Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

AL- SUNNAH

No description
by

najihah wahab

on 7 February 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of AL- SUNNAH

AL- SUNNAH
Unit 1 : bilangan perawi
2. HADITH AHAD
Bahagian al-sunnah sudut kekuatan sumber hukum
pengertian al-sunnah
Dari Sudut Bahasa :
* Al-Sunnah sudut bahasa Arab ialah al-Tariqh al-Mu'tadah bererti ;
cara @ peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali .

* Al-Sunnah juga bererti : al-Tariqah juga al-Sirah
Dari Sudut Istilah :
* Perkara yang lahir daripada Nabi SAW selain daripada Al-Qur'an sama ada berbentuk : ucapan, perbuatan, sifat dan pengakuan.

* Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan,perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup & pengakuan/taqrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul/selepas Baginda dibangkitkan
Unit 1 : Bilangan Perawi
i- Hadith Mutawatir
ii- Hadith Ahad
Unit 2 : Kesahihannya
i- Sahih
ii- Hasan
iii- Da'if
1 .Hadith mutawatir
Pengertian
# Dari segi bahasa mutawatir adalah isim fa'il musytaq daripada perkataan al-Tawatur ertinya berturut-turut.

# Dari segi istilah mutawatir bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai bilangannya,mustahil pada adat & akal waras bahawa kesemua perawi dalam setiap tabaqah bersepakat berdusta terhadap hadith Nabi SAW.

# Dinamakan mutawatir kerana jumlah perawinya yang ramai dri tempat yang berlainan dan jauh antara perawinya dri awal sanad hingga akhirnya
Ciri2 Hadith Mutawatir
1. Diriwayatkan sejumlah orang perawi

2. Diterima oleh ramai orang

3. Mustahil bersepakat bohong

4. Sandaran berita pada pancaindera

Contoh hadith dikategorikan bertaraf mutawatir
a. Hadith : contoh (.......)
Hadith ini diriwayatkan oleh lebih

70 orang sahabat
, antaranya ; Ali bin Abu Talib, Abu Hurairah, Anas bin Malik, al-Zubair bin al-'Awwam, Ibn Mas'ud, Jabir bin 'Abd Allah, Abu Sa'id al-Khudri, Abu Qatadah dan lain-lain lagi.

b. Hadith : contoh (......)
Hadith ini diriwayatkan oleh lebih
20 orang sahabat
antaranya : Abu Sa'id al-Khudri, 'A'isyah, Abu Hurairah, 'Abd Allah bn Ja'far, 'Urwah bin Mas'ud, Ibn 'Abbas, Ibn Mas'ud, Hudhaifah, Anas bin Malik, Umar bin al-Khattab, Uthman bin 'Affan dan lain-lain lagi.

c. Hadith : contoh (........)
Ia telah diriwayatkan oleh
13 orang sahabat
antaranya : Abu Musa Al-'Asy'ari, Safwan bin 'Assal,Jabir bin 'Abd Allah, Ibn Ms'ud, Abu Hurairah, Ali bin Abu Talib, Abu Qatadah, Mu'az bin Jabal, Abu Umamah al-Bahili, 'Urwah bin Midras al-T'i dan lain-lain lagi .



Kategori hadith mutawatir
i. mutawatir lafzi
~Bermaksud hadith yang mutawatir periwayatnya dalam satu lafaz. Erti kata lain, Hadith Mutawtir lafzi ialah hadith yang makna dan lafaznya memang mutawatir, contohnya hadis riwayat Anas bin Malik RA :
(.................................................................)
Maksudnya : Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku, maka tempatnya di dalam neraka ( Ahmad, al-'Asyarah : 11723)
Berkaitan perawi hadith ini sebagaimana berikut :
a. menurut al-Bazzar, hadith ini telah diriwayatkan oleh 40 orang Sahabat secara Marfu'.

