Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Copy of BIMASAKTI MENARI

No description
by

nrlamra

on 20 March 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Copy of BIMASAKTI MENARI

SINOPSIS BAB 19 :
SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Pada hari Taufik dibenarkan untuk keluar dari hospital, Taufik dan keluarganya akan bertolak ke lapangan kapal terbang untuk ke Otago. Semasa mendaftar keluar, Taufik telah mendapat kiriman jambangan mawar merah beserta kad yang tertulis pengirimnya adalah Hafsa. Pada mulanya Taufik menyangka bahawa kiriman bunga tersebut daripada Hafsa. Namun dia mula berasa curiga kerana cara bunga tersebut dibungkus berbeza dari lazimnya.

Lalu, Taufik mengoyak bungkusan bunga itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa pembalut bungkusan bunga itu merupakan sehelai selendang hitam bermanik kristal. Taufik dapat meneka bahawa selendang itu kepunyaan Hafsa kerana dia selalu melihat Hafsa memakainya dan terdapat kerongsang kepunyaan Hafsa pada selendang itu. Semasa di mengoyak balutan itu juga, terdapat secebis kertas jatuh. Pada kertas itu tertulis maklumat daripada si pengirim tentang masa dan tempat untuk Taufik berjumpa dengan si pengirim.

Dalam perjalanan, Taufik meminta pemandu keretanya, Sobirin untuk berhenti di stesen minyak berkenaan dengan alasan bahawa dia ingin ke tandas. Taufik mendapati sebuah van putih sedang menunggunya. Sesampainya dia di van itu, penculik tersebut terus menarik Taufik masuk ke dalam van lalu diserkup kepalanya dengan kain hitam. Ibu dan ayah Taufik tidak perasan akan kehilangannya pada mulanya kerana ibunya sedang membeli gula-gula manakala ayahnya sedang menjawab panggilan telefon.

BIMASAKTI MENARI
Sesampainya Taufik di tempat penculik itu membawanya, dia menjerit memanggil nama Hafsa dengan harapan bahawa Hafsa berada berdekatan dengannya. Pada mulanya tiada sahutan membuatkan Taufik berasa sangat kecewa dan risau. Namun setelah beberapa ketika, dia terdengar Hafsa melaung namanya. Taufik membalas dengan menyatakan bahawa mereka akan selamat. Taufik ditumbuk sehingga rebah dan ayat terakhir yang didengarinya adalah suara yang pernah didengarinya.

NURUL AMEERA, 5 I.R
Episod akan datang.....
Bab 20 : Nyawa untuk nyawa
Sekian
Persoalan tentang anak yang mendengar kata.

Nilai : Ketaatan.

Contoh : Taufik mengikut kemahuan ibubapanya yang menginginkannya untuk ke luar negara.

Pengajaran : Kita perlulah menjaga hati ibubapa kita yang telah menjaga kita dengan mentaatinya.
Persoalan tentang rakan yang berani menghadapi risiko berjumpa dengan pengirim bunga.

Nilai : Keberanian.

Contoh : Taufik pergi menemui pengirim bunga untuk menjadi tebusan.

Pengajaran : Kita harus memberanikan diri menghadapi sebarang risiko untuk menyelamatkan rakan yang dalam kesusahan.
Persoalan tentang keprihatinan seorang bapa terhadap anaknya.

Nilai : Ambil berat.

Contoh : Tan Sri Muhaimin ingin mengikut Taufik ke tandas kerana bimbangkan keselamatan Taufik.

Pengajaran : Kita juga perlu mengambil berat akan keselamtan anak kita supaya dapat menghindari bahaya.
Persoalan, Nilai, Contoh & Pengajaran
Persoalan tentang masyarakat yang peka dengan keadaan sekeliling.

Contoh : Taufik menyedari cara bunga dibungkus berlainan daripada biasa.

Pengajaran : Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelakkan berlakunya kecuaian dalam melakukan sesuatu.
Persoalan tentang masyarakat yang berfikiran positif.

Nilai : Berfikiran positif.

Contoh : Taufik melaung kepada Hafsa menyatakan bahawa semuanya akan selamat kerana dia yakin dia dan Hafsa akan dapat melepaskan diri.

Pengajaran : Kita harus sentiasa berfikiran positif agar kita dapat bertenang dalam menghadapi kesulitan sambil memikirkan jalan penyelesaian.
Full transcript