Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

PATRIOTISME DALAM FILEM: ANALISIS FILEM ”TANDA PUTERA”

No description
by

Are-Da Shalan

on 10 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PATRIOTISME DALAM FILEM: ANALISIS FILEM ”TANDA PUTERA”

PATRIOTISME DALAM FILEM: ANALISIS FILEM ”TANDA PUTERA”
SINOPSIS
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. . Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.
WATAK-WATAK
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Ismail Abdul Rahman
Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri. Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman.
Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969.
Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Razak Hussein
"Bapa Pembangunan“
Lahir pada 11 Mac 1922  dan meninggal pada 14 Januari 1976
Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Anak 5 orang:
1) Datuk Ahmad Johari Razak
2)  Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak
3)  Mohamed Nizam
4) Mohamed Nazim
5)Mohamed Nazir

Maktab Melayu Kuala Kangsar, perak (MCKK)
1940 di Kolej Raffles, Singapura. Namun terpaksa menamatkan pengajiannya pada Perang Dunia II.
Selepas pilihan raya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian daripada penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Lahir pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar (dahulunya dikenali sebagai English College), Johor Bahru.
Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikanMAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau:

“It was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.”
Pada 2 Ogos 1973, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Ungkapan terkenal

“Jangan sapu ke bawah permaidani.”

Ini adalah ungkapan popular beliau. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
ASPEK PATRIOTISME DALAM FILEM
1) Berkorban Demi Negara
Kita seharusnya berusaha untuk mengeratkan perpaduan kaum bagi kesinambungan usaha yang dilakukan leh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail dalam mewujudkan perpaduan antara kaum cina dan melayu semasa peristiwa 13 mei 1969

Rusuhan kaum yang paling teruk dalam sejarah negara di mana perselisihan antara kaum Cina dan kaum Melayu.

4) Membangunkan Ekonomi Negara
Contohnya dalam filem ini, Tun Abdul Razak berusaha mengelakkan jurang ekonomi negara yang semakin luas, dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi merapatkan jurang yang ada dan memulihkan semula ekonomi negara.

Filem ini perlu dijadikan teladan kerana walaupun kedua-dua tokoh tersebut sedang menyabung nyawa menghadapi penyakit kritikal, mereka tetap berkorban dan berjuang dalam membangunkan negara.
2) Perpaduan Kaum
3) Mempertahankan Negara Daripada Musuh
NILAI-NILAI MURNI YANG LAIN
Perhubungan antara isteri dan anak-anak Tun Abdul Razak juga tidak dapat dinafikan di mana mereka sedih dengan sakit yang dihadapi oleh bapa mereka.

Perkara yang hampir serupa juga berlaku kepada Tun Dr Ismail di mana semasa Toh Puan Norashikin sakit di hospital Tun Dr Ismail dan anak-anak melawat beliau.
1) Nilai-nilai Kekeluargaan
2) Nilai Perikemanusiaan
Tun Abdul Razak walaupun sakit tenat, namun masih teringat kepada pekerjanya dan membelikan setiap seorang daripada pekerjanya hadiah.

KONTROVERSI
Mulanya tayangan filem Tanda Putera ditetapkan pada 13 September, namun keterujaan pengarah wanita ulung negara, Datin Paduka Shuhaimi Baba berganti rasa kecewa apabila karya terbaharunya itu terpaksa ditunda. Berita penangguhan itu disampaikan sebaik sahaja filem berkenaan ditayangkan kepada media.
POLIMIK
Ahli parlimen pembangkang mendakwa bahawa filem ini menggambarkan kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks yang negatif. Selepas halaman rasmi Facebook filem ini memaparkan satu gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen dibawahnya yang mendakwa bahawa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun bin Idris.
Pengarah Shuhaimi Baba menafikan bahawa Lim Kit Siang dipaparkan dalam filem itu. Shuhaimi Baba mempertahankan filem itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan berunsur propaganda.
Datin Paduka Shuhaimi Baba pula telah diugut bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem berkenaan diteruskan
SURAT PENGHARAMAN TANDA PUTERA DI PENANG
INFO TAMBAHAN
Tanda Putera yang menelan kos RM4.8 Juta

Memulakan tayangannya di seluruh negara pada 29 Ogos lalu 

mengutip RM500,000 sepanjang tempoh penayangan filem itu.
Tanda Putera tidak mendapat kutipan pecah panggung pada minggu pertama dan tayangannya kini ditukarkan ke pawagam kecil dengan tempat duduk terhad.

Tanda Putera mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum

Ia mendapat kritikan hebat daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969
Filem yang sepatutnya menemui penonton mulai 15 November 2012, bagaimanapun Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat. 

CONTOH-CONTOH KESALAHAN
Full transcript