b. Ibn Mindah mengatakan hadith ini telah diriwayatkan oleh 87 orang sahabat

c. Ibn Hajar mengatakan,hadith ini diriwayatkan oleh 62 orang sahabat, 10 daripadanya adalah mereka yang dijanjikan syurga
2. Mutawatir maknawi
~ Bermaksud hadith yang maknanya mutawatir tetapi lafaznya tidak.
~Erti kata lain, Mutawatir Maknawwi ialah hadith yang diriwayatkan denan berlainan lafaz tetapi membawa makna sama.
Contohnya
;
a. Anas bin Malik RA menyatakan :
(.....................................)
Maksudnya : Rasulullah SAW mengangkat kedua tanganya ketika berdoa sehingga terlihat kedua ketiaknya yang putih.( Ahmad, al'Asyarah : 13006 )
b. Umar bin al-Khattab RA menyatakan "
(......................................)
Maksudnya : Apabila Rasulullah SAW mengangkat kedua tanganya ketika berdoa, Baginda SAW tidak akan menurunkan kedua tanganya sehingga Baginda SAW menyapukan kedua tangannya ke mukanya.(al-Tirmizi, al-Da'awat : 3334)
Kehujahan hadith mutawatir
# Jumhur ulama sakat bahawa Hadtih Mutawatir menduduki tempat kedua selepas Al-Qur'an.
# Dimana ia bertaraf qat'i dan menjadi hujah yang kuat seperti Al-Qur'an
# Hadith Mutawatir boleh dikatakan amat sedikit jumlahnya menurut syarat-syarat yang dikehdaki.
# Justeru terdapat kalangan ulama yang mentiadakannya dan menggolongan semua hadith adalah Ahad.
pengertian hadith ahad
Bahasa:
* Ahad berasal daripada perkataan Ahada, Wahid bermaksud ; satu .

* Khabar Wahid bermaksud ; yang diriwayatkan oleh seseorang
ISTILAH
* Hadith yang terbatas jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai ke peringkat Hadith Mutawatir/ bilangan perawi Hadith Ahad tidak sampai ke bilangan Hadith Mutawatir

* Menurut pendapat Abu Zahrah : Hadith Ahad ialah hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi, dua atau ramai daripada Rasulullah SAW tetapi tidak mencapai Hadith Masyhur.Ini kerana beliau membahagikan hadith kepada 3 kategori :Mutawatir, Masyhur dan Ahad .
ciri-ciri hadith ahad
a. Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berbagai hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

b. Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi, ada rawi yang thiqah, rawi yang kurang thiqah dan ada yang rawinya diterima dengan syarat-syarat tertentu serta ada rawinya yang ditolak riwayatnya.

c. Jumlah rawinya tidak mencapai jumlah rawi hadith mutawatir . Ada yang mengatakan jumlahnya tidak melebihi kepada 10 orang rawi dalam satu tabaqah.

d. Jika sesetengah tabaqah sampai ke bilangan Mutawatir dan sesetengahnya tidak, ia juga dipanggil Hadith Ahad
.
kategori hadith ahad
i . HADIS MASYHUR
Hadith yang diriwayatkan oleh 3 orang perawi dan ke atas dalam setiap tabaqah, tetapi tidak mencapai jumlah Hadith Mutawatir.
hadith 'aziz

Iaitu hadis yang diriwayatkkan oleh dua orang perawi, sama ada dalam satu tabaqah atau beberapa tabaqah sanad
.
hadith gharib
Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorng perawi pada mana-mana tabaqah
kehujahan hadith ahad
1.Dalil Al-Qur'an
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

Oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka,supaya orang-orang itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah. ( Surah al-Taubah 9:122)
2. dalil al-sunnah
Dimana Rasulullah SAW telah menghantar beberapa orang sahabat ke tempat yang berlainan untuk mengajar hukum kepada manusia. Semua itu menunjukkan bahawa Khabar Ahad boleh beramal dengannya.
3. dalil ijmak
Para sahabat telah membuat hujah dan beramal dengan Khabar Ahad pada kejadian tertentu
unit 2 : kesahihannya
1. hadith sahih
PENGERTIAN HADITH SAHIH
BAHASA
Bereti sihat, iaitu lawan kepada perkataan Saqim(sakit).Hadith Sahih adalah hadith yang sihat dan benar tidak terdapat penyakit dan cacat
istilah
# Hadith yang muttasil / bersambung rantaian sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang adil, dobit (kuat daya ingatan), tiada sebarang kejanggalan atau syaz dan selamat daripada sebarang kecacatan atau'illah .

