Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Emosi Remaja

No description
by

Fateha Halim

on 8 September 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Emosi Remaja

Disediakan oleh:
Nur Fateha binti A. Halim
4 Cerdik

EMOSI REMAJA
EMOSI
Sesuatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada perasaan dalaman seseorang
Dapat dilihat daripada ekspresi wajah, posisi dan gerak badan serta nada suara seseorang sama ada sedih, marah atau ketawa
REMAJA
Golongan yang berumur 13 hingga 19 tahun
Peringkat remaja adalah peringkat yang paling kritikal dalam pembentukan diri seseorang
Mempunyai cara dan budaya hidup yang semestinya berbeza dari segi pergaulan dan matlamat berbanding dengan kanak-kanak dan orang dewasa
Gejala sosial akan mudah mempengaruhi remaja sekiranya mereka terlampau cepat untuk menjadi dewasa akibat daripada perubahan fizikal, emosi dan mental
Remaja perlu aktif dalam bidang akademik atau kokurikulum bagi mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah
ISU-ISU REMAJA
MELEPAK
Emosi yang cepat bosan boleh membuatkan remaja mencari jalan untuk keluar melepak dan menghabiskan masa dengan tidak melakukan perkara berfaedah bersama rakan-rakan
Tindakan ini merugikan remaja. Mereka harus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya dengan melepak
LARI DARI RUMAH
Emosi yang tidak terkawal membolehkan remaja mengambil keputusan untuk lari dari rumah
Kononya dengan berbuat demikian mereka akan dapat mencari suatu penyelesaian terhadap diri mereka dengan keluarga
Kebebasan yang mereka cari akhirnya akan memerangkap diri sendiri,
PEMBUANGAN ANAK
Emosi yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba perkara-perkara di luar tabii seperti seks bebas boleh membinasakan diri sendiri dan menggalakkan berlakunya penyakit berjangkit
Masalah akan bertambah buruk apabila remaja yang terlanjur melakukan seks bebas akan menghadapi dilema mempunyai bayi di luar nikah
Disebabkan masih tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab , akhirnya anak yang dilahirkan terpaksa dibuang. Tindakan ini adalah perkara yang dilarang oleh undang-undang negara dan agama
MASALAH DISIPLIN
Masalah disiplin seperti merokok dan ponteng sekolah juga akan menganggu pembelajaran pelajar
Terlalu mengikut perubahan emosi negatif rakan-rakan boleh membuatkan seseorang itu melakukan perkara yang melanggar peraturan sekolah
FAKTOR PERUBAHAN EMOSI REMAJA
PERUBAHAN FIZIKAL
perubahan fizikal seperti suara menjadi garau, ketinggian meningkat, mula tumbuh misai dan janggut membuatkan mereka berasa dewasa
PELAJAR LELAKI
Mula berada dalam keadaan tidak selesa terutamanya apabila diperhatikan oleh remaja lelaki kerana pinggul dan dada mereka mula membesar, jerawat mula tumbuh dan berlakunya peredaran haid
PELAJAR PEREMPUAN
FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
Pada peringkat umur remaja, emosi mereka tidak stabil dan berubah-ubah
Ketika bersosial, remaja sebenarnya sedang mencari identiti sendiri. Identiti tersebut banyak bergantung kepada kumpulan kawan-kawan mereka
Kawan-kawan yang memiliki personaliti yang baik akan mengajak mereka untuk melakukan kebaikan. Manalaka kumpulan kawan-kawan yang negatif akan mengajak melakukan sebaliknya
DAYA PEMIKIRAN
Daya pemikiran seseorang itu boleh mengakibatkan emosi berubah-ubah mengikut 'mood'
Remaja mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Remaja yang banyak membaca perkara berfaedah akan mempunyai daya pemikira positif yang menjadikan emosi lebih stabil
PERSEKITARAN
Cara hidup di bandar yang sesak dengan manusia dan kenderaan boleh menyebabkan kita berasa resah dan tidak selesa
kita harus memahami bahawa persekitaran dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut tahap kemajuan. kita perlu bijak menanganinya.
FAEDAH MEMAHAMI EMOSI
MEMUPUK KEYAKINAN DIRI
Kita lebih yakin pada diri sendiri dengan mengunakan kekuatan emosi positif. Kita mesti berkeyakinan untuk menyesuaikan diri dengan pelajaran dan masyarakat.
MENINGKATKAN PENAMPILAN DIRI
kita dapat menghadapi masalah, kekecewaan dan kesedihan dengan menunjukkan muka yang manis dan penampilan diri yang baik
BEKERJASAMA
Kita mudah bekerjasama dengan orang lain jika kita berjaya memahami emosi sendiri. Kita tidak mudah berasa tersinggung dan mudah memberikan sokongan dan kerjasama kepada orang lain
JATI DIRI
Kita akan lebih prihatin dan rela menyumbangkan tenaga untuk mempertingkatkan disiplin diri bagi membantu orang lain
MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI
Emosi yang negatif boleh membuatkan seseorang itu mudah berputus asa. Dengan mengawal perasaan tersebut dan menjadikan diri kita lebih gembira, kita boleh meneruskan hidup yang lebih cemerlang tanpa menghiraukan kekecewaan yang dihadapi
KURANGKAN STRES
Emosi yang dikawal dan diubah untuk kebaikan akan membuatkan seseorang lupa terhadap tekanan yang dihadapi. Hidup mereka akan lebih ceria apabila mereka menggunakan emosi positif untuk menghalang stres daripada mengganggu kehidupan mereka
LANGKAH UTAMA UNTUK MENANGANI MASALAH EMOSI
Mengenali emosi sendiri amat penting kerana mereka yang tidak mengetahui emosi sendiri akan mudah gagal untuk mengubah emosi negatif mereka
Apabila menangani emosi negatif, kita seharusnya dapat menguruskan emosi sendiri supaya dapat mengurangkan tekanan dalam diri. Sikap tolak ansur dengan perasaan kekecewaan boleh membantu kita daripada menjadi marah. Sekiranya perasaan marah tidak terkawal, kita akan bertindak agresif dan mudah melenting
Sekiranya tidak dikawal akan membuatkan seseorang itu statik. Seseorang yang statik tidak akan memajukan diri sendiri malah berkemungkinan akan menyebabkan kita ketinggalan daripada orang lain. Dengan cara memotivasikan emosi negatif seseorang itu akan dapat menghindarkan tindakan yang tidak rasional
Seseorang tidak akan dapat mengubah sikap sekiranya dia tidak mahu berusaha mengenali emosi orang lain. Kebanyakan pertengkaran berlaku akibat kekecewaan atas sesuatu perkara dan masing-masing tidak memahami emosi lawan. Kita perlu bertindak bijak dengan mengenali emosi kita terlebih dahulu. Dengan cara demikian, kita akan lebih memahami dan berfikir daripada perspektif orang lain
MENGENALI EMOSI SENDIRI
MENGURUS EMOSI SENDIRI
MEMOTIVASIKAN EMOSI NEGATIF
MENGENALI EMOSI ORANG LAIN
MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF
Remaja perlu mempunyai hubungan persahabatan yang baik kerana melalui cara tersebut emosi mereka akan lebih poitif.
Melalui persahabatan, remaja akan memperoleh kemahiran berkomunikasi, lebih peramah, disukai ramai, menjadi tumpuan rakan sebaya, lebih pro sosial dan lebih bertimbang rasa
SEKIAN TERIMA KASIH
Full transcript