Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

No description
by

zaitun abdullah

on 16 August 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara

Kandungan
4.6 ISU KEJURUTERAAN GENETIK
Apa Itu Kejuruteraan Genetik?

Kejuruteraan genetik adalah perubahan kod genetik asal dengan cara tiruan yang berbeza daripada cara pembiakan tradisional
Bertujuan menyusun semula urutan DNA dalam gen menggunakan kaedah buatan.
Ia mengambil bahan genetik dari satu spesies hidupan untuk dimasukkan ke dalam satu spesies yang lain termasuk menyisipkan gen-gen manusia dengan gen-gen haiwan atau tumbuhan (Richard, tt).

Pengklonan
Pengklonan pula ibarat membuat pendua atau peniruan agar terbentuk satu individu yang menyerupai individu tertentu (Epstein, 2002), (Massey, 2001)
Pengklonan manusia adalah mewujudkan satu embrio manusia yang sama jenis gen asalnya
Pengklonan reproduktif – embrio ditanam dalam uterus wanita dan dihamilkan menjadi bayi (Anon, 2003)
Ia memanipulasikan genetik melalui prosedur tertentu yang dapat menyalin replika genetik sesuatu objek dengan tepat (Kass & Wilson, 2003)

Kesan Negatif Kejuruteraan Genetik
1. Etika dan keagamaan

Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai pelbagai implikasi.
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang dalam Islam.

Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang
Dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian.
Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa

2. Ketiadaan Kawalan

Dr. Patrick Dixon (1995) juga menyatakan bahawa kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan manusia.
Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa.
4.7 INISIATIF DAN PERANAN MALAYSIA DALAM PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL

4.6 Isu Kejuruteraan
4.7 Inisiatif dan Peranan Malaysia dalam Peyelesaian Isu-isu Global
4.8 Impak Isu-isu Global terhadap Peluang Pendidikan
Pengklonan haiwan (kambing biri-biri Dolly)

Masalah yang akan timbul

Anak yang mempunyai dua ibu bapa
Wujud binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia
Wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak orang lain

Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik.
Standard ini seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.

3. Standard Keselamatan

Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan.
Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit.
Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang timbul yang membawa kepada kematian kambing klon “Dolly”. Menurut kajian, kambing tersebut mungkin mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini berkait rapat dengan petunjuk daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku kerana secara genetiknya sel “Dolly” setua sel ibunya.

Dasar Luar Malaysia
- adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan
keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel.
Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali, neutral dan keamanan bersama.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam.
Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM).
Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan  Malaysia mempereratkan hubungan serantau.
ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi  Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia).

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif yang lebih dramatik dan berorientasikan ekonomi.
Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.


Kejayaan Malaysia Menyelesaikan Isu-Isu Global
Peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

Malaysia juga sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah di Palestin.


Kaedah Penyelesaian Isu Tuntutan Bertindih yang diamalkan Malaysia
Konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan

Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan tindakan Malaysia yang telah mengisytiharkan wilayah pelantar laut Malaysia. Di dalam perisytiharan ini Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam wilayahnya. Ini telah dibantah oleh pihak Indonesia.

Dalam menangani isu tuntutan bertindih ini pihak Malaysia telah mengutarakan hujah Konvensyen 1891 sebagi bukti hak dan kedaulatannyaBerdasarkan hujah dan bukti tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan Malaysia di ICJ.

4.7 IMPAK ISU-ISU GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN

Globalisasi Dalam Pendidikan
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.


Kesan-kesan Globalisasi dalam Pendidikan
1.Kesan-kesan Positif :-

budaya pembelajaran sepanjang hayat
kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa
menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
perubahan peranan guru dalam bilik darjah
peluang pendidikan terbuka luas
persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

2. Kesan-kesan negatif :-

kadar pengangguran semakin meningkat
pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
perdagangan pendidikan
penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani
berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara
pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial


Kesan Isu Palestin-Israel terhadap Peluang Pendidikan
Sekolah-sekolah dan universiti dibom.
Para pelajar tidak dapat meneruskan pengajian secara formal di pusat pembelajaran.
Banyak yang keciciran dalam pelajaran.
Peluang pendidikan di Palestin terhad akibat konflik Israel-Palestin.

Rujukan
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7128-kejuruteraan-genetik-di-mana-batasannya
http://www.mpc.gov.my/home/?kod1=k&kod2=news&item=000104&sstr_lang=bm&t
http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Laporan%20akhir%20KajPeljAntrbgsa_TNR_ipptnformat.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz39lEyZESi 
http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/2496/839.pdf


THE END...
THANK YOU..!
Full transcript