# Hadit Sahih ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dobit (tepat & kuat daya ingatan sudut tulisan / hafazan), rangkaian sanadnya tidak terputus, tidak ada kecacatan dan tidak ada sebarang kejanggalan
ciri-ciri hadith sahih
1. Sanad bersambung
Iaitu rangkaian perawi dalam sanad itu hendaklah bersambung bermula perawi pertama hingga perawi terakhir. Dimana tidak ada seorang perawipun yang gugur,tidak bernama/ tidak dikenali pada seap tabaqah /peringkat rangkaian sanad hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

2. Perawi bersifat adil
Terdiri daripada orang-orang yang dikenal sebagai thiqah dalam erti adil dan dobit. Erti kata laintiap2 perawi itu mesti seorang muslim,mukalaf, bukan fasiq dan tidak pula buruk akhlaknya.
Adil ialah seseorang yang salih dan bertakqwa.

3. Perawi bersifat dobit
Apabila mempunyai daya ingatan yang sempurna terhadap hadith yang diriwayatkannya. Justeru, dobit / penjagaan baik bermaksud : perawi yang kuat daya ingatan,cerdik dan faham sama ada dalam bentuk hafazan/tulisan .

4. Tidak syaz

5. Tidak cacat
jenis-jenis hadith
1. Sahih Li Zatih
- Hadith ini mempunyai silsilah sanad bersambung yang diwakili oleh para perawinya yang adil,dobit, tidak janggal dan tidak ada kecacatan yang boleh merosakkan riwayat tersebut.

2. Sahih Li Ghairih
- Hadith yang sahihnya ekoran ia dibantu oleh keterangan lain ataupun belum sampai kepada taraf sahih, kemudian ada petunjuk atau dalil lain yang menguatkannya sehingga hadith tersebut meningkat menjadi Hadith Sahih Li Ghairih
kehujahan & martabat hadith sahih
* Hadith yang telah memenuhi pensyaratan Hadith Sahih wajib diamalkan sebagai hujah.

* Martabat sesuatu Hadith Sahih tergantung tinggi dan rendahnya kepada kedobitan dan keadilah para perawinya. Terbahagi kepada tiga ;

I . Asahah al-Asanid iaitu sanad paling tinggi darjatnya

ii. Ahsan al-Asanid iaitu rangkaian sanad hadith yang tingkatannya di bawah tingkat pertama di atas .

iii. Ad'af al-Asanid iaitu rangkaian sanad hadith yang tingkatannya lebih rendah daripada tingkatan kedua .
tingkat kesahihan
a. Kitab yang mengandungi hadith yang telah di sepakati kesahihannya oleh al-Bukhari dan Muslim (Muttafaq 'Alaih)

b. Kitab yang mengandungi hadith riwayat al-Bukhari sahaja.


c. Kitab yang mengandungi hadith riwayat Muslim sahaja.

d. Kitab yang mengandungi hadith Sahih yang menepati syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahih mereka.


e. Kitab yang mengandungi hadith Sahih yang menepati syarat-syarat al-Bukahri tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.

f. Kitab yang mengandungi hadith Sahih yang menepati syarat Imam Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.

g. Hadith bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain mereka yang tidak menurut syarat Imam Muslim dan Imam al-Bukhari
2. Hadith hasan
pengertian hadith hasan
*Hadith Hasan dari segi bahasa ialah al-Jamal membawa maksud indah .Ia juga bereerti sesuatu yang disenangi.

