam
Perokok pasif jauh lebih berbahaya dari yang kita fikirkan. Kajian menunjukkan bahawa perokok pasif 16 kali lebih berbahaya daripada terdedah kepada bahan pencemar udara yang lain. Hal ini disebabkan asap rokok dapat meningkatkan jumlah partikel halus di udara yang berbahaya berkali-kali lipat banyaknya. Oleh itu, sangat penting untuk mematuhi larangan merokok di tempat awam kerana perokok bukan sahaja membahaya diri sendiri tetapi turut membahayakan orang lain yang terdedah kepada asap rokok.
5. Tanam lebih banyak pokok
Aktitivi menanam lebih banyak pokok adalah satu cara yang sangat baik untuk memperbaiki kualiti udara. Pokok dapat menyerap karbon dioksida yang terdapat di udara ketika menjalankan proses fotosintesis di waktu siang dan pada masa yang sama ia akan membebaskan oksigen ke udara. Jika bilangan pokok bertambah, maka kandungan karbon dioksida di udara dapat dikurangkan dan sekaligus meningkatkan kandungan oksigen di udara.
6. Berkongsi kenderaan
Perkongsian kereta merupakan amalam yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan berkongsi kereta, bilangan kenderaan yang berada di jalanraya dapat dikurangkan. Selain mengurangkan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kereta ini dapat menjimatkan wang dan penggunaan bahan api.
7. Berjalan kaki atau berbasikal bagi jarak pendek
Sekiranya kita perlu bergerak ke suatu tempat yang dekat, adalah lebih elok jika kita berjalan kaki atau berbasikal. Amalan ini bukan sahaja mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, malah pada masa yang sama kita dapat bersenam dan sekaligus mengekalkan kesihatan badan.
8. Menggunakan pengangkutan awam

Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligus ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.

9. Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.
10. Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh diadakan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
Udara yang sihat ialah udara yang tidak tercemar dan memberikan kesihatan
kepada sistem respirasi kita. Amalan yang betul dapat menjamin udara yang
kita sedut setiap hari kekal sihat. Sebagai seorang yang prihatin dan
mementingkan kesihatan, kita boleh mempraktikkan amalan-amalan berikut:


2. Tidak merokok di tempat terbuka

6. Mengitar semula
BY : Faizul Irfan Bin Mohd Noor
3 Aminuddin Baki
Full transcript