Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BM 2013 HHT(bhg A) Bab 10 L6

No description
by

Ziqah Hani

on 26 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BM 2013 HHT(bhg A) Bab 10 L6

Bahagian A
Hikayat Hang Tuah Bab 10
Hang Tuah melarikan Tun Teja.

Sinopsis
Dalam bab ini mengisahkan tentang Hang Tuah berusaha untuk kembali ke Melaka dan memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka agar kesalahannya dimaafkan. Oleh itu, Hang Tuah berusaha untuk membawa Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka, kerana Raja Melaka dulu pernah ingin memperisterikan Tun Teja, tetapi lamaran Raja Melaka telah ditolak oleh Tun Teja.
Peristiwa-peristiwa penting:
- Hang Tuah berpura-pura cintakan dan mahu memiliki Tun Teja. Hang Tuah menyuruh Dang Ratna iaitu ibu angkatnya untuk menyampaikan hasratnya tersebut kepada Tun Teja.
- Akhirnya Dang Ratna berjaya meluahkan segalanya. Namun, Tun Teja berasa amat marah dengan kata-kata Dang Ratna tersebut lalu disuruhnya dayang-dayang untuk menggocoh mulut Dang Ratna itu dengan tempurung berbulu dan menyebabkan muka dan mulutnya bengkak berdarah.
- Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih iaitu ‘jebat’ yang diperolehinya daripada seorang perempuan tua - untuk dipalitkan ‘jebat’ itu di tempat duduk Tun Teja.
- Tiba-tiba Tun Teja pun terbangun dari tidurnya dan mencari-cari inang tua itu. Tun Teja juga teringin untuk berjumpa dengan Hang Tuah.
-Tun Teja berasa sedih apabila mengetahui bahawa Hang Tuah ingin pergi ke Melaka selama 3 hari.
-Tun Teja bertemu dengan Hang Tuah secara senyap-senyapan bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalam lorong yang salah sehinggakan ada yang menganggap bahawa malaikat dan bidadari turun, kerana terhidu bauan yang sangat harum yang datangnya daripada badan Tun Teja sendiri.
peristiwa-peristiwa penting:
-Hang Tuah bertemu dengan Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura yang singgah di Inderapura yang datang dari Benua Siam membawa gajah.
-Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia untuk pergi ke Melaka bersama-sama dengan semua dayang-dayang besertakan harta mereka sekali.
-Dengan bantuan Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura, Hang Tuah telah berjaya melarikan Tun Teja dengan menumpang kapal mereka. Pada mulanya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya menaiki kapal mereka kerana terlalu ramai dan juga Tun Teja itu adalah anak kepada Bandahara Inderapura. Walaubagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju apabila melihat Hang Tuah marah yang menyebabkan kapal mereka itu bergegar seperti hendak terbalik.
peristiwa-peristiwa penting:
-Pemergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah ini menjadi heboh dan ini mengakibatkan Raja Inderapura marah lalu mengarahkan Laksamana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan juga Tun Pekerma untuk menyerang Hang Tuah yang berlabuh di Pulau Tinggi.
-Tun Jenal dan yang lainnya terpaksa mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah dan tiada tandingannya.
-Setibanya di Melaka, gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah tersebut begitu baik rupanya, tiada seorang pun menyedari Hang Tuah, yang mana tangannya diikat olehnya sendiri.
-Sebaik sahaja gajah tersebut diberi nama Permata Selan, barulah Raja Melaka menyedari kehadiran Hang Tuah dan Raja Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan semuanya, Raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri bendahara-bendahara menjemput Tun Teja yang masih berada di atas kapal.
-Melihat kehadiran isteri-isteri bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan dijadikan isteri kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segera Hang Tuah meniup-niup ilmu pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan akan menyukai Raja Melaka. Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja.
peristiwa-peristiwa penting:
-Atas jasa bakti Hang Tuah, beliau telah dianugerahkan pangkat oleh Raja Melaka iaitu Laksamana, ketua segala hulubalang Melaka. Manakala Dang Ratna dianugerahkan pangkat yang membawa gelaran Paduka Maha Dewi.
Peristiwa-peristiwa penting:
Watak:
(1) Hang Tuah
(2) Dang Ratna
(3) Tun Teja
(4) Tun Jenal
(5) Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura
(6) Megat Panji Alam
(7) Bendahara Seri Buana
(8) Penjual 'jebat'
(9) Syahbandar
(10) Raja Inderapura
(11) Si Jaya
(12) Laksamana, Seri Maharaja Lela dan Tun Pekerma
(13) Sang Perdana dan Sang Sura
tempurung
peristiwa-peristiwa penting:
Latar Tempat:
Inderapura:
- tempat Hang Tuah membawa diri setelah difitnah oleh pembesar-pembesar Melaka yang iri hati kepada beliau.
Pulau Tinggi:
- tempat kapal Hang Tuah berlabuh.
- juga tempat kapal Hang Tuah dan kapal Tun Jenal berperang.
Melaka:
- tempat Tun Teja dibawa lari oleh Hang Tuah.
-juga tempat perkahwinan Raja Melaka dan Tun Teja dilangsungkan.
Terengganu:
- tempat utusan yang dihantar oleh Raja Inderapura.
Lorong:
- tempat Tun Teja tersesat dengan dayang-dayang akibat termasuk ke dalam lorong yang salah.
Latar Masa:
Setelah keesokan harinya:
-Hang Tuah menyuruh ibu angkatnya untuk menyampaikan hasratnya kepada Tun Teja.(226-228)
Malam:
-Hang Tuah membuat suatu ubat pengasih yang akan dipalitkan kepada Tun Teja:
-Hang Tuah membawa Tun Teja untuk pergi ke Melaka.
Siang:
-Hang Tuah menyuruh ibu angkatnya untuk memalitkan pengasih itu kepada Tun Teja.
Unsur-unsur:
UNSUR PENIPUAN
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alas an bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.

UNSUR TAAT SETIA
Hang Tuah menolak gelaran ‘Laksamana’ yang ingin diberikan padanya kerana Hang Tuah hanya ingin bertuankan anak cucu Duli Syah Alam iaitu hanya ingin bertuankan kepada Raja Melaka serta keturunannya. Ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang taat setia yang tiada bandingannya walaupun banyak gelaran yang ingin diberikan kepadanya.
Kesimpulan:
Hang Tuah dimaafkan oleh Raja Melaka atas sebab membawa balik Tun Teja ke Melaka. Dan akhirnya, Tun Teja berkahwin dengan Raja Melaka secara paksa.
Unsur-unsur:
UNSUR KASIH SAYANG
Inang kepada Hang Tuah sanggup membahayakan nyawanya hanya kerana kasihnya terhadap anak angkatnya iaitu Hang Tuah. Inang ingin dengan takut-beraninya menyampaikan hasratnya hati Hang Tuah terhadap Tun Teja sebagai bukti bahawa dia amat kasihkan Hang Tuah sepertimana yang Hang Tuah inginkan. Sebaik sahaja inang menyampaikan hasrat tersebut, Tun Teja mengarahkan dayamg-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Ini membuktikan bahawa inang tua tersebut sanggup membahayakan nyawanya demi anak angkat kesayangannya itu.
Full transcript