* Dari segi istilah pula ialah hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak terdapat kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya hanya ia kurang kuat sifat kedobitannya .
ciri-ciri hadith hasan
1. Perawi/ periwayat mestilah bersifat adil.

2. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat. Iaitu perawi setiap hadith itu mestilah berhubung di antara satu dengan yang lain.

3. Perawinya bersifat dobit tetapi tidak mencapai taraf dobit Hadith Sahih. Erti kata lain, terdapat antara penjawatnya yang kurang dobit.

4. Sanad dan matan hadith terhindar daripada kejanggalan. Erti kata lain tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan.

5. Tidak ada sebarang 'illah padanya, iaitu tidak cacat
jenis-jenis hadith hasan
i. Hasan Li Zatih iaitu hadith yang mempunyai silsilah sanad yang bersambung diwakili para perawi yang adil tetapi kurang sedikit dobit, namun tidak janggal dan tidak ada kecacatan . Keadaan lain ia bermaksud hadith yang memenuhi syarat2 khas pada Hadith Hasan dan Hasan dengan sendirinya tanpa sebab atau natijah luar.

ii. Hasan Li Ghairih ialah hadith yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya sudut sifat dan kelayakannya, sama ada perawi itu kuat/lemah.Walau bagaimanapun perawi Hadith Hasan Li Ghairih bukanlah seorang yang pelupa juga tidak banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan hadith, juga tidak ada kecacatan / pembonhongan pada hadith serta bukan seorang yang fasiq.

kehujahan hadith hasan
#Menurut pendapat majoriti Ahli Hadith, wajib beramal dengan Hadith Hasan.

#Berhujah dengan Hadith Hasan Li Zatih dan Hasan Li Ghairih sama dengan Hadith Sahih.

#Kedudukannya adalah sama seperti Hadith Sahih tetapi darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi Hadith Sahih.

#Hal ini kerana ia berbeza dengan Hadith Sahih dari aspek kedobitan perawinya yang berkurang sedikit dan kekuatan hujahnya yang kurang berbanding Hadith Sahih.
#Menurut pendapat minoriti Ahli Hadith, seperti : Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn uzaman, kedudukan Hadith Hasan adalah setaraf dengan Hadith Sahih.

#Darjat Hadith Sahih lebih tinggi dan mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara keduannya
3.Hadith DA'IF
pengertian HADITH DA'IF
* Da'if dari sudut bahasa ialah lemah.

* Manakala dari sudut istilah bermaksud hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih & Hadith Hasan.
ciri-ciri hadith da'if
1. Perawinya seorang pendusta atau tertuduh pendusta

2. Nama perawi tidak disebut.

3. Sanad gugur seorang atau lebih

4. Menyalahi periwayat thiqah atau kepercayaan

5. Melakukan bid'ah bidang aqidah
kehujahan hadith da'if
Pendapat pertama :

Imam al-Bukhari, Mum, Ibn Hazm dan Abu Bkaar Ibn al-Arabi menyatakan : Hadith Da'if tidak boleh diamalkan atau dijadikan hujah, sama ada untuk masalah berkaitan dengan hukum ataupun akidah.
Pendapat kedua :

Imam Ahmad Ibn Hanbal, Abd al-Rahman bin Mahdi dan Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan : Hadith DA'if boleh dijadikan hujah atau diamalkan hanya untuk perkar sunat atau fada'il al-a'mal. Itupun dengan beberapa syarat tertentu :
1. Para perawi yang meriwayatkan hadith itu tidak terlalu lemah.

2. Masalah yang dikemukan hadith itu mempunyai dasar pokok yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan Hadith Sahih.

3. Tidak bertentangan dengan dalil yang lebih kuat.

4. Keda'ifan hadith yang berangkutan tidak terlalu parah.

5. Ada dalil lain yang kuat atau memenuhi syarat yang menjadi dasar pokok bagi Hadith Da'if tersebut.
Full